Showing posts with label Dinz Awal. Show all posts
Showing posts with label Dinz Awal. Show all posts
Wednesday, 1 February 2012
AsYik
siirrrr...
mengalirlah rasa
pada segenap alur darahku
memerah hingga menjelajah seluruh diri
yang di dalamnya ada seluruh alam
para nafas
menjelajahlah hingga ke Luh mahfuz
membawa seuncang asyik
berjemarikan nurNya nan gemilang
gelap bukan malam..terang bukan siang
satu tak terbilang...hanyut tak terenang...
uuhh...asyiknya Cinta
dan Rinduku beronta
dalam genggaman api di telapak tangan
hingga kubiarkan menjadi besi...bersatu dan sebati..!!
Tuesday, 31 January 2012
HatiKu Berbisik
Sekerdil aku
tertunduk memeluk diri
tidak mahu lagi melihat alam
... yang penuh ketawa dan mainan cerita
sekujur jasad
kebululuranlah kau
uncang nasiku keciciran
tadahan tanganku tidak bersambut
mereka membakar seluruh alamku
kahausan
bermainlah kau di nadi denyutku
telaga salju telah kekeringan
dimamah bahangnya mentari
Wahai hati
berbisiklah
Keagongan RahmanNya akan membelai nanti
bagai dakapan bayi disusuan ibu
bagai pelukan diri di dalam diri
bagai cinta di ribaan rindu
tertunduk memeluk diri
tidak mahu lagi melihat alam
... yang penuh ketawa dan mainan cerita
sekujur jasad
kebululuranlah kau
uncang nasiku keciciran
tadahan tanganku tidak bersambut
mereka membakar seluruh alamku
kahausan
bermainlah kau di nadi denyutku
telaga salju telah kekeringan
dimamah bahangnya mentari
Wahai hati
berbisiklah
Keagongan RahmanNya akan membelai nanti
bagai dakapan bayi disusuan ibu
bagai pelukan diri di dalam diri
bagai cinta di ribaan rindu
Malam AnugerahNya
bila mata berbicara
lidah kehilangan kata-kata
merenung ilusi penuh makna
menyingkap semua suara
membulat menjadi Rahsia....
tutuplah mata zahirmu
biar Hatimu terbuka
melihat Cahaya di atas Cahaya
di malam anugerahNya
pada Malam Seribu Bulan
kalau tirai terbuka
kalau tirai terbuka
bangkitlah semua Rahsia
tiada lagi teka teki
tiada lagi tertanya tanya
biar saja tirai itu berlabuh
... aku masih mahu membelai Rahsia
dan berdakap seasyiknya
mahu mengalirkan lagi wanginya kasturi
sambil memeluk sejuknya salju
...desirlah angin
mari mainkan tarian Cinta
biar asyiknya membelah Rasa
walau alam berhenti berputar
kita masih lagi dimabuk anggur....
bermandi di kolam Rahsia
walau semua cakra berhenti bicara
namun layar kita terus ke kuala....
dan berhenti di sofa KasihNya..
bangkitlah semua Rahsia
tiada lagi teka teki
tiada lagi tertanya tanya
biar saja tirai itu berlabuh
... aku masih mahu membelai Rahsia
dan berdakap seasyiknya
mahu mengalirkan lagi wanginya kasturi
sambil memeluk sejuknya salju
...desirlah angin
mari mainkan tarian Cinta
biar asyiknya membelah Rasa
walau alam berhenti berputar
kita masih lagi dimabuk anggur....
bermandi di kolam Rahsia
walau semua cakra berhenti bicara
namun layar kita terus ke kuala....
dan berhenti di sofa KasihNya..
