Showing posts with label Junaidah June Indah. Show all posts
Showing posts with label Junaidah June Indah. Show all posts

Sunday, 11 December 2011

...Aku Akan Pergi Mencari Sinar Hati...

Lambaian tangan ku
isyarat kepergian ku
tinggal lah kasih tinggal lah sayang

Merintih hati membawa diri mencari
sinar yang telah hilang di hati
jauh dari dunia yang penuh
kedustaan dan kesedihan

Hidup yang penuh ranjau ini
ingin ku tinggalkan untuk pengabadian
mencari terang indah yang telah memudar
dalam hati yang kelam dan kusam

Aku terima semua takdir ku
di dalam jasad yang sementara ini

Dan di hari ini pada waktu ini
aku ingi berpesan pada mu kasih

Aku ingin pergi dari semua ini
tanpa kata tanpa pamit
biar airmata peneman diri

Perpisahan ini ku harap
membawa seribu erti di dalam hati
yang penuh relung duka..

Salam pengakhiri diri
sampai ketemu lagi sayang
andai ada waktu yang di beri darinya..
aku akan membawa diri jauh dari dunia fantasi mu..kerana,

...Aku Akan Pergi Mencari Sinar Hati...
....Sampai jumpa lagi ya..Assalamualaikum!

...JUNE INDAH...061211.1035am.

Wednesday, 7 December 2011

...Siapa Aku Di Hati Mu..

Malam dingin menyentuh lagi hati ini
bersama sepi yang mengundang rindu
rindu pada sidia mula menyapa dalam
hati mencengkam jiwa ini...

Sayang adakah jua rindu ini menyapa
hati mu disana??.....eeemmmm!..
sayang ku tau tak mungkin rindu ini
hadir di hati mu yang kini sudah menjauh

Sayang hati mu itu milik mu
dan kini ku tahu hati mu itu bukan milik
ku lagi!..kerana kini sudah ada seseorang
yang menjadi kesayangan mu..

Maaf kan aku sayang,
aku hanya meluahkan rindu ku
ini lewat hembusan malam sepi ku
walau ku tahu kau kini bahagia bersamanya..

Izinkan aku mengenang mu pada tiap
rasa rindu ku ..
hingga rasa ini berlalu pergi pada
sepi malam-malam ku..ku tahu sayang,

...Siapa Aku Di Hati Mu..Kini aku bukan siapa-siapa mu lagi!..

...JUNE INDAH...241111.1135pm.

....Perkenankanlah Doa Hamba Mu Ini..

Udara malam menghayalkan jauh minda ini
ku buka jendela merenung padanya gelap
dengan bintang yang indah sekali menyinar
hati berkata ..SubhanaAllah..Indahnya Ciptaanyer!

Tiba-tiba terasa sayu hati mengenang diri
adakah cinta ku ini masih kukuh padanya
pencipta alam ini?...tanpa ku sedari ada butiran
hangat mengalir ke pipi....

Terasa cintanya merasuk di jiwa ini..Ya Allah!
ku tutup jendela dan ku bergegas
mengambil air menyuci hati dan jiwa
dan ku ambil sejadah menyembah diri padanya..
di akhir sembah ku,
ku berdoa..

Ya Allah ..
Ampunilah dosa-dosa kami,
Lindungilah kami daripada segala bencana dan penyakit-penyakit yang berjangkit,
Jadikanlah kami, hambaMU yang sentiasa taat dan tabah dalam menghadapi dugaan,
Bantulah kami dalam memperbaiki amalan dan perlakuan kami,
Bantulah kami dalam meningkatkan keimanan kepadaMU, Ya Allah,
Bantulah kami dalam menjadi hambaMU yang taat dan patuh kepadaMU,
Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim...
Permudahkan kami dalam menghadapi dugaanMU,
Ya Allah...
Berikanlah setiap saat ku sentiasa
Bersyukur pada mu..
Jiwa keredhaan dan keiklasan di setiap Amal ku..

....Perkenankanlah Doa Hamba Mu Ini..Ya Allah!
........Aminnnn.....

......JUNE INDAH....231111..9.50pm.

Monday, 5 December 2011

....Iklas kasih Mu Terpancar Dari Mata Mu..

