Showing posts with label Hasma Maymeng. Show all posts
Showing posts with label Hasma Maymeng. Show all posts
Thursday, 8 December 2011
Thursday, 17 November 2011
Mungkinkah...
~ Lama kuberdiri di jambatan rindu,
memerhati senja berwarna pilu menunduk dan berlalu
'irama' azan yang menggamit terasa amat pilu sekali
tatkala kuterlihat bayangan kamu seakan berpaling dariku.
Aku melepaskan bayang itu pergi...melangkah dan berlari.
sehingga menjadi titik hitam yang kecil lalu lenyap dari pandangan.
Di kejauhan itu, kupujuk hati dengan madah dan puisi-puisi cinta juga rindumu.
Kugambarkan kamu tersenyum sambil menghulur jemari gagah
mahu membawa aku lepas dari relung-relung yang mencengkam ini.
Namun, tiba-tiba aku gusar sendirian.Tanpa kamu memberi kekuatan.
Kamu hari ini, kurenung seperti jemu dalam merindu.
Membiarkan aku menunggu kata rindu seperti selalu.
Mungkinkah begitu..
Kekasih,
Aku tidak pernah jemu.
Aku tidak pernah lelah..
Aku selalu begini, berdiri, berjalan, berlari dan terkadang jatuh dan bangkit sendiri.
Walau sesekali kumengharap kamu mengapaiku
dan menarikku dalam dakapanmu.
Ketika aku tersentak dalam sedu tangis.
HasmaMaymeng-16/11/ 11-Kepulauan Terasing..
Thursday, 10 November 2011
Pada suatu waktu..
Pada suatu waktu..
kamu seperti sudah jauh berlalu.
Hanya menitipkan ayat rindu.
Buat penawar resah seoranng aku.
Ku peluk erat dalam sendu enggan kamu tahu tangis yang bertamu.
Pada suatu masa..
kamu seakan sedang leka bersama dia
membiarkan saya meraba mencari arah dan hakikat sebenarnya.
Penuh tanda tanya.Dan saya terusan berteka-teka.
Kamu hanya mengutuskan khabar setia tanpa tahu saya mengutip sisa bahagia
yang keciciran lewat saat bersama
Buat azimat kasih yang mekar di hati saya.
Suatu ketika saya diduga dengan utusan berbisa
tiada rupa cuma bau yang membuat saya tersedar
Kamukah yang tertulis dalam nota
sedang memilih menu untuk hidangan sepanjang jalan berliku.
Kamukah yang tergambar dalam cereka
sedang tertawa dan bahagia dengannya.
Menanti terbukanya ruang untuk bersama.
Saya enggan percaya, selagi nyawa bergelora dalam raga
Kamu sudah menjadi enjinnya....
Thursday, 3 November 2011
Kekasih - by ~ Hasma Maymeng
Kekasih,
Saya enggan meragui kasih kamu, juga takut dicurigai
namun ketika singkapan tabir dugaan seringkali mengetuk pintu
fikiran...
Apa benar kamu mengasihiku sepert yang kamu selalu nyatakan.
Seperti saya menyelam jauh ke dasar lautan sayang.
Kamu mencurigai..
Kamu ternyata meragui..
walau kamu menafikan situasi.
Saya tidak mampu menjelaskan..
saaya tidak berdaya menyatakan..
lalu saya serahkn segalanya kepada kamu untuk menilai.
Sejauh mana teguh dan besar cinta yang saya serahkan...
Saya akur
andai waktu mahu kita berhenti cukup sampai di sini.
Saya akan menadah doa, meminta kamu berjumpa insan lebih sempurna berbanding saya yang serba hina...
Saya tahu, kamu mungkin sudah menemuinya.
Tuesday, 1 November 2011
Mencintai kamu - by ~ Hasma Maymeng
Saya tak pernah lelah mencintai kamu walaupun hakikatnya saya berhenti sekejap ketika melangkah.Kerana kala itu, saya ditahan oleh dugaan yang berat.Sakitnya.Ya Tuhan...
Saya tidak pernah berhenti mencintai kamu meskipun kebenarannya saya kelihatan sangat penat memikul beban tohmahan.Ketika itu, saya seperti memikul segunung cabaran.Pedihnya.Ya Allah...
Jika kamu tidak kuat memberi saya semangat, ...kaki ini sudah pasti enggan lagi melangkah.Kerna saya lemah untuk melawan dugaan yang bertindih tiba.Lihat pada kekuatan yang kamu bekalkan pada saya...
Jejak-jejak yang saya tinggalkan ada kesan berdarah.Jelas sekali.
Lihat pada kasih yang kamu berikan kepada saya.Di setiap lorong hanyir lemparan cerca dan hina, saya masih bisa mencipta gelak tawa.Masih mampu tersenyum dalam sendu duka lara.
Perhatikan setiap saat yang kita kecapi bersama.Pasti banyak kenangan bahgia yang tercipta.Membuat mereka rasa sangat takut pada perpisahan yang sering mahu hampir kepada kita.
saya mahu mengusir bau-bau sangsi yang sering tampak pada setiap pandangan kamu.
Saya mahu membuang bayang-bayang curiga yang selalu hinggap pada pemerhatianku....
Sewaktu detik berlalu, saya bagai mahu menghentikannya.Kerana ketika itu yang saya tahu dan mahu kita tetap bersama.

~MayAbg.2/11/11.Sibu~
Thursday, 27 October 2011
Saya menganggap kamu tidak pernah tahu
Saya menganggap kamu tidak pernah tahu, walau sudah banyak kali saya memberitahu bahawa saya mencintai kamu dari segenap rasa yang ada dan dari kedalaman hati ini.
Saya menganggap kamu tidak pernah mendengar, rintihan hati saya kala merindukan kamu walaupun telalu kerap saya melafazkannya.Rasanya amat menyakitkan lebih-lebih lagi bila ia diadun dengan rempah yang bernama cemburu dan curiga.
Saya tidak mahu kamu percaya kepada apa yang saya kata,kerana yakin itu terlahir dari rasa kasih dan jujur.Apapun yang terlintas sebagai ujian.Itulah pengukuh ikatan.
Mengertilah kekasih, di setiap hela nafas ini...saya bukan sekadar menyebut nama kamu tetapi saya mengukir nama kamu di setiap sudut hati ini.Andai ia tercalar suatu hari nanti...
nama kamu akan tetap di situ.
Sampai saya tidak bernafas lagi....
~MayAbg...27/10/11~
Aku disapa bayu malam
Aku disapa bayu malam yg hangat meski bumi sedang kesejukan dibasahi airmata langit musim tengkujuh.Pada awan yang hitam ditemani kerdip bintang yg malap, kucari engkau sang kekasih, meski hanya pada bayang-bayang yang samar.Lalu kutemui engkau di satu sudut, dalam hatiku.Walau kau berdiam dan tidak melihatku, aku disini selalu merenung kamu.Dari jauh atau dekat.Sama sahaja.Yang kulihat bukan rupa tetapi cinta yang telah terlalu mekar.Sukar untuk aku nyatakan rupanya bagaimana....
Harumnya, kita kecapi bersama.Durinya kita tepis jua.
Subscribe to:
Posts (Atom)