Monday, 30 January 2012
cermin diri
aku
memandang cermin
kehairanan
... kebingungan
aku di luar atau di dalam cermin
aku dibayangi atau membayangi
tersenyum....dia turut tersenyum
hingga mataku keliru
hingga matanya turut tersinis
memandang apa yangku pandang
duakah aku atau satu itu jua ?
hingga kupecahkan bingkai cermin
dan kulihat wajahku menjadi seribu
sebanyak retaknya cermin
aku kebingungan
hingga semua wajah tersenyum
aku memandang aku
dalam penglihatan yang satu
memandang diri di cermin diri
memandang cermin
kehairanan
... kebingungan
aku di luar atau di dalam cermin
aku dibayangi atau membayangi
tersenyum....dia turut tersenyum
hingga mataku keliru
hingga matanya turut tersinis
memandang apa yangku pandang
duakah aku atau satu itu jua ?
hingga kupecahkan bingkai cermin
dan kulihat wajahku menjadi seribu
sebanyak retaknya cermin
aku kebingungan
hingga semua wajah tersenyum
aku memandang aku
dalam penglihatan yang satu
memandang diri di cermin diri
tertidur
cinta
rindu
uncangku bergoncang
... dengan bisik namaNya
denyut
berlari
dengan suara Dia
nafas berdiri
dengan KeagonganNya
meranap
semua resah
dalam NyamanNya
aku tertidur...
rindu
uncangku bergoncang
... dengan bisik namaNya
denyut
berlari
dengan suara Dia
nafas berdiri
dengan KeagonganNya
meranap
semua resah
dalam NyamanNya
aku tertidur...
di kamar aku
kubuka pintu....masuklah
lihatlah kamarku berselerak
yang hujung menjadi pangkal
... yang bawah menjadi atas
berserabut dengan bicara
pelitanya masih menyala
walau lintuk dipukul angin
bingkai gambarku pecah seribu
dan cermin retak memecah
melihat diriku seribu wajah
dan masih berselimut dengan jubah dunia
bagaimana aku mahu bisikkan
untuk menceritakan cerita aku
..mari di sofaku...kita ungkai semua Rahsia..
hingga asyiknya membelah angkasa
membedah cerita menjadi nyata
lihatlah kamarku berselerak
yang hujung menjadi pangkal
... yang bawah menjadi atas
berserabut dengan bicara
pelitanya masih menyala
walau lintuk dipukul angin
bingkai gambarku pecah seribu
dan cermin retak memecah
melihat diriku seribu wajah
dan masih berselimut dengan jubah dunia
bagaimana aku mahu bisikkan
untuk menceritakan cerita aku
..mari di sofaku...kita ungkai semua Rahsia..
hingga asyiknya membelah angkasa
membedah cerita menjadi nyata
percaya ?
kau tidak percaya ?
yang darahku juga berwarna merah
dan hangatnya boleh membakar mentari
... kau tidak percaya ?
yang nafasku juga berdesir angin
dan ributnya boleh meranapkan banjaran
kau tidak percaya ?
yang denyutku juga berlahar merapi
dan baranya boleh membakar akar
kau tidak percaya ?
hamparanku sesubur gambut
dan buminya boleh menumbuhkan anggur
kau tidak percaya ?
yang darahku juga berwarna merah
dan hangatnya boleh membakar mentari
... kau tidak percaya ?
yang nafasku juga berdesir angin
dan ributnya boleh meranapkan banjaran
kau tidak percaya ?
yang denyutku juga berlahar merapi
dan baranya boleh membakar akar
kau tidak percaya ?
hamparanku sesubur gambut
dan buminya boleh menumbuhkan anggur
kau tidak percaya ?
pesona dalam perjalanan
pesona
dalam perjalanann panjang
adalah taman perhentian para salik
... berhenti dan merungkai sebuah belitan
agar ungkainya dibuka lembut
buailah aku si penjaga taman
desir anginmu parah melambung ombak
hingga lautanku resah bergelora
namun dasarnya setenang salju
mengulamku dengan hidangan salwa
merenjis hangatku dengan setitik al kausar
buat tiangku berdiri teguh
seteguh Alif menunjang alam
dalam perjalanann panjang
adalah taman perhentian para salik
... berhenti dan merungkai sebuah belitan
agar ungkainya dibuka lembut
buailah aku si penjaga taman
desir anginmu parah melambung ombak
hingga lautanku resah bergelora
namun dasarnya setenang salju
mengulamku dengan hidangan salwa
merenjis hangatku dengan setitik al kausar
buat tiangku berdiri teguh
seteguh Alif menunjang alam
Subscribe to:
Posts (Atom)