Showing posts with label Moy Yu. Show all posts
Showing posts with label Moy Yu. Show all posts

Sunday, 3 February 2013

Pukat waktu


Pukat waktu

Meredah jalanan kelabu
hiasan telapak bersandar rindu
hilang jerih bersandar harapan
... tongkat usang bukan hiasan
sering menemani nafas fikir

Simpati tika hadir waktu
mendakap risau ombak
menawan seketika kepayahan
membagi kesabaran bertimbang
tajam pada harapan

Mendung menjamah berombak dada
gerimis pasti menerjah pagi
tika mendung bersembunyi
menyelaklah seri mewarnai
membasuh segala resah
menggamit sayang
di pukat waktu...

Moyys01.
4.2.2013.

Friday, 25 January 2013

Aku

Aku

Aku...
Mengheret aib
penuh gelab
menghimpun resah
masih basah

Aku...
insan kaku
jahil kuterpaku
mendakap lesu
menangkap palsu
ku sering membisu

Aku...
Melangkah membuang keliru
seribu terharu menghilang biru
lalu kumenadah pilu
berselawat padaMu
merebah jahilku
kerana mencari ilmu
hak janji
aku...

Moyys01.
25.1.2013.