Showing posts with label Mokhtar Yusof. Show all posts
Showing posts with label Mokhtar Yusof. Show all posts

Wednesday, 1 February 2012

Titisan Hujan Kasih

carikan awanan
di desak olakkan kasih
menumpah gugur
titisan air kasih
membasahi bumi
seikhlas diri
hadir berbudi lagi

segar lah segala raut rasa
semakin hidup impian
melebar akar cinta
pada nafas desah
kembali segar dalam
penantian semalam

berakar umbi menjalar
ranting megah membuka ruang
dedaunan menari berkasihan
rumput segar menghampar dada
tiada keluh menari tari
tiada luka diguris duri

kerana titisan air kasih
membawa simpati
pada kekeringan hari
tiada layu menanti
kini mendakap realiti
seribu erti....

Cheyy....My.
01.Feb.2012@
2005 hrs.

Bagaikan Mimpi Ngeri Milik Jiwa

salam kasihnya ku teruja
hadir membina impian
bila bersama seindah rasa
ingin berkali ku bersuara
berbicara tentang hati
kasih ku bertukar simpati

bila ku mencari ketentuan
ku lemas di tuba benci
lalu ku selam ke kolam hati
menyelak sumpah bersemi
ku temui kepudaran janji
cuma berwarna mimpi

tika ku berlarian di tebing kali
angin membawa pesan sakti
lalu ku selimuti kerinduan
dengan gebar kesabaran
milik ku sejak ketemu
kepiluan dari kilauan
cemburu bertamu

di tebing kali masih ada
sumpah setia milik kita
layu diracun tuba
menjadi mercutanda
sebuah kisah
mimpi ngeri
milik kita.....

Cheyy....My.
01.Jan.2012@
1901 hrs..

Tuesday, 31 January 2012

Indah Rindu Dua Jiwa

indah rindu mu masih setia
meletak hasrat berairmata
lalu bersinar di kelopak rasa
di situ ada tanda kasih
terikat di jiwa merela setia
setulus cinta setia

tika rindu mu bertaut
kasih dan sayang kita
melonjak selautan rasa
ombak membelai jiwa
penuh terlarut mesra
pada cinta dua jiwa
seindah mutiara

bila indah rindu mu
menyapa bahagia
setangkai mawar biru
sentiasa di ribaan
pengikat kata janji
masih terpelihara
indah beriba manja
tika di belai kasih
seindah cinta
kita berdua....

Cheyy...My.
31.Jan.2012@
2101 hrs.

Andai Ku Bisa Menarik Tangkai Nya

Andai ku bisa menarik tangkai nya
akan ku eratkemaskan pegangan
dalam genggaman hati ku
agar daki sumbang akan terbang
tiada resah dan desah menumpang

andai ku bisa menarik tangkai nya
akan ku jaga sekuntum kuntuman
kelopak nya tiada akan terkopak
walau sedikit bintik hitam
berbekas dari sentuhan
leka terlena diam
berlalu

akan ku lenturkan tangkai nya
menjadi garis garis suci
berseri indah di laman seri
tiada tertumpah embun pagi
tiada di sapa sang mentari
di tutup kelopak dengan rapi
embun tiada akan di paksa pergi
andai ku bisa menarik tangkai nya
akan ku jaga ia dalam redha Illahi
indah dan murni....

Cheyy....My.
31.Jan.2012@
1830 hrs.

Monday, 30 January 2012

Malam

aku menarik malam
agar riuh terpalam
didakapan sunyi
...
untuk aku mencari
sebuah makna
belum ku mengerti
pada usikan semalam
masih terpancar
seraut wajah
berbayang walang
sering menumpah
di perasaan

lalu ku tarik
gebar mimpi
agar hadir lagi
tika ku mencari
dan menanti
di dalam mimpi
makna nya
akan ku
temui...

Cheyy....My.
30.Jan.2012@
2040 hrs.

Janji Mu Masih Ku Rindu..

cerita kita janji cinta
pada perjanjian dua hati
sama kita taburkan kata
...
berjanji dua jiwa
seharum mekar
mawar mewangi
di halaman rindu
buat kita

kini ku sering rindukan
lafaz cinta mu
agar ia bersemi
indah di hati ku
bagai selalu

ingin ku miliki
kuntum kuntum senyum
biar meresap ke jiwa ku
kan bawa kedakapan
di malam lenaku
menjadi teman
setia ku

janji mu
masih ku rindu
di saat ku menunggu
di halaman rindu
pada mu ingin ku katakan
aku rindu.....