Tidak pernah ku menduga akan mengenali mu
Kau membawa seribu sinar di kelam hati ini
Terbalut luka hati yang para dari penderitaan
Terucap kata kasih iklas dari mu..

Ku bagaikan di awang-awangan
kelu lidah tiada terkata bila mata mu
merenung ku dengan senyuman manja
hati berkata ku jatuh cinta pada mu..eeee!Maluyer..!

kau berkata jatuh cinta pada ku
terasa bergetar hati ini..
perasaan indah membelai jiwa
telaga kalbu yang merana kini kembali bahagia

Kini jalan yang berbatu penuh penderitaan
terasa sirna semuanya ..
kau berjanji akan bersama walau terpaksa
bersama ku merempuh duri-duri kehidupan

Namun satu yang harus ku sedari
penderitaan hati ini tiada lagi benci
yanga ada kini cinta dan kasih padanya
kerana,

....Iklas kasih Mu Terpancar Dari Mata Mu..
..Kini ku rindu kamu sayang...!emmuuuaah!hehe.

...JUNE INDAH...221111.10.35pm

....Mencintai Itu Bukan Bererti Memiliki..

Aku mencintai mu,
seadanya diri mu tiada yang lain
nama mu indah terpahat di dalam
hat ini...

Aku mencintai mu..
bersama kerinduan tiada bertepi
dari pagi yang indah hingga malam
yang nyaman tiada terhitung rindu ini

Aku mencintai mu,
dari segala kelebihan mu
dan dari segala kekurangan mu

Aku mencintai mu,
tiada yang dapat ku persembahkan
tiada kata berkias seindah rembulan malam
tiada kata berkias seindah terbitnya mentari..

Aku cintai mu,
tanpa mengharap diri mu
menjadi milik ku abadi..
kerana aku mencintai mu dengan,
hati yang paling iklas..hanya pada mu sayang!
kerana ku tahu,

....Mencintai Itu Bukan Bererti Memiliki..
..Dan Semoga cinta ku akan setia hanya pada mu..
......Semoga ya sayang!eeemmm!

....June Indah...201111.10.00pm

....Semoga Ku Sebahagian Dari nya....

Telah lama ku amati tentang
sebuah perkataan"CINTA"..
malam ku mencari erti tiap perkataan itu,
siang ku mencari jawapanya...

Namun jawapan yang pasti sukar ku temui
perkatan cinta sering di "Agungkan"pada
setiap pujangga cinta, puis,sajak dan apa jua,
hati berkata indah ke Cnta itu??..eeeemmm?..

Indah pada yang setia dan berbahagia
tapi menderita dari bahagia itu sering
menjadi ingauan pada kecewaan
pada setiap derita yang mengiringi!...iiissshhh!

Mentari saja tak setia pada setiap hadirnya pagi
ini kan manusia yang sering rapuh pada keindahan
yang mengodah pada setiap insan yang lemah
ujian cinta itu maha hebat pada hati yang mencintai

Tapi bagaimana jua cerita cinta itu
cinta jua sering di agungkan,
kerana pada yang mabuk cinta..cinta itu mengasyikan!
terlupa pada cinta yang Abadi dan indah.

Iaitu cinta pada Allah
kalau kita dapat rasakan
kehangatan cinta ilahi
itu fuuuhhhh! Indah bangget!kerana,

Mencintainya tanpa syarat
tiada yang bernama kecewa
balasan cinta kita ke dia
pastikan akan membahagiakan
dunia dan akhirat mu..SubhanaAllah!

...Semoga ku Sebahagian Darinya..Mencintainya setulus hati ku selamanyer..

........AMINNNNN.......

......JUNE INDAH....201111.3.55 pm

Saturday, 3 December 2011

...Aku Adalah Aku...

Retak-retak langkah ku semalam
membawa lenguh hati ini
terasa berbatuan terjal di
setiap jalan yang ku lalui..

Letih lemah seluruh jiwa ini
ingin rasa tak bersuara pada
semuaaaaa! .......Adduuuhhh!letih banget!
hidup ini perjuangaan tak sudah

sinar mentari itu harus ku
lewati sebelum ia merajuk kelam
walau lemah jiwa kerdil ku
akan ku sematkan semangat kental

Gerak langkah ini tak akan terhenti
walau selemah mana pun menguasai diri
hingga siang tak sempat bicara pada
pada dentuman Semangat Juang ku..kerana,

...Aku Adalah Aku ....Tak pernah mengalah padanya Hidup!
...Yes Semangat ini Harus KU Gengam..InsyaAllah!...

