Showing posts with label Din Kelate. Show all posts
Showing posts with label Din Kelate. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

Puisi : Sekuntum Bunga Pura


Puisi : Sekuntum Bunga Pura

Sungguhku tak menduga
dalam siaga berjaga-jaga
masih kedapatan ada
... sekuntum bunga pura
merimbun dalam buana
menagih setanggi cinta

Gamitan bak fantamorgana
petah meliuk bicara
pandai memagut rasa
melidah akujanji dusta
bijak menyulam agenda
bersimpuh lentuk di dada
membangkit ruap asmara
maruah diri dirobek bangga

Inikah sifat Hawa bijaksana?
demi tagihan sejasad cinta
demi kecapan nilaian harta
bergulung ijazah dunia
lara menggulai rasa
meluap niat durjana
melangit riak mendada
rencong menujah noda
galak membutuh makna
menyulat kesamaran fakta
berselendang gerimis berjela
menagih simpati Adam semesta
: kucupan cinta bergincukan raksa!

Nukilan :
Din Kelate
6 Rabiul Akhir 1434
17 Februari, 2013
Puisi : Sekuntum Bunga Pura

Sungguhku tak menduga
dalam siaga berjaga-jaga
masih kedapatan ada
sekuntum bunga pura
merimbun dalam buana
menagih setanggi cinta

Gamitan bak fantamorgana
petah meliuk bicara
pandai memagut rasa
melidah akujanji dusta
bijak menyulam agenda
bersimpuh lentuk di dada
membangkit ruap asmara
maruah diri dirobek bangga

Inikah sifat Hawa bijaksana?
demi tagihan sejasad cinta
demi kecapan nilaian harta
bergulung ijazah dunia
lara menggulai rasa
meluap niat durjana
melangit riak mendada
rencong menujah noda
galak membutuh makna
menyulat kesamaran fakta
berselendang gerimis berjela
menagih simpati Adam semesta
: kucupan cinta bergincukan raksa!

Nukilan :
Din Kelate
6 Rabiul Akhir 1434
17 Februari, 2013

Wednesday, 30 January 2013

Puisi : Selingkar Kisah Membara.


Puisi : Selingkar Kisah Membara.

Alamak! Ehem…ehem! Kuuu-chak!

Mengapa adinda mengurut dada?
... Tidak berselerakah menelan fakta?
Jangan sudah gaharu cendana pula
kita singgah di sini hanya sementara
usahlah berlama bermasam muka
kelak bangkit keriput kedut merata
menjadi wajahmu kusam seketika

Kini telah sepurnama
hakikat diperakui mata
betapa untuk dirimu dinda
tiada sesekali agihan cinta
kerna hatiku lama berempunya
saat kehadiranku ke alam dunia
Habis kenapa resah menggulai rasa?
Mengalahkan ibu kucing yang tersiksa
melahirkan kembar sembilan seiras rupa!

Kan dari dulu sudah kukata
kuat mana pun kaum Hawa
pabila kebenaran tertib disua
yang dipenting sumpah setia
yang dikisah akujanji bersama
merimbun tipu sunat berbunga
lupa kehendak Zat Yang Bijaksana
sesaat perancangan tak tergendala
tatkala ijab kabulmu disahkan senada!

Bukankah di antara kita
mampu berfikiran dewasa?
Asal berlabuh damai semula
kuatkan pautan pada yang Esa
pasti kita tarah sejalur lebuhraya
agar terus memayungi redha kasih-Nya
namun jika keikhlasanku terus dipertanya
biarkan dirimu kuwakilkan amanah sukma
semoga sejasad jiwa tertib tersenyum manja
tatkala tulus membisik kehadiran calon seterusnya…. ;p

Nukilan :
Din Kelate
13 Rabiul Awal 1434
26 Januari, 2013

Catatan :

Puisi ini adalah sambungan bahagian kedua susulan kehadiran "Puisi : Ke mana Dibawa Nilaian Cinta." yang telah dikongsi.
See More
Puisi : Selingkar Kisah Membara.

Alamak! Ehem…ehem! Kuuu-chak!

