Showing posts with label Tokbatin Sham. Show all posts
Showing posts with label Tokbatin Sham. Show all posts

Sunday, 27 January 2013

SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MATI


PUISI LAMA – PENGARUH ARAB = KIT`AH

• Dalam buku Peribahasa Lengkap dan Kesusastraan Melayu Lama,halaman 23, kit’ah yaitu puisi islam yang berisi nasihat-nasihat.

SETIAP YANG BERNYAWA PASTI AKAN MERASAI MATI

 Jikalau kau melihat ke dalam diri sendiri
Takutlah dikau hendak menyombongkan diri
Matilah juga akan sekalian makhluk yang ada
Kulu nafsin zaiqatul maut, iaitu;
Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati juga.

NUKILAN RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
25/01/13; 2258 HRS

PUISI LAMA – PENGARUH ARAB = RUBAI

Rubai adalah bentuk puisi lama Indonesia berasal dari Persi-Arab.Rubai bernafaskan agama dan kepercayaan.Puisi lama ini terdiri atas empat baris, berumus rima aaba.

ALLAH

 Allah itu wujud-Nya ada maka hairanlah segala manusia
Adapun sebab terkadang DIA diingat dan lagi disia-sia
Bahawa manusia itupun tiadalah dikenal Allah itu
Dalam dunia sengsara akhirat kelak meranalah dia.

NUKILAN RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 27, SHAH ALAM
25/01/13; 2330 HRS

PEMIMPIN AMANAH


PUISI LAMA – PENGARUH ARAB = MATSNUI

Matsnui adalah bentuk puisi lama indonesia yang berasal dari Persi-Arab. Matsnui berisi pujaan terhadap orang-orang besar atau perbuatan yang penting-penting.

PEMIMPIN AMANAH
 Pemimpin amanah dengan kuasa
Nyata pun amanah sama dirasa
Dengan amanah itu sentosalah rakyat
Inilah sikap yang jujur dan taat
Dengan imbangan salah dan benar
Itulah yang utama agama menjadi dasar
Adapun dosa itu hendak dihindar
Tenang berada di Padang Mahsyar
Barang yang hak itu Allah tentukan
Maka Syurga Jannah kekal kediaman.

BICARA RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
25/1/13; 2318 HRS

HADIRMU DINANTI PENUH ERTI


PUISI TRADISIONAL – KARMINA

Dahulu rugi sekarang laba, dahulu benci sekarang cinta

Sudah tiang bumbung pula, sudah sayang sombong pula
...
PUISI TRADISIONAL – SYAIR NAZAM

HADIRMU DINANTI PENUH ERTI

Dari tanah asal bermula
Rahim ibu dikandung kita
Tiba masa lahirlah ke dunia
Disambut dengan penuh gembira

Hadirmu dinanti penuh erti
Simbol tautan dua hati
Tanda kasih insan sejati
Hidup sepakat sehidup semati

Azan dan qamat ke telinga
Dialun ayahmu dengan bangga
Syaitan terhindar hidup terjaga
Sucilah dirimu jiwa dan raga

Sakit dan perit tidak dihirau
Lapar dahaga tidak dirisau
Sinar hadirmu kilau-kemilau
Terang cahaya indah memukau

Tujuh hari engkau dilahirkan
Ibadah aqiqah ayahmu laksanakan
Tanda syukur atas kehadiran
Zuriat penyambung akan warisan

Tidur ibumu tiadalah lena
Tidak dibenar sakit terkena
Dipelihara dirimu dengan sempurna
Agar terhindar daripada bencana

Tiadalah diam duduk ibumu
Engkau bergerak ke hilir hulu
Tiada karenahmu buatnya jemu
Setia ibumu seperti selalu

Bila menangis memujuk dia
Halus suara mendamaikan jiwa
Didakap dirimu denganlah mesra
Tenang dirimu sepanjang masa

Saat baringmu didodoi ibu
Syair nazam gurindam dilagu
Agar dirimu tidakkan keliru
Nasihat dititip mengelak seteru

Kasihnya ibu rela berkorban
Biarpun nyawa menjadi taruhan
Sayangnya ayah sanggup berjauhan
Mencari rezeki buat bekalan

Cinta mereka bukan sedikit
Tinggilah gunung darinya bukit
Tidak diminta walau sekelumit
Jasa dibalas biarpun secubit

Tinggi nilai mengalahkan intan
Besar citanya menjadi harapan
Kelak dewasamu menjadi insan
Hidup berlandaskan syariat Tuhan

Berdoalah ibu siang dan malam
Cerah hidupmu tiadakan kelam
Dari dunia ke akhir alam
Perjalanan hidupmu aman tenteram

SYAIR NAZAM BICARA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
25/01/13; 2242 HRS.