....JUNE INDAH....191111.10.37AM

Thursday, 17 November 2011

...Setia Ku Abadi kan Hanya Pada Mu...

Dalam diam hati berbicara
dalam berbicara mindah berfikir
semua soalan kehidupan
berlegar menanti jawapan

Satu persatu sandiwara dunia
melangkau melintasi tiap langka ku
suatu yang tak pernah ku fikir
menguji keimanan di hati

Kenapa dunia semangkin tandus
tandus pada,
keimanan,
belas kasihan
kasih sayang
cinta,

Semua terasa bagai kepuraan
tiada yang seiklas dan semurni
yang di lafazkan di hati! jiwa meronta!uuurrrgggh!
kenapa tiada lagi hujan
atau embun yang dingin
pada,
keimanan,
belas kasihan,
kasih sayang,
cinta,

Ataukah manusia masa kini
sudah terlalu canggi hingga tiada
penting semua itu??..
jangan ya Allah
terjadi pada hati ini
biar kasih ku
seiklas
dari
jiwa
ini
jadi kan aku manusia sentiasa punya cinta
terutama cinta ku pada mu Ya Allah!...
setia ku abadi kan hanya pada Mu..!
....JUNE INDAH...171111

....Akan Ku Pinta Pintu Syurga Mu...

Melangkah mencari hidayah
menuju terang di lorong gelap
sejadah yang tandus ku
basahi zikir dan doa,
"kapan sampai syurga"
pertanyaan pada hati yang
yang ingin menembus jalan yang
terang terbentang luas..
lantas hilang gelap timbul terang
nyawa ku pertarukan bersama doa..

Nafas ku hela bersama syukur
dosa ku sedar sebelum nafas terhenti
cubaan dosa dapat ku hindari dalam
belenggu dunia yang penuh ujian
memang sulit tapi ku redah,
pantas ke meminta syurga??
andai raga melawan dusta,

Jangan kau sibuk menghitung pahala
bilamana dosa mu tiada tara,??aaaarrrggghhh!
itu soalan si pendosa,

SubhanaAllah tetapkan iman ku
ku serahkan raga pada mu jua
semoga ku tetap berjalan
di dalam sinar mu!....Allahuakbar!.

....Akan Ku Pinta Pintu Syurga Mu...Layak Ke Aku Semoga Ya Allah!..

...JUNE INDAH...161111

...Hebatnya Cinta Banyak Dugaan..

Hebatnyer dugaan cinta ku ini
pada sidia yang ku kasihi
rindu melanda tanpa ku pinta
resah di jiwa mengodah diri

Hebatnyer dugaan cinta ku ini
pada dia yang Maha Esah
godaan dunia sering hampiri
mengharapa iman yang sering rapuh!

hebatnyer dugaan cinta ku ini
pada dia cinta hati ku
mengharap dia beriklas kasih
mencintai ku seada-nya..

Hebatnyer dugaan cinta ku ini
pada dia Maha pencipta Allah yang satu
berbagai kerena masa kini
kadang ku teguh kadang ku lemah...inilah hakikat cinta ku alami!

.....Hebatnya Cinta Banyak Dugaan...
..semoga ku sabar menghadapnyer...InsyaAllah!..

.....JUNE INDAH...151111

...Sayang Ku Sayang Mu Jua...

Aku yang paggil kau sayang
hanyut dalam pencarian
aku yang kau paggil sayang
mencari kasih tak kunjung datang

Kau yang ku panggil sayang
kini menghilang tanpa restu hati ku
kau yang ku panggil sayang
membuat hati ku menangis selalu

Aku yang kau panggil sayang
akan setia menanti kabar dari mu
aku yang kau panggil sayang
sentiasa berdoa setia pada mu

Kau yang ku panggil sayang
janganlah ada dusta di hati
kau yang ku panggil sayang
setialah pada janji...dan aku akan pastikan.

