Showing posts with label Angah Arie. Show all posts
Showing posts with label Angah Arie. Show all posts
Friday, 23 December 2011
Thursday, 22 December 2011
SERANGKAP
Serangkap syair malam
bidadari dalam remang terbayang
rajawali tumbang mabuk kepayang
lalu ku bunuh nafsu disisi musala
mengharumlah bauan Sidratul Muntaha
sungguhku melimpah ruah
Serangkap puisi marhaenis
selapis-selapis bawang dihiris
hati marhaenku pun menangis
gema suaranya tak berdendang
lalu simfoni pun kecundang
dalam nada mengerang
Serangkap tak terungkap
serangkapnya syair dan puisi
sesungguh itu pernah ku naksir
kisikan kerdip nurani
hilang dalam sendiri
.
Angah Arie
Diari Jingga
Seremban N9DK
23112011 05:30
rujukan : Tak terungkap 1
[ Diari angah arie- Nisfu Sya'ban (26/7/2010)]
ANAK KECIL MELIHAT DUNIA
Lihatlah dunia.
Dalam hujan, lihatlah kehidupan
tiap perkara ada penjelasan
ada titik mula, ada juga titik sudahnya
kadangkala batu nisan siap sebelum matinya
anak kecil melihat dunia
pergilah terbang bersama khayal yang penuh angan
pulanglah nanti bersama mimpi yang penuh rasian
di sementara yang ada kesempatan
peluklah semahumu erti jujur dan benar dalam berkata
kerna nanti, dewasa kan mengajarmu erti dusta dalam berbahasa
anak kecil melihat dunia
usahlah memilih jalan sesingkat senang
kerna di situ miskin pengalaman, daif lenang
biar jalan berliku asalkan tak berbonggol dan berlubang
kerna di situ kaya adab dan ilmu, maka dunia kan tenang denganmu
anak kecil melihat dunia
datang dari kosong yang bersih
pulanglah dengan padat yang jernih
biar memaknai langkah ke SANA
bersama putih yang berkat
bukannya hitam yang pekat
Dalam hujan, lihatlah kehidupan
tiap perkara ada penjelasan
ada titik mula, ada juga titik sudahnya
kadangkala batu nisan siap sebelum matinya
.
Angah Arie
Delusani
Seremban N9DK
06122011 03:40
DALAM DUNIA TU II
jauh akalmu terbang melihat dunia
jauh lagi sepimu memeluk jiwa
apa ada pada rasa
hanya timbul dan tenggelam
terperangkap dalam botol kaca
masa bukan lagi teman, hanya terabai
dalam dunia tu
sapa menyapa, sahut bersahutan
dah jumpa ? apa nak buat ?
hanya sedar dalam angan
.
Angah Arie
Delusani
Seremban N9DK
07122011 14:00
Thursday, 8 December 2011
LENDIR KAHAK PUISI CINTAKU - BERSUARA
Aku telah dicampak ke neraka dunia
oleh tangan-tangan manusia seni kononnya
mereka kata aku bunuh nilai bahasa
dengan lendir puisi cinta durjana
mungkin puisi cintaku tak bermata
menembak situ sini, situ sana
bukan puisi cinta loya
bukan puisi cinta puja-puja
bukan puisi cinta rindu bercanda
bukan puisi cinta duka lara
namun puisiku ada nilainya
Aku telah dicampak ke neraka dunia
oleh tangan-tangan manusia seni kononnya
mereka kata aku bunuh nilai bahasa
dengan lendir puisi cinta durjana
puisi cintamu itu, merencam pelbagai warna
datangnya dari hitam dan putih jua
yang ketara hanya gelap dan terangnya
usahlah menghina, jua berpada dalam memuja
kerana kita hanyalah di beza dengan kasta bahasa
Aku telah dicampak ke neraka dunia
oleh tangan-tangan manusia seni kononnya
mereka kata aku bunuh nilai bahasa
dengan lendir puisi cinta durjana
andai lendir kahak puisi-puisi cintaku
mampu memadam api neraka dunia silammu
juga membuka lorong-lorong ke syurga impianmu
mahukah kau menjilatnya ?
mengunyah lumat dengan rasa
.
