Showing posts with label FIKIRANKU FIKIR. Show all posts
Showing posts with label FIKIRANKU FIKIR. Show all posts
Thursday, 22 December 2011
Thursday, 8 December 2011
Petang, Hujan & Puisi
Dan aku memilih untuk diam
demi fokus tekunku pada karya-karya
demi amanah tanggungjawabku pada kerja-kerja
...
Kutarik nafasku sambil mata terpejam
kuhembus perlahan beserta kedukaan
Tuhan beriku semangat dan kekuatan
untuk kuhadapi segala kepiluan
Sampai bila aku harus begini
Sehingga bila aku merana sepi
Aku tidak pasti
Aku melawan diri, menanggung perit di hati
Istighfar aku memohon ampunmu
Takbir dan tahmid untuk menenangkan jiwaku
Dan hujan inipun menyejukkan panorama
Mendamaikan hatiku yang panas bergelora
FF:1.12.2011
Wednesday, 7 December 2011
Terperosok aku pada ilusi cinta
Terperosok aku pada ilusi cinta
Yang telah menguasai orbit alam mayaku
Tidak mungkin aku terjaring
Pada zalimnya planet cinta yang terapung
Ingin kubertanya di mana akan kutebarkan resah ini
Sedangkan ianya sentiasa menjala jalar di hati
Di mana sauh dan layarku yang dulu utuh?
Ingin saja kuberlari ke atas bukit
Dan melaung-laungkan
Segala rasa pedihku ini
Aku tidak mahu kecewa lagi!!!
Apabila Sedar :
Aku berpetah pada puisi yang secebis
Kumohon ampun padamu Ya Allah
Sekiranya alpa melebihi imanku
Sinarilah al-fatihahMu yang Agung kepadaku
by Fikiranku Fikir on Wednesday, November 23, 2011 at 9:18pm
Monday, 5 December 2011
Puisi Cintaku : Yang Bercelaru
Di saat duka masih tersisa
Aku mendaki gunung perkasa
Mencari jati diri yang telah hilang seketika
Aku harap ianya sementara
Ingin kutemui cinta yang baru
Cintaku yang dulu berjela-jela
Berpintal dan terputus akhirnya
Kukirai segala yang kusut
Namun semakin rumit jadinya
Dan aku tetap berusaha...
Berpintal-pintal segala rasa ini
Berputar-putar dalam jiwa
Keluarlah segala yang tidak pasti
Aku tidak ingin merana lagi....
Astaghfirullahalazim...
Monolog :
Luar memang nampak Cool & Tabah
Dalam hati...bergelora
Tuhan saja Yang Maha Mengetahui
Dukaku, sedihku, piluku
Harapanku, doaku, azamku...
Fikiranku Fikir - November 20, 2011 at 8:33pm
- Tanya pada Hatiku -
Hati....
Kenapa rindu-rinduan lagi
Jiwa
Kenapa mesti jatuh cinta
Nasib
Kenapa yang baik belum datang lagi?
Hati..sekali lagi aku tanya kenapa merindu?
Bukankah dia sudah tiada lagi...
Hati kenapa tidak sabar
Bukankah itu yang terbaik...
Inginku mencari cinta baru
Oh perlukah kukejar
Atau hanya berjalan sahaja
Atau belari pula
Atau berenang
Atau
Diam-diam saja
Tanyaku pada hati ini.....
berulang-ulangkali....
Fikiranku Fikir- November 20, 2011 at 8:19pm
Thursday, 17 November 2011
Tombak rindu
Tombak rindu itu telah merodok ke dalam jantung hatiku
terburai barai segala isi resah, gundah
berbau seluruh ruang dengan aroma rindu kepiluan
Terjerit meraung aku, seksakah atau melepas kesah
di pergunungan asing, tinggi dan menyeramkan
kulihat di bawah, jauhnya kedamaian
aku membaling segala batu rindu yang menghimpit jiwaku
Aku ingin segera Pulih daripada segala yang mencengkam
meraja berkuasa mengepung kebebasanku
Aku tidak mahu terlalu pilu merindu
Tidak mahu!!!!
Penatnya diri menangis berhari-hari
seperti tiada lagi erti hidup ini
kiri, kanan, depan, belakang
ada potensi untuk mengganti, jadi pengganti
tapi hanya dia yang masih di hati ini
ah..baru enam hari....dia pergi
FF: 14.11.2011 - 1.25pagi
Saturday, 12 November 2011
Puisi Kita Yayang (2)
Kubasahi puisi ini dengan linangan airmata
Mengapa hati durjana tidak mahu menyerah
Sanggup terkurung dalam penjara besi
Yang tidak berpintu
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari
Dirimu sering kuterbayang-bayang
Namun dikau pergi takkan kembali...