...Sayang Ku Sayang Mu Jua...Sayang Selamanyer!eeeemmmm!!!!!

.....JUNE INDAH...151111.

Sunday, 13 November 2011

...Itukah Hujan?..

Hadir mu menghimpit rasa kedinginan
membuat beku seluruh jiwa ku..
kemalasan hadir dalam diri...
ingin menyelimuti diri agar nyaman terasa..eee

Hadir mu jua membekas di dalam hati
satu rasa yang indah selalu hadir
di kala merasa ada-nya dingin mu
rindu pada dia sering hadir kala ini..iiisshh!

Kau menderu laju di luar jendela
bagai tak ingin berlalu pergi
ku terdiam kaku di kamar ini
menikmati nyanyian rindu mu

Kini kau bergerak perlahan
bersama bayu dingin mu
walau tinggal segaris
bersama rasa mu
yang menyampah
bersama rasa
ku yang lelah!..

...Itukah Hujan?eemm!...hehehe.

....JUNE INDAH...131111

Saturday, 12 November 2011

.....Itu Semua Rahsia Darinya...

Berbisik rindu di dalam hati
mengukir kata-kata indah yang
sangat mengasyikan rindu kekasih
yang jauh dan hati berbisik jua
adakah dia merindui ku sama?...ada ke sayang?eeemm.hehe!

Berbisik rindu pada yang Esah
menghimpun doa penuh syadu di dalam kalbu
memohon keampunanya pada setiap dosa
hati terlalu syadu merindui keredhaanya
semoga rindu ku ini selamanya untuknya..SubhanaAllah!..

Berbisik cinta di dalam hati pada dia
yang sangat ku sayangi berserta doa
semoga dia sihat-sihat di dalam kejauhan
kerana cinta ku ini tulus iklas hanya padanya..dengar la sayang..Ya!

Berbisik cinta pada Ilahi
sentiasa bersyukur atas segalanya
sabar menerima ujian dan dugaan darinya walau
payah dan derita sekali pun kerana semua itu
menguji sejauh mana cinta ini padanya..hamba ini akan tabah..Ya Allah!

Dan...
berbisik kasih dan sayang
masa jua penentu segalanya
kerana...

.....Itu Semua Rahsia Darinya...
..Akan ku terima apa jua yang yang hadir...InsyaAllah!..

....SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar!...



Cinta ialah anugerah darinya...
kerana cinta lah lahirnya kita ke dunia ini
ibu sanggup mengadaikan nyawa hanya
ingin melahirkan cinta hatinya ....

Kerana cinta jua
ayah merela kan tiap titik peluh
yang mengalir untuk mencari nafka
buat keluarga tercinta...

Kerana cintalah
Zaid bin ad-Datsinah rodhiallahu 'anhu berkata,
"DemiAllah, aku sama sekali tidak rela jika Muhammad
sekarang berada di rumahnya tertusuk sebuah duri,
dalam keadaan aku berada di rumahku bersama keluargaku!
dia sanggup di penggal leher dari melihat nabi Muhammad
di cerderakan..

Kerana cintalah ada di jiwa jua..
Para mujahid dan mujahidah rela mengorbankan harta,
jiwa dan raganya untuk dapat mendapat cinta dari Yang
Maha Mempunyai Cinta...

Allahuakbar!..

Ya...

Dia-lah Allah sang Ar Rahman..

dengan cinta-nya langit dan bumi
berputar dengan harmoni..

Dengan cinta-nya angin bayu malam
masih menyapa hati yang merindui

Dengan cinta-nya angin masih menyapa
tetumbuhan dan rerumputan...

Dengan cinta-nya mentari menyinar
bumi tanpa ada yang mengawalnya..

Dan sesungguhnya segala cinta itu
hadir sejak kita di lahir kan
dan cinta hakiki itu hanya ada pada Allah yang satu!

....SubhanaAllah..Alhamdulillah..Allahuakbar!...Semoga Cinta Ini Setia Padamu!..
......InsyaAllah..Amin.

.....JUNE INDAH...111111.

..11.11.11..Hari Yang Ceria Buat Aku..

Assalamualaikum...
pagi yang indah hati yang indah
eeemmm! pagi ini terasa hati ceria banget..hehe
semoga hari ini membawa seribu erti bagi diri ini..