Cheyy...My.
29.Jan.2012@
0957.hrs..

Wednesday, 25 January 2012

Kaya Kah Kita...?


apa kah kita kaya
apa kah kita miskin
ada kah kerana harta
...
cuma ia ada pada kita
sepanjang seusia..

pernah kah kita tanya
kita kaya pada harta
harta apa pada kita
kita simpan dimana
di dalam bungkah hati
atau di telapak tangan kita

lupa kah kita...?
dimana kita simpan
musibah jika ada di hati
mulia andai ia di telapak tangan
cuma si miskin kekayaan
sentiasa di letakkan pada hati
si kaya juga mendakap damai
menghirup bahagia
jika harta nya di hati
Tuhan mu tiada meletakkan
kebahagiaan jua kesenangan
pada harta mu
cuma pada kekayaan pada hati

andai kamu lupa
Allah akan menceraiberaikan urusan mu
lintang pukang langkah mu nanti..!
pasti kamu akan rasa kekurangan
kurang harta juga budi
andai dunia ini di jadikan tujuan

Allah mempermudahkan mu
andai akhirat tujuan mu
harta sentiasa cukup buat mu
hati mu....ada nilai diri
pencarian mu kekal cukup
dengan kesyukuran
andai diri mu kaya
berniaga lah dengan Nya...Rabbi..
andai kamu mewah berurusan lah
dengan Nya...Allah hurabbi....
melalui zakat juga sedekah mu
kerana barangan dagangan Nya...
amat mahal.....cuma Syurga...

andai diri mu miskin..
rebutlah ..rebutlah pahala dengan amalan
kerana kaya hati mu
pasti kau tiada miskin papa
cuma kau miskin harta kekayaan
tiada kau miskin salam...juga ..senyuman
mudah dan indah..cuma itu harta indah mu

jangan kau lupa..
amalan kekal mu
baik di sisi Nya....
jangan kau lupa...
amalan kekal soleh...
wahai...sahabat ku kasihi..
baca lah hasrat lebih seni
lebih maknawi.....
tidak kira siapa kita
kaya....lebih kaya..
kaya pada apa...?
senang ....lebih senang
senang pada apa..?

miskin..tak kira semiskin mana kedana kita.
kaya...tak kira sehebat mana harta kita
pada kaya dan kedana dalam kaya
tiada sehebat kaya nya kita
kerana hebat nya kaya kita cuma
sekaya hati kita.....

Cheyy...My.
15112.

Thursday, 22 December 2011

Kerana Siapa

kerana siapa
tika kau berlarian di bening senja
tika kau berkejaran di ufuk jingga
berdenyut nadi masa menemani mu
lalu kau menabur seribu benih janji

kerana siapa
kau tanam benih kasih di muara
kau benam kasih di lembah rasa
tak tertunas cinta melakar
walau sekumit dari seribu

tak ku rasai madu kasih
di pokok janji mu
tiada tunas sakti
tiada indah subur
ku temu
di tangkai kasihmu

kerana siapa
sanggup kau menyiat luka
tercela rasa pada janji mu
sanggup kau menikam luka
di tasik cinta kau berdusta
kau tinggalkan kekasihmu
berduka di belantara rasa

siapa kah dia...
dapat kau rasa kasih
dingin musim berlalu
kasih menangkap kabus
terdampar nista mu
meluru menusuk pilu
bertakhta diri mu keliru
di celah rindu
kerana siapa....

Cheyy.....My...
071211

Demi Mu Ku Bakar Waktu Ku

Demi Mu Ku Bakar Waktu Ku

deruan ombak semalam menyapa rasa ku
terusik ku kisah silam di batas tapak cinta
yang telah kita bina berabad lama
membentang hamparan kasih setia
melintasi bening senja terluka
melamar kasih ke puncak istana cinta
yang kita hadirkan seketika cuma

tika deruan badai melanda pintu rasa
di kelopak masa berombak kasihmu
ku capai titisan kesedihan mu
ku baluti rindu dengan gebar kasih
kerinduan mu ku dakap erat
di dasar kasih mu ada nya aku
menemani di ruang sepi mu

lamunan ku bertemu mu cuma igauanku
mencari mu di setiap lena ku mendatangi
waktu sepi ku melalui detik masa
waktu diri mu ku belai dalam luka
cuma dalam detik waktu rindu
bertaut diri ku pada ketika
tiada noktah terakhir ku rasa

terlalu pasrah kah aku
terlalu parah kah hirisan ku
cuma ku sadurkan selimut kasih
rela ku curahkan sesalju seri
demi mu ku bakar waktu ku

Cheyy.....My.
041211.
Northam Penang..