Mengapa adinda mengurut dada?
Tidak berselerakah menelan fakta?
Jangan sudah gaharu cendana pula
kita singgah di sini hanya sementara
usahlah berlama bermasam muka
kelak bangkit keriput kedut merata
menjadi wajahmu kusam seketika

Kini telah sepurnama
hakikat diperakui mata
betapa untuk dirimu dinda
tiada sesekali agihan cinta
kerna hatiku lama berempunya
saat kehadiranku ke alam dunia
Habis kenapa resah menggulai rasa?
Mengalahkan ibu kucing yang tersiksa
melahirkan kembar sembilan seiras rupa!

Kan! dari dulu sudah kukata
kuat mana pun kaum Hawa
pabila kebenaran tertib disua
yang dipenting sumpah setia
yang dikisah akujanji bersama
merimbun tipu sunat berbunga
lupa kehendak Zat Yang Bijaksana
sesaat perancangan tak tergendala
tatkala ijab kabulmu disahkan senada!

Bukankah di antara kita
mampu berfikiran dewasa?
Asal berlabuh damai semula
kuatkan pautan pada yang Esa
pasti kita tarah sejalur lebuhraya
agar terus memayungi redha kasih-Nya
namun jika keikhlasanku terus dipertanya
biarkan dirimu kuwakilkan amanah sukma
semoga sejasad jiwa tertib tersenyum manja
tatkala tulus membisik kehadiran calon seterusnya…. ;p

Nukilan :
Din Kelate
13 Rabiul Awal 1434
26 Januari, 2013

Catatan : 

Puisi ini adalah sambungan bahagian kedua susulan kehadiran "Puisi : Ke mana Dibawa Nilaian Cinta." yang telah dikongsi.

Saturday, 19 January 2013

Ke mana Dibawa Nilaian Cinta.

Sungguh kutak berdusta!
jauh sekali hanya menduga
adakah wajahku kini ketawa?
atau pun tertera kelat mencuka?
mahu pun tampak merah menyala?
membisik hakikat perihal yang nyata
betapa dirimu tidak pernah kucinta!

Masya-Allah!
kenapa dirembes gerimis berkaca?
simpanlah dahulu tatkala berduka
kan, di antara kita tiada apa-apa
hadirku hanya melintas sahaja
menerjah masuk tanpa sengaja
ruang waktumu yang berharga
asyik mencari kemanisan cinta

Percayalah juita!
khusus untuk dirimu adinda
cintaku tidak akan sempurna
usahlah ditagih barang sehasta
kelak bangkit pula akan afiat murka
milik Zat yang menentukan jodoh kita

Namun itu tidak bermakna
kasih sayangku turut tiada
andainya ditakdir tak bersama
usah sesekali bermuram durja
pasti diizin-Nya bertatap mata
meski seketika di taman Syurga

Kerna
selagi kita
bersifat manusia
tiada bandingannya
disanding sebaris cinta
empunya seraut hamba-Nya
justeru ikhlaslah saat meredha
lantas jujurlah pabila berbicara
dalam usai terus mendaki senja
usah bersangka setelah meminta
temu tikanya pasti masuk bersila
membisik khabar penawar sukma
agar sejasad jiwa tersenyum manja
tapi tanpa tasdik-Nya membara di dada
suri keMelayuanmu tiada nilaian rupa!

Nukilan :
Din Kelate
5 Rabiul Awal 1434
18 Januari, 2013
Puisi : Ke mana Dibawa Nilaian Cinta.

Sungguh kutak berdusta!
jauh sekali hanya menduga
adakah wajahku kini ketawa?
atau pun tertera kelat mencuka?
mahu pun tampak merah menyala?
membisik hakikat perihal yang nyata
betapa dirimu tidak pernah kucinta!