BAIK BERTEMPAT


PUISI TRADISIONAL - SELOKA

BAIK BERTEMPAT

Luhur pekerti emak seorang
... Orang lalu diberi makan
Habis lembu sekawan
Ditebang semua kayu di hutan
Suami balik kebuluran
Anak menangis tidak disusukan
Awak kelaparan orang kenyang.

SELOKA RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
21/01/13; 1642 HRS

UTAMAKAN YANG UTAMA


PUISI TRADISIONAL – TALIBUN :

UTAMAKAN YANG UTAMA

Kalau hendak pergi ke pasar
... Beli gelama beli tenggiri
Usah dilupa kuih bahulu
Kalau anak pergi keluar
rakan dicari teman dicari
saudara sendiri cari dahulu

TALIBUN RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26; SHAH ALAM
21/01/13; 1652 HRS

PUISI TRADISIONAL – TALIBUN :

HIDUP BIAR BERINGAT

Buluh halus diraut
Buah pinang dihiris-hiris
Rotan diguna buat raga
Yang sedikit usah direbut
Yang banyak usah dihabis
Sesama saudara usah berlaga

TALIBUN RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26; SHAH ALAM
21/01/13; 1702 HRS

ANDAI HIDUP SENTIASA BERINGAT


PUISI TRADISIONAL – GURINDAM

ANDAI HIDUP SENTIASA BERINGAT

Andai sikap dapat dijaga
... Terhalang kita daripada curiga

Andai akal bijak diguna
Dijauhi kita daripada bencana

Andai mata pandai melihat
Hidup kita akan selamat

Andai telinga tahu mendengar
Pasti musibah akan terhindar

Andai lidah tersalah bicara
Tergelincir kita dalam sengsara

Andai tangan berat digerak
Tiada rezeki datang terletak

Andai kaki malas berjalan
Susah hidupmu di masa depan

Anda hidup sentiasa beringat
Selamat di dunia hingga akhirat.

GURINDAM RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
21/01/13; 1631 HRS

SELANGOR INDAH BERSERI


PUISI TRADISIONAL – SYAIR

SELANGOR INDAH BERSERI

Sekalian orang telah berperi
... Selangor indah cantik berseri
Dinaungi Raja Paduka Seri
Rakyat sejahtera mendiami negeri

Tanah subur pantainya indah
Banyak terpahat tinggalan sejarah
Negeri terkenal tradisi megah
Pantang Melayu mudah menyerah

Pemimpin amanah memegang kuasa
Menabur bakti hidup berjasa
Diam bersatu segala bangsa
Negeri makmur aman sentosa

Ekonomi dijana laba dicari
Melimpah rezeki di bumi sendiri
Janji tidak sesekali diingkari
Kepada rakyat pulangan diberi.

BICARA SYAIR;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
21/01/13; 1603 HRS

PEMEO


PEMEO

PANAS TIDAK SELALU PERGI, HUJAN TIDAK SELALU DATANG
(REZEKI YANG DIPEROLEHI TIDAK AKAN SAMA SETIAP KALI, SIMPANLAH SEMASA ADA)

... TANAH TIDAK SAMA SUBUR, TANAM TIDAK SAMA JADI
(SETIAP MANUSIA ITU TIDAK SAMA PERANGAINYA)

WALAU BENIH SAMA ELOKNYA, HASIL TIDAK SAMA JADINYA
(WALAU IBUBAPA SAMA NAMUN SIKAP ANAK-ANAK TIDAK SAMA)

NUKILAN RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
24/01/13; 1310 HRS

PUISI TRADISIONAL


PUISI TRADISIONAL - JENIS TAMZIL:

DEKAT HATI MENGUNDANG DERITA, DEKAT MATI MENANGGUNG DERITA.

NUKILAN RASA;
...
TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
20/01/13; 2335 HRS

PUISI TRADISIONAL - JENIS TAMZIL:

APABILA BELAJAR SUSAH MENURUT, APABILA BESAR PADAH MENURUT

NUKILAN RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
21/01/13; 1524 HRS

PUISI TRADISIONAL – TAMZIL:

SEMASA SENANG TIDAK TERINGAT, SEMASA MALANG KELAK TERINGAT

NUKILAN RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
21/01/13; 1527 HRS

BULAN PUN GERHANA


BULAN PUN GERHANA

MENTARI GERHANA
BULAN PUN GERHANA
TINGGALLAH PUNGGUK
... BERMURAM DURJA
MENDAYU MERAYU
REMBULAN PURNAMA
MERANGKUL ERAT
KASIH SETIA
MENYIRAT CINTA
DI TABIR BAHAGIA.

NUKILAN RASA;

TOKBATIN SHAM
SEKSYEN 26, SHAH ALAM
20/01/13; 2326 HRS