Cerita Sebuah Cinta

di saat fikiran melayari malam sunyi ku
di urutan merasai anyam kelam cintai mu
mengjangkau jauh ingatan kerinduan ku
menyelak lah kenangan kerinduan pada mu
terasa betapa kerinduan terindah dulu

rindu kita pada kemesraan yang bertaut
terlalu tinggi hasrat terpaku di jiwa mu
terlalu tersendiri jiwaku meraut tawa mu
terkadang ku terlena di belai senyum mu
kau perakukan aku ..akulah selama

kau terpaku juga terkaku minda dipasak
oleh kebodohan diri menyesak hati bagai mati
kau yang ada bukan kau ku kenal berjiwa diri
kelurusan diri mu berselerak di asak
berbadai badai hentaman desak
kau berlalu melayari desakan badai
di lambung ombak kepincangan rasa

dimana kau yang bermata biru tiada keliru
dimana kau yang berhati jitu tiada terkaku
dimana di akhir dalam permulaan bertingkah lagi
andai bekas bekas kasih sisa nya kau temui
lihat lah aku dalam sumpah janji mu dulu
disitu masih ada janji sumpah mu dulu
kau di ikat kuat diam terbelenggu.

Cheyyy.....My...
031211.
hotel Northam.Penang..

Wednesday, 7 December 2011

Sedingin Salju

Rembulan menuang resah ke bumi
keramaian pungguk membelai rayu
pada sebuah kerinduan bergayut
di dahan dahan kenangan semalam
berdiri gusar di bening malam

dulu belaian kasih masih berputik
pada kesamaran di rekahan hati
lalu terpasak sebuah rindu kecil
bermain berpesta menari tari
mengajak kasih melayari dini

kini rembulan menelan kelabu
sedetik tika lena bergelut lagi
menggamit seribu persoalan
merentasi ranting kenangan
yang masih bertelok di angan

rantaian berelung nafas kasih
menyelimuti ruang jemu
memadam segala kemanisan
yang telah kita ukirkan dulu
bagaikan sedingin salju

Cheyyy.....My..
24Nov2011
Bangsar..

Melarikkan Ilusi Kasih

Berduyun rasa menuruni lakar masa
menghayun minda tenung merata
menyelak kertas usia di jiwa seusia
menyelak rentas usia menjala kata
terselak merentas usia pentas rasa
bersama impi di ulit mimpi di jiwa
kita warnai di dada cinta kita

berdetir siasah merubah segala
bersama ruang dahaga di jiwa
bersama tiang perkasa diri nya
memanggu tika beronak leka
menunggu jaga meriak lena
di lapang rasa tetap menadah
seindah idaman di halaman

berseru serumpun kisah
melayari lautan idea cinta
melingkari bertautan di jiwa
tangan tangan malam menyulam
menganyam kenangan kasih semalam
mendiami di dasar resah merekah
merasai di ulit mimpi di dasar mimpi

kemarut diri masih kelaparan
mahu merubah tika juga masa
mahu memindah segala upaya
mencari teduh di rendangan
pepohonan berayunan bersilangan
melarikkan ilusi kasih di kesepian
melakar lakaran cinta kita

Cheyy....My..
241111.
Bangsar....

Monday, 5 December 2011

Kerinduan Ku Semalam

ku dilambaian musim
mengutip setitik kenangan
tika di persisir kelukaan
tika di ukir kemanisan
sketsa cinta kita

kau alunkan setitis janji
kau adunkan semanis pasti
ku terlena diri melayari
ku terbina ilusi menghayati
segala kasih mu terabadi

kau dambakan kehalusan
kau krimkan belaian
lalu ku lebarkan kerinduan
menanti selautan kasihmu
besama dayuan angin
kerinduan ku semalam

