GURINDAM PESAN NENEK
Nenek berpesan jagalah laku,
Biar bersopan sepanjang waktu.
Nenek berpesan jagalah lidah,
... Butir pertuturan jangan lucah.
Nenek berpesan jangan bohong,
Dalam kesusahan tidak ditolong.
Nenek berpesan jangan bergaduh,
Hidup berjiran berboraklah riuh.
Nenek berpesan janganlah gopoh,
Menjamah makanan usah gelojoh.
Nenek berpesan jangan mencuri,
Jikalau dilakukan tangan digari.
Nenek berpesan hormatlah orang,
Menjadi sebutan budi dikenang.
Nenek berpesan rajinlah mengaji,
Masa depanmu harum mewangi.
Nenek berpesan jagalah pusaka,
Budaya dan warisan indah dijaga.
Nenek berpesan rajinlah bersolat,
Gandakan amalan biarlah tumpat.
Nenek berpesan janganlah takbur,
Mendakap kejayaan jangan dilayur.
Nenek berpesan jaga kehormatan,
Orang perempuan jadi perhatian.
Nenek berpesan pandailah berkawan,
Dalam persahabatan jaga setiakawan.
Nenek berpesan ingat ibu bapa,
Mereka berkorban setiap masa.
Nenek berpesan jaga pantang larang,
Ketika makan janganlah bersembang.
Nenek berpesan senja masuk rumah,
Iblis berkeliaran kawannya bersepah.
Nenek berpesan dunia ini sementara,
Yang berkekalan di akhirat sana.
Pesanan nenek kujadikan azimat,
Pastinya kukelek sampai kiamat.
Wallahu’alam.
Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA
SMJK Choong Hua,
35500 Bidor,Perak DR
15.3.2012 Jumaat.
Jam 11.00 malam
GURINDAM PESAN NENEK
Nenek berpesan jagalah laku,
Biar bersopan sepanjang waktu.
Nenek berpesan jagalah lidah,
... Butir pertuturan jangan lucah.
Nenek berpesan jangan bohong,
Dalam kesusahan tidak ditolong.
Nenek berpesan jangan bergaduh,
Hidup berjiran berboraklah riuh.
Nenek berpesan janganlah gopoh,
Menjamah makanan usah gelojoh.
Nenek berpesan jangan mencuri,
Jikalau dilakukan tangan digari.
Nenek berpesan hormatlah orang,
Menjadi sebutan budi dikenang.
Nenek berpesan rajinlah mengaji,
Masa depanmu harum mewangi.
Nenek berpesan jagalah pusaka,
Budaya dan warisan indah dijaga.
Nenek berpesan rajinlah bersolat,
Gandakan amalan biarlah tumpat.
Nenek berpesan janganlah takbur,
Mendakap kejayaan jangan dilayur.
Nenek berpesan jaga kehormatan,
Orang perempuan jadi perhatian.
Nenek berpesan pandailah berkawan,
Dalam persahabatan jaga setiakawan.
Nenek berpesan ingat ibu bapa,
Mereka berkorban setiap masa.
Nenek berpesan jaga pantang larang,
Ketika makan janganlah bersembang.
Nenek berpesan senja masuk rumah,
Iblis berkeliaran kawannya bersepah.
Nenek berpesan dunia ini sementara,
Yang berkekalan di akhirat sana.
Pesanan nenek kujadikan azimat,
Pastinya kukelek sampai kiamat.
Wallahu’alam.
Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA
SMJK Choong Hua,
35500 Bidor,Perak DR
15.3.2012 Jumaat.
Jam 11.00 malam
Nenek berpesan jagalah laku,
Biar bersopan sepanjang waktu.
Nenek berpesan jagalah lidah,
... Butir pertuturan jangan lucah.
Nenek berpesan jangan bohong,
Dalam kesusahan tidak ditolong.
Nenek berpesan jangan bergaduh,
Hidup berjiran berboraklah riuh.
Nenek berpesan janganlah gopoh,
Menjamah makanan usah gelojoh.
Nenek berpesan jangan mencuri,
Jikalau dilakukan tangan digari.
Nenek berpesan hormatlah orang,
Menjadi sebutan budi dikenang.
Nenek berpesan rajinlah mengaji,
Masa depanmu harum mewangi.
Nenek berpesan jagalah pusaka,
Budaya dan warisan indah dijaga.
Nenek berpesan rajinlah bersolat,
Gandakan amalan biarlah tumpat.
Nenek berpesan janganlah takbur,
Mendakap kejayaan jangan dilayur.
Nenek berpesan jaga kehormatan,
Orang perempuan jadi perhatian.
Nenek berpesan pandailah berkawan,
Dalam persahabatan jaga setiakawan.
Nenek berpesan ingat ibu bapa,
Mereka berkorban setiap masa.
Nenek berpesan jaga pantang larang,
Ketika makan janganlah bersembang.
Nenek berpesan senja masuk rumah,
Iblis berkeliaran kawannya bersepah.
Nenek berpesan dunia ini sementara,
Yang berkekalan di akhirat sana.
Pesanan nenek kujadikan azimat,
Pastinya kukelek sampai kiamat.
Wallahu’alam.
Ilham rasa,
PAUZI MOHD ISA
SMJK Choong Hua,
35500 Bidor,Perak DR
15.3.2012 Jumaat.
Jam 11.00 malam