Ingin kusidai segala keresahan hati ini
Pada ampaian besi ketabahan
Mengapa penyepit cepat patah
Ibarat hatiku yang sering gundah
Lemah...
Walau kukucup cinta, kuusap rindu
Kubelai kasih jiwa padamu
Tidak akan pernah pudar
Pasti berkilauan
Ini bukan janjiku
Kerana kesetiaan telah dipatri
Jangan ragu wahai sayangku...
Kini, tiada lagi bintang dapat kupetik
Apatah lagi disinari cahayanya
Hanya disimbah cahaya mentari terik, menggigit
Sekali lagi bah oleh lebatnya hujan
Aku?
Berselang seli perasaanku ini
Seperti teka silang kata
Atau scrabble menguji minda
Sekejap tenang
Sekejap merintih
Hati kuatlah ok!
FF: 13.11.2011 - 1.06 pagi
Puisi Kita Yayang (1)
Kuanyam kasih
kuhurai duka
pada malam gelita
kusuluh cahaya
menerangi kelam cinta kita
membina bersama impian indah
untuk menikmati bahagia
demi kasih rahmat padaNya Ya Allah
takdir Tuhan penentu segala
yang kita rancangkan reda bersama
hiba hatiku ini...
apa khabarmu di sana
kuhulur doa tulus
demi cinta kita
walau tidak tercapai bintang kejora
kerana kasih hanya sementara
kita kecapi dengan serasi
Kumohon pada Yang Maha Esa
untuk memberiku ketabahan, reda & pasrah
Semoga dikau aman di sana
FF: 11.11.2011
Wednesday, 9 November 2011
Salahkah
Salahkah sekiranya kita sekadar berteman bicara
Dalam ukiran puisi unik yang pelbagai
Terkadang dramatik, terkadang bersahaja
Silap tafsirankah sekiranya hati terdetik suka
Kerana terpikat mesranya bahasa
Indahnya kata-kata menusuk ke jiwa
Bukankah kita telah pasti
Tidak mungkin kita bercinta kasih
Tiada siapa yang peduli
Temanmu juga masih tidak mengerti
Kita serasi kerana keadaban peradaban kita
Sekiranya salah, ampun dipinta
Berjanji berubah mengelak gundah
Akhirnya kita begini juga
Hanya memandang dan membaca
Puisi cinta, puisi jiwa
Tiada lagi menyokong sesiapa
Ya, hatiku masih jauh di hujung sana
Hai..entahlah
Kau masih tetap di hatiku
Aku mengagumimu kerana puisi-puisimu
Kerana kesopananmu dan keserasian kita
Bukan kerana aku jatuh cinta
Pada pemilik taksub dewa durjana
Percayalah!
Aku selalu ingat
Aku selalu ingat pada dia
Selalu ingin menegur dia
Tapi apakan daya
Kami dipisahkan antara dua horizon
Entah kenapa dia menyingkirku
Daripada senarai kenalannya
Entah mengapa....
Hati terguriskah?
Hati terhiriskah?
Di mana kesan lukanya?
Di mana nampak torehan dan darahnya?
Balutkah atau biarkan ianya terus mengalir....
Aku hanya menunduk lesu
Pilu....
Thursday, 27 October 2011
Sepanjang hari ini
Sepanjang hari ini
untuk hari yang ketiga
aku masih berfikir
dan sentiasa memikirkan dengan penuh kerutan di dahiku
bilamana fikiranku masih keliru
mataku tetap juga kuyu, layu...
bila kurenung tiada lagi sinaran cahaya
hanya terlahir dari sebuah rasa yang pilu
sangat pilu..sangat jauuuhhhhh daripada sudut atau tengahnya hatiku ini...
Tiada apa yang dapat kulakukan
hanya berdukacita
yang sememangnya bukan cita-citaku untuk sentiasa dukalara
Aku telah hampir sebenarnya kelmarin
untuk kunyanyikan keriangan di hatiku
bukan kerana aku sudah menang
bukan kerana dia telah tewas
tapi semuanya kerana yang lahir tulus daripada hatiku
mungkin hatinya
Kini..sekarang ini
pada hari yang ketiga ini
aku masih merintih dan lirih....
Subscribe to:
Posts (Atom)