Chey....My..
201111

Dendam Nya Terukir

terselak keresahan luka lama
di dadamu mengurai segala
lalu kau mereguk secangkir bisa
lalu kau lurutkankan dari akar dendam
berkurun lama kau simpan

telah kau bakar dupa goda
di lorong sunyi gelap hanyir
seiring demi seiring dari dakapan
dari segenap lorong teruja lolongnya
lalu menghantar sebuah cenderamata
di hujung kerakusan
di gamit diisi kemarau nafsu serakah

lalu di mulakan acara
diasah nya mata panah
di balik bibirnya
bergincu merah delima merekah
lalu rebah lah nafsu serakah

lalu dilepaskan panah beracun
bersama sebuah dendam lama
penuh asyik pada hari berputik seribu
dendamnya terpuas rasa
lalu dendam nya pun tertawa
tertunas lah dendamnya satu demi satu
luka nya di belai puas
dendam nya terukir..

Cheyy....My..
201111.
Bangsar...

Thursday, 17 November 2011

Pura Mu Hiasan Diri

Kau tahu...
ketemu mu bagi ku takdir ku
tiada ku berdalih mendesak kasih
tiada ku mendesah rasa mencari
kita bicara bagai biasa tiada paksa
disitu kau menggamit ku ke sisi

tika...
resah mu ku gapai lalu ku selak
berlurah luka lama mendiami mu
lalu ku siram bersih luka mu
lalu ku siram kasih simpati ku
dengan secangkir air kasih
agar terubat diri mu beradu
agar terlihat rasa menggamit
makna di pucuk masa

tika...
hiasan luka mu berarusan ku rasa
suara mu ingin ku simpati ku pasti
gemalai mu bukan asli ku daki
kau cuma melakar diri penghias sepi
segala isi nya kosong tak berseri

akhir nya kau...
berpura diri telah berkali kau saji
kau rebahkan desah kasih mu
di kaki mimpi lalu kau karang
resah mu menjadi biasan jiwa
resah mu menjadi hiasan cuma

Chey....My.
151111.
Bangsar..

Mendakap Kasih

Berolah awanan senja di pucuk rasa
bertebaran dedaunan mendakap bumi
lalu ku kutip ku hiasi iman ku di jiwa
lalu ku titiskan embun kasih ku di ufuk usia
telah ku bulat tekad ku mengapai Redha Nya

di dermaga cinta ku garapkan iman kasih
ku lebarkan setia di dada tanpa gelora
meranting kasih ku bertaut iman dan taqwa
tanpa berdesiran badai resah membelah jiwa
tiada sebutir paksaan di belai dalam leka
telah lama teguh ku ..ku kenal erti segala

lautan kasih Nur Nya dulu tetap bersinar
tanpa berpusar desah di laman hati
tiada gentar diri di taman impi ku kini
kerana berdekat ku limpahi benih impi
agar iman kasih ku tiada mati di telan duka

kini ku berlabuh di dermaga masa
kini ku tersentuh di mata usia
kerana ombak sering merubah masa
tapak kasih ku juga di telan usia
namun iman kasih ku ..ku jaga setia
sentiasa ku berolah fikir dalam selesa
ingin ku mendakap kasih iman selama

Cheyy......My.
141111.

Sebuah Pencarian

kita terkadang lupa berarah
kerana terlalu leka melata
merelung hasrat melarat
merenung sebulat firasat
mencari sesuatu yang tersirat

kita mencari nikmat dunia
kita mencari rahmat Nya..
kita mengolah bahagia rasa
setia iman membelai Akhirat
dalam desah teguh iman nya

kita mencari sebutir harapan
kita berdiri di persisir kerdipan
merenung kita di langit terang
merenung kita di kaki siang
mencari sebuah pencarian..

Cheyy.....My.
131111.

Saturday, 12 November 2011

Santun

Santun mu..
seindah ciptaan Nya...
anggun mu sewangian aliran taqwa
mengalir akasia iman mewarnai tasik hayat
melata ombak kasih bersantun keindahan
di buka jernih azimat pusaka adat di jiwa
di jiwa indah tersemat setia adat kesuma

Santun mu..
seindah halaman..
lenggang mu bersahaja tiada di reka cuma
alun tutur mu sejernih titisan iman mu di jiwa
suluhan sinar mu membenih iman dan taqwa
memaut santun senyuman bagaikan penawar
bergetar iblis menangisi keutuhan teras iman mu
terkelar iblis menangisi kekuatan nafas iman mu
kerana di dada mu terisi ilmu kalam terhebat