Angah Arie
Delusani
Seremban, Negeri sembilan
01122011 19:40
Wednesday, 7 December 2011
SERANGKAP
Serangkap syair malam
bidadari dalam remang terbayang
rajawali tumbang mabuk kepayang
lalu ku bunuh nafsu disisi musala
mengharumlah bauan Sidratul Muntaha
sungguhku melimpah ruah
Serangkap puisi marhaenis
selapis-selapis bawang dihiris
hati marhaenku pun menangis
gema suaranya tak berdendang
lalu simfoni pun kecundang
dalam nada mengerang
Serangkap tak terungkap
serangkapnya syair dan puisi
sesungguh itu pernah ku naksir
kisikan kerdip nurani
hilang dalam sendiri
.
Angah Arie
Diari Jingga
Seremban N9DK
23112011 05:30
rujukan : Tak terungkap 1
[ Diari angah arie- Nisfu Sya'ban (26/7/2010)]
21 SAAT
Detik ini terjadi lagi
aku seakan ingin memanggil nama-Mu
namun tak sampai ke bibir, hanya di dalam
rasa yang datang dulunya berulang-ulang
kini hadir kembali
dengan cara yang lebih ngeri
apa lagi yang harus aku fikirkan
detik yang hadir bagaikan satu pengajaran
hanya mampu memeluk rasa kematian
bila nafas terhenti lamanya 21 saat
ku terus hitung sakit yang amat
andai benar mataku sudah semakin rapat
hanya satu pintaku, ampunkan aku duhai sahabat-sahabat
.
Angah Arie
Dari Hati
Seremban N9DK
23112001 04:10
Tuesday, 6 December 2011
HANYA EMPATI YANG DIA MINTA, BUKAN SIMPATI DARIMU
Ya insan
hanya empati yang dia minta, bukan simpati darimu.
... Hati senja itu kau sentap
koyak rabak jasanya kau rentap
hingga gugur alir setianya
memeluk rindu sehayat usia
terbaringkah akalmu kerana sesalan
dendam lama itu tak kesudahan
malah mendewasakan bara di dalam hatimu
bukan mendidik embun menjadi salju
Tanpa sedar sebaris bahasa melukakan
sakit ibarat menggenggam kaca ditangan
kerana nafsu, adab telah kau tanggalkan
sudahnya keliru dalam perhitungan
sementara ada waktu sedarlah insan
sementara masih di persimpangan
masihkah terkenang zaman buaian
sebelum wajah uzur itu menadah tangan
Ya insan
hanya empati yang dia minta, bukan simpati darimu.
.
Angah Arie
Delusani
Seremban N9DK
hanya empati yang dia minta, bukan simpati darimu.
... Hati senja itu kau sentap
koyak rabak jasanya kau rentap
hingga gugur alir setianya
memeluk rindu sehayat usia
terbaringkah akalmu kerana sesalan
dendam lama itu tak kesudahan
malah mendewasakan bara di dalam hatimu
bukan mendidik embun menjadi salju
Tanpa sedar sebaris bahasa melukakan
sakit ibarat menggenggam kaca ditangan
kerana nafsu, adab telah kau tanggalkan
sudahnya keliru dalam perhitungan
sementara ada waktu sedarlah insan
sementara masih di persimpangan
masihkah terkenang zaman buaian
sebelum wajah uzur itu menadah tangan
Ya insan
hanya empati yang dia minta, bukan simpati darimu.
.
Angah Arie
Delusani
Seremban N9DK
Monday, 5 December 2011
YA HATI
Ya hati yang terbuka
dengarkan semua
di laman maya yang indah
masih ada parut dan kudisnya
usahlah bersedih
dalam memeluk kasih
ya hati yang halus
fahamilah semua
bukan hanya kerana bahasa
kita bersalaman mesra
usahlah berduka
dalam bertingkah rasa
ya hati yang renyai,
menadahlah semua
bukan kerana titisan hujan
bayu membentuk badai
usahlah keliru
dalam pelangi rindu
ya hati yang mahu
sedarlah semua
berpada dalam bercanda
tenanglah dalam bersuara
kita hanya
di lena kelamaya
.
Angah Arie
Delusani
Seremban N9DK
20112011 05:20
KESAL
Roh bersantai nyeri
jasad di landai nyilu
meskikah berlegar dinyali
antara pelukan nahi
dan depangan jujur
lalu, haruskah miskin jiwamu
di hamparan terhimpun mahu
hingga putik hatiku layu
di sapa penilaianmu
.
Angah Arie
Di Hujung Pena
Seremban N9DK
16112011 20:00
Saturday, 3 December 2011
SUARA PILU DARI DINDING KAMAR
Suara pilu dari dinding kamar
adalah suara rindu lalu yang celaka
kau sendiri yang mendengarnya
... setiap gema adalah nafas yang tersia
berulang merobek-robek hatimu yang luka
kedegilannya 'terus mata' ke dalam jiwa lesu
lalu kau telah menjadi masa silammu.
