Showing posts with label Abu Hassan Ashari Abas. Show all posts
Showing posts with label Abu Hassan Ashari Abas. Show all posts

Friday, 23 December 2011

Selendang Hitam Membakar Api Di Jari Waktu.

Api di jari waktu
membakar
ranting-ranting hayat

Suasana dikaburi
debu kenangan
masa lalu yang alpa
selendang hitam.

Tiada lagi yang tinggal
buat masa kini
kecuali rangka-rANGKA
SELENDANG HITAM
MEMBAKAR API DI JARI WAKTU
memusnahkan impian masa depan.

Nukilan: Abu Hassan ashari.

Thursday, 22 December 2011

Rahsia Dihatiku Dan Dihatimu

Dlm pesta perkawinan
yg telah larut dimamah malam
lalu berdakaplah sepasang wajah
matamu dan mataku mengorak senyum
dalam detik pertemuan.

Dan kini dirimu asing bagiku
kerana rahsiamu amat payah ku leraikan
lalukau bisikkan jua satu persatu
setelah ku didihkan kenyakinanmu

Aku pun berjalan dalam kenangan
pasti jasadku berdepan kaku disisimu
melayani bibit2 kemesraan.

Kini rahsia di hatimu, rahsia di hatiku
akan kental dalam kenangan.

Abu Hassan ashari.