Santun mu...
seindah serinya iman di jiwa
suara mu bagaikan alunan damai gemersik minda
mengusik hati selesa rasa di jiwa tutur kata mulia
memercik budi melekat di jiwa mu iman dan taqwa
kerana erat dakapan iman berteman mu di jiwa
kau sadur arah mu untuk kesempurnaan sejagat

Santun mu..
indah nya selama usia
langkah santun kau susuri indah berbudaya kita
lurah santun mu.. kau tungkahi indah terikat di dada
dalam langkahan santun mu indah suara mu di jaga
dalam ketulusan akidah mu ..santun mu bahagia
dalam kesucian beribadah mu ..santun mu setia

Santun mu
Sejernih iman di jiwa
berteraskan lerekkan Nur iman membawa rasa
pencarian di masa susah mu.. kau capai redha
kekebalan iman kasih mu... kau capai sirna Nya
keimanan mu masih di puncak terindah selama
nafas santun mu..kau dakapi santun jiwa mulia

Chey......My.
121111.

Keresahan Cinta Mu

tika badai melanda kasih mu
kau menghirup nafas keliru
mengucup desah membidai
mendakap indah bekecai
di siat derita cinta kecundang

kau beralih arah di arus kelam
tiada tawa tanpa kau bahagia
tanpa rasa tiada kau serinya
kasih mu mati di sudut mimpi
di kamar usang kau menangisi

kau cuma ada diri tiada berhati
kau cuma ada pelangi tiada mewarnai
gerimis pergi hilang lah pelangi
tiada lagi seri warna kasih bersemi
kini langkah mu sepi di sudut hati

egois mu meredap di pucuk hati
berkali kau temui kasih di hati
berkali kau rasai kasih simpati
cuma keliru kasih menggapai pasti
kini damai kasih mu tiada kau kecapi
kini damai kasih mu sering membaluti
keresahan cinta mu berulangkali

Cheyy....My.
111111.

Thursday, 10 November 2011

Teman jangan lupa

teman
jangan lupa
pesanan nenek moyang kita
kalau menang sorak
jangan sampai kampong tergadai

teman
jangan lupa
perjuangan lalu
amat payah sampai goyah
sampai terpercik tersiat kulit
darah merah mengalir ke tanah pusaka

teman
jangan lupa
paluan gong serta gendang
itu lah bahasa musuh bertandang
mula lah terasa seluruh kampong menjadi lengang

teman
jangan lupa
cerita dulu telah berubah
cuma rindu di celah gundah
terkandong dalam lipatan sejarah

teman
jangan lupa
senario dulu
bukan peradaban kita
bukan pegangan kita
kita ada persepsi sendiri
kita telah bina dimensi abadi

teman
jangan lupa
kedamaian ini
tak akan kekal lama
tanpa di janji qualiti
dalam diri tanpa realiti

teman
jangan lupa
kesuburan itu perlu di jaga
bajai lah ia dengan segunung kasih keringat
sirami lah ia dengan sebidang benih semangat
merealisasi lah ia dengan semangat cita cita yang belum pudar

teman
dulu kita di beri secangkir air
buat menghalau haus kembali ke awan
biar tanpa wajah kesenangan kita melayari di jalan
kerana kita tahu waktu silam fikiran kita kering dalam kelam
selalu di selaputi kabut kelam terhilang pandangan mencari pada sebuah kehidupan

teman
dulu ada kita keloh
dulu ada kita resah
dulu ada kita rasa
perasaan perit terlara
perasaan perit kelukaan
tapi segala kepayahan itu
ada lah guru menerangi jalan kita
ada lah guru mengajari arah hidup kita
untuk mengenal erti sebuah kehidupan.

teman
kini kesenangan mengajar kita
kini kehidupan terkejar masa
di atas hamparan kemodenan yang di cipta
tapi ia cuma kemodenan arus kehidupan yang kita cipta
adat , budi bahasa , tradisi bangsa , budaya kita hak kita .. jangan kita leka dan lupa..perlu kita jaga..

teman
kita cuma insan biasa
kerana kita mudah lupa
erti cinta
erti bahagia
yang kita ada
bagai permata bersinar
terkadang kita lupa
untuk apa..? ada apa....? pada siapa...? apa ada...? untuk siapa...?

Cheyy.....My.
051111.