Showing posts with label Rusinah Karman. Show all posts
Showing posts with label Rusinah Karman. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

MAINAN KATA

MAINAN KATA

Hilang mega timbul gema
alam menanti lama
kisah resah serah kasih
yang ramah tetapi marah.

Harap diidam menjadi parah
ubat rupanya bertukar tuba
terselindung masin di dalam manis rasa
lekat kelat di sebalik lidah
amat pedih mata menatap
malu yang mual
menghidu harum wangian murah.

Lemas dan seram selam mesra
sukar menghindar rakus
lantas sedar deras menjelma
tatkala malam gelap dan legap
di pintu mainan kata-kata.

ARKAY MANJA 2723

Monday, 25 February 2013

AKU BUKAN SIAPA-SIAPA


AKU BUKAN SIAPA-SIAPA

Aku bukanlah pemotret jiwa
yang mahir melakar citra
di atas paparan layar terbuka.
...
Aku bukanlah pengarang santun
yang tahu berlagu pantun
di atas pentas kalbu diruntun.

Aku bukan juga pelakon sandiwara klasik
yang mampu mengarang lirik
di atas panggung emosi dicarik.

Aku hanyalah insan nan lemah
yang tiada upaya bersikap ramah
lantaran saban hari menghitung resah
tersurat dalam hidup yang pasrah
tanpa juang
penuh bimbang akan kecundang
tatkala menempati ruang.

ARKAY MANJA 24313

Wednesday, 9 November 2011

SENDIRI LAGI (Dedikasi untuk Selendang Hitam)

Dalam bersendirian
tiada lagi airmata yang menitis
lantaran kering menangisi pemergianmu sebelum ini
dari hati dan kehidupanku.

Tiada guna lagi kutangisi
impian yang tidak menyata
harapan yang tidak tertunai
kerana
kau tiada lagi ada di sini
menemani malam dan siangku.

Tidak akan aku cantumkan lagi
retak-retak nukilan hampa
biarkan saja di situ
menyatu menjadi alam
kerana
bukan takdirnya kita saling memiliki selamanya.

-Rusie Na -