Terbangun pagi ini terasa ada sesuatu
ada orang yang tak akan ku lepaskan
dan ada orang tak akan ku tingaalkan..
hati ini penuh yakin pada rasa ini..eeee..tamaknyer!minda berkata..hehe.

Tiap airmata yang mengalir ini pasti
ada bahagia akan menanti ...ya pasti lah..eemmm!
kebahagian ada untuk mereka yang telah di sakiti
kebahagian ada pada mereka yang ingin mencuba...

Itulah kata-kata yang selalu tersemat dalam hati
kerana bila selalu di sakiti hati selalu menghargai
dan akan ku pastikan milik ku akan jadi milik ku..waahh...eeemm ya lah kan.
walau bukan manjadi milik ku abadi kerana aku
jua bukan abadi di dunia ini...tapi hari ini akan ku pasti kan,

...11.11.11..Hari Yang Ceria Buat Aku...eeemmm InsyaAllah..!

....JUNE INDAH....111111.

Thursday, 10 November 2011

.....Tentang Dia Dan Aku.....

Siang beralih malam masa berlalu terlalu pantas
tiap hari yang ku jalani bagaikan teka-teki
begitu jua mengenal dia tiada ku pinta
dia hadir di hati tiada terduga...

Mengenalinya terasa bahagia bangget..eeemmm!
tiap berbicara dengan nya hati berbunga ria
selalu tak sabar menanti panggilan tel darinya
kerana gurauan manja dari dia buat ku tak jemu...Suara itu!ku rindui..hehe.

Kini aku dan dia selalu terbuai alunan rindu di hati
walau jarak yang jauh tapi terasa diri dekat dengan dia
kini antara dia dan aku berjanji setia tetap bersama
walau jarak pemisah hanya masa menentu kan nya..Berdoa ne..Ya..Amin!

Tiap hari ku ini hanya menghitung detik dan masa
menanti kepulangan-nya tak sabar di hati
dan ku berharap tiada penghalang antara kasih ini
ku simpan semua cerita dia di dalam hati ..kerana ini semua cerita,

.....Tentang Dia Dan Aku....akan ku setia di disini menanti mu!
.....Semoga Ya dapat bersama..Yes..hehe.

......JUNE INDAH.....10112011.

Wednesday, 9 November 2011

...Dunia Maya Bukan Reality....

Aku sering hadir di teratak mu ini
pada setiap masa terluang ku
seakan teratak mu ini ku rindui
bila aku tak menjenguk mu..eee rindu ke aku?hehe.

Dan setiap hidangan yang ada
aku amati apa yang berguna pada minda ini
tak kurang jua aku persembahkan nukilan-nukilan
yang aku rasa berguna jua pada penghuni teratak ini..eeemm betul ke?..

Teratak ini berbagai cerita yang ada di dalam-nya
ada suka duka segala cerita dunia menjadi satu
dan pada setiap nukilan ku jua kadang ada yang suka
ada yang tak suka ..tapi apa jua yang ku persembahkan semua iklas..iklas dari hati...

Dalam aku menjadi tetamu di teratak ini
berbagai cerita aku alami ada yang buat aku
bahagia tak kurang jua yang mengecewakan hati
mungkin aku terleka di dalam menjadi tetamu-nya..kerana ini semua hanya!

....Dunia Maya Bukan Reality...Dunia Maya Bukan Mimpi!..iiissshhh...hehehe.

.....JUNE INDAH...O9112011.

...Cinta Ini Terlalu Indah...

Semalam yang berlalu ku jadi kan kenangan
hari ini akan ku rempuh masa depan ku
tanpa ku layan kecewa di hati
kerana dunia tetap berputar..

Semalam kau ingin hati ku menerima mu
tanpa syarat ku terima mu dengan iklas
hari ini kau tinggalkan aku tanpa pesan
ku termanggu sendiri melayan hati yang lara

Hari ini ku terima berlalu-nya kau dari hidup ku
tak kan ku rayu kau kembali lagi pada ku
kerana ku terima mu dengan iklas hati ku
dan kini ku jua iklas dengan berlalunya kau dari hati ini..

