Showing posts with label Yusoff Bin Abdollah. Show all posts
Showing posts with label Yusoff Bin Abdollah. Show all posts

Monday, 4 March 2013

Mata Yang Memandang


Mata Yang Memandang

Mata yang memandang. Telanlah tangisanmu itu
Dapatkah kau merasa pedih luka. Tajamnya lidah derhaka
Telah tercincang kasih sayang. Kau lupakan iradat Tuhan
... Terdampar bahtera cinta. Kau runtuhkan dinding iman
Seperti aku,kau bukan pemilik diri. Milik siapa segala suratan?.

Mata yang memandang. Kenapa mengalirkan imarah
Kau tumpahkan resah. Darah mendidih tiba-tiba
Terputus temali kasih. Dalam diam memahat luka
Kau ratah daging mentah. Termuntah merata
Seperti aku ,nantinya dihisab semua. Masa tidak melupuskan dosa.

Yang terang bukan mentari
yang gelap bukan malam
hati;kemana menghilang Nur Ilahi.

Yajuk
Bukit jering
2 mac 2013
Mata Yang Memandang

Mata yang memandang. Telanlah tangisanmu itu
Dapatkah kau merasa pedih luka. Tajamnya lidah derhaka
Telah tercincang kasih sayang. Kau lupakan iradat