Angin, jiwa, rasa dan kehidupan
tak pernah lena menatang nafsu dan keberuntungan
apalagi belum di siap untuk mengadap malam
lalu 'senja menjadi buta bila memeluk kelam'
yang tinggal hanya sendiri dan sedih
namun bila dinding kamar berdenting
wajah mudah berpaling
Duhai teman
suara pilu dari dinding kamar tu
hanya mainan sandiwara dunia
hanya satu tiket wayang ke neraka
.
Angah Arie
Delusani
Seremban N9DK
10102011 04:15
adalah suara rindu lalu yang celaka
kau sendiri yang mendengarnya
... setiap gema adalah nafas yang tersia
berulang merobek-robek hatimu yang luka
kedegilannya 'terus mata' ke dalam jiwa lesu
lalu kau telah menjadi masa silammu.
Angin, jiwa, rasa dan kehidupan
tak pernah lena menatang nafsu dan keberuntungan
apalagi belum di siap untuk mengadap malam
lalu 'senja menjadi buta bila memeluk kelam'
yang tinggal hanya sendiri dan sedih
namun bila dinding kamar berdenting
wajah mudah berpaling
Duhai teman
suara pilu dari dinding kamar tu
hanya mainan sandiwara dunia
hanya satu tiket wayang ke neraka
.
Angah Arie
Delusani
Seremban N9DK
10102011 04:15
QASIDAH CINTA
Elusan cinta tanpa rohnya
laksana qasidah-qasidah nista
bunga bahasa semakin memeluk lena
... meskikah bertaut dengan juraian rasa
antara huluran simpati dan luhuran empati
akal ketiduran dijamah ambisi
bertamu disetiap mahu
sementara lengkung semakin menjamu
keliru sebelum jemu
.
Angah Arie
Diari Jingga
Seremban N9DK
31102011 1:50
laksana qasidah-qasidah nista
bunga bahasa semakin memeluk lena
... meskikah bertaut dengan juraian rasa
antara huluran simpati dan luhuran empati
akal ketiduran dijamah ambisi
bertamu disetiap mahu
sementara lengkung semakin menjamu
keliru sebelum jemu
.
Angah Arie
Diari Jingga
Seremban N9DK
31102011 1:50
SIMFONI NURANI
syahdunya rindu
syarahkan kasih
biar bersilih
antara pilih dan sisih
diratapi sehayat rintih
hitam dan putih
syahdanya sabar
syurahkan cinta
biar berhafiah
hiba melandai jiwa
digenangi alir setia
duka dan lara
simfoni nurani
insani mabuk hakiki
.
Angah Arie
Diari Jingga
Seremban N9DK
26102011 04:30
ELUSAN NURANI (KEMBALI)
Pantai indah
hatinya biru
tenang singgah
melandai jiwaku
lalu damai menanti
mekar di sanubari
Desir angin
memecah sunyi
riuh ombak
semarakkan langkah
lalu bersua dikalbu
tersemat ikatan rindu
tenang singgah damai menanti
rindu hadir menyayat hati
kembali bukan meraih simpati
sekadar menghayat empati
.
Angah Arie
Hujung pena
Seremban N9DK
10112011 4:00
SALATONINE CINTA
Turunlah kau dari kayangan
menari-nari cahayamu bersama inderasari
tebarkan seluasnya aroma inderaloka
di hati sekalian muqarrabin
di wajah insan-insan majusi
mahupun di jiwa-jiwa berselimut nirrajim
bumi ini perlu salam theta
dari gema-gema kalimah teristimewa
bukannya dijamah lawwamah dan ammarah
hati nurani perlu nikmat cinta
dari ratibnya orang-orang pilihan
dari masnawi ciptaan Maulan
duhai salatonine cinta berwajah indah
turunlah di malam mengangkat darajat
nasib kiri dan kanan di langit bertingkat
duhai salatonine cinta berwajah rindu
turunlah di sisi saf taqarrub
putihkan sukma lama menunggu
Ya Robbana
akal, nyawa, saksiku berlegar dinyali
lindungilah aku dari halwa palsu
melimpah luahnya syahadatul zur
tuntunlah hati memeluk wahi
amat ingin mampu syahdakan zuhudku
bersama salatonine cinta-MU
.
Angah Arie
Diari Jingga
Seremban N9DK
16072011 22:15
(ilham malam nisfu sya'ban)
Subscribe to:
Posts (Atom)