Esok akan ku pasti kan hati ini bukan milik mu lagi
kerana tiada lagi ruang untuk ku beriklas kasih
akan ku kunci semuanya cinta,kasih,sayang kerana..
semuanya telah ku abadikan hanya pada dia yang satu..

Dan seterusnya biar dia yang buka kunci hati ini
kerana dia yang milikinya sampai masa ku temuinya
biar lah ku abadi kan semua untuk-nya..dan hati ini,
berkata Yes akan ku perjuang sampai akhir hayat ini..kerana,

....Cinta Ini Terlalu Indah..SubhanaAllah..Dialah Kekasih Ku Kini Allahuakbar!.

....JUNE INDAH....08/11/2011.

**Kasih Ku Korbankan Bersama Adiladha Ini**

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim..
malam takbir raya korban ini
sayu rasa hati mendengar takbir raya

Sepertinya hati jua telah terkorban sama
pada kekasih yang telah menjauh dari diri ini
sesuatu perasaan ingin melupakannya berjuang
tanpa henti melawan perasaan sayang yang masih mekar di hati

Sayang ini telah tercabar atas sikap mu
yang tanpa ku tahu apa salah ku..kenapa sayang?.eeemmm!
mungkin kasih lain telah hadir di hati mu kini..Ya ke sayang?..
pertanyaan itu hanya berlalu sepi dalam jiwa yang lemah ini..

Adakah kau bahagia bersamanya kini?..
andai saja kau boleh menjawap pertanyaan ku ini
akan ku lepaskan kau tanpa kesal di hati..ini janji ku sayang!
kerana aku sangat menyayangi mu dan andai kau bahagia
bererti aku jua akan bahagia walau luka di hati berdarah parah

Mencintai itu bukan bererti memiliki
itu ungkapan penyedap bagi hati yang derita ini
dan jodoh pertemuan itu di tangan tuhan kan sayang?..
akan ku terima semuanya andai itu jawapan pasti dari mu..kini ku terasa,

**Kasih Ku Korbankan Bersama Adiladha Ini**Semoga aku akan tabah menghadapinya InsyaAllah!

.....JUNE INDAH.....05112011.

Thursday, 3 November 2011

**Dua Hati Yang Bahagia Kini Tak Bersama Lagi** - by ~ Junaidah June Indah

Aku yang tegar bagai karang di laut
boleh lemah di panah bicara mu
sekali kau lamar aku dengan kata manis
aku terima mu dengan seiklas hati...

Kerana wajah mu itu memgingat kan
aku seseorang yang aku sayang dulu
tapi kini dia telah lama berlalu pergi
dari kehidupan ini..

Mungkin rindu ini padanya membuat
aku menerima mu tanpa curiga di hati
hati mula menyayangi mu dan cinta jua
hadir bersama kasih tiada terdua kan

Sayang aku terlalu sayang mu kini
tiap berbicara dengan mu walau kau
jauh di sana terasa bahagia di hati
kau sentiasa menghiburkan hati ini...eemmm,Indahnyer!

Tapi kenapa alam selalu memusuhi
kebahagian aku?...iiiiiisssshhh!aku menahan tangis!
kasih mu mula beruba maybe hati mu
sudah beralih arah ya?..aku bertanya sendiri..

Pertanyaan itu menghantui hati ini
hari ku muram kembali bahagia itu
sirna bersama hilangnya gurau senda mu
aku akan berundur diri sayang andai itu mau mu..

Mungkin bukan kamu yang salah sayang
tapi takdir kita bersama tiada tertulis
kau hadir hanya penghibur hati yang lara
dan kau berlalu memberikan satu luka yang baru..

Sakit jua terasa kini tapi ku raih
kembali ketegaran di hati agar ku
kuat dalam menghadapi hari esok ku
kerana ku tahu semua ketentuan darinya jua..

Airmata mengalir bersama kata pemujuk hati
biarlah!..Dunia milik Allah jua ..
kita hanya merancang dia yang tentukan segala
dan mungkin ada jua kebahagian ku dari ketentuanya..InsyaAllah..dan,

**Dua Hati Yang Bahagia Kini Tak Bersama Lagi**...eeemmm!Itu Mau Mu Ya?!..
......Kini biarlah aku sendiri lagi!.....