Masya-Allah!
kenapa dirembes gerimis berkaca?
simpanlah dahulu tatkala berduka
kan, di antara kita tiada apa-apa
hadirku hanya melintas sahaja
menerjah masuk tanpa sengaja 
ruang waktumu yang berharga
asyik mencari kemanisan cinta

Percayalah juita!
khusus untuk dirimu adinda
cintaku tidak akan sempurna
usahlah ditagih barang sehasta
kelak bangkit pula akan afiat murka
milik Zat yang menentukan jodoh kita

Namun itu tidak bermakna
kasih sayangku turut tiada
andainya ditakdir tak bersama
usah sesekali bermuram durja
pasti diizin-Nya bertatap mata
meski seketika di taman Syurga

Kerna 
selagi kita
bersifat manusia
tiada bandingannya
disanding sebaris cinta
empunya seraut hamba-Nya
justeru ikhlaslah saat meredha
lantas jujurlah pabila berbicara
dalam usai terus mendaki senja
usah bersangka setelah meminta 
temu tikanya pasti masuk bersila
membisik khabar penawar sukma
agar sejasad jiwa tersenyum manja
tapi tanpa tasdik-Nya membara di dada
suri keMelayuanmu tiada nilaian rupa!

Nukilan :
Din Kelate
5 Rabiul Awal 1434
18 Januari, 2013

Jadi Yang Menjadi.

Jadi tak menjadi
kenapa diulangi
lantas kapan lagi?
dirimu tegar dizalimi
kelibat teguran insani
mudah sekali merasai
bagai genggam bara api
dicela sindiran tersembunyi
bila ketaatan tak laksanai
terus lalai membuta tuli
galaknya makin menjadi
lupa hakikat diri pasti mati

Akan tetapi,
jiwa yang mengenali diri
pasti hidupmu menjadi
tiba di sana dirahmati
hidup di sini diberkati
waima di mana berdiri
atau ke mana menyusuri
tiada riak melebihi
tiada ego menandingi
dalam tegas menjadi berani
tawaduk pada Maha Menguasai
dalam asyik mengumpul rezeki
mengsyukuri pada Maha Pemberi

Nukilan :
Din Kelate
21 Safar 1434
4 Januari, 2013

Monday, 30 January 2012

Puisi : Taqdir Kasih Akhirnya Berteduh.

Di saat kasih, hadir bersimpuh
di kala rindu, bersambut ampuh;

...
kenapa dibiar, terus mengeluh
menggumam rasa, beriak angkuh
mengipas debar, bertitis peluh;

kenapa disoal, taqdir berteduh
sedang jelas, hasrat tubuh
sedang kemas, ikatan sauh;

kenapa gaduh, guruh ditabuh
belum disentuh, sudah disutuh
belum diijab, bermadu disuruh;

kenapa bertapi, jika bersungguh
di kala hasrat, tidak bertingkuh
di kala mahu, tidak berpuluh;

kenapa yang jernih, sengaja dikeruh
di kala tenang, tanpa gemuruh
di kala wajib, tanpa makruh;

kenapa yang teguh, sengaja ditutuh
pabila susah, setia patuh
pabila senang, sedia seluruh;

kenapa yang jelas, tetap bersuluh
di kala sanggup, ingin menempuh
di kala sudi, tak ingin mengeluh;

kenapa cemburu, di biar berlabuh
sedia maklum, tanpa bertangguh
sedia makmum, tanpa berjauh;

kenapa diungkit, jodoh termansuh
baik dipupuk, taqdir berteduh
baik dkbelai, semakin utuh.

Nukilan :
Din Kelate
27 Rabiul ‘Akhir, 1432
1 April, 2011

Damaikan Rinduku....

aduhai rindu
yang asyik menderu
apa perkhabaranmu
...
tanpa kasih di situ
semoga semalam yang berlalu
menghadir lena bertamu
agar natijah istirehatmu
tidak terganggu.

kerana sejak sewaktu
risauku pada sang bayu
asyik mendayu pilu
berat sekali titipanmu
untuk sang bayu pangku
bagai setiap hasta waktu
perlu direda rasa celaru.

usahlah dikau terus begitu
redakan geloraan kalbu
damaikan kuntuman rindu
yang membadai dadamu
kelak terbangkit haru biru
yang sukar untuk ditampu
justeru redhalah yang berlaku
ukirlah senyuman mewangimu
kelak akan terbit juga cinta baru
untuk dikau sambut tanpa ragu......

~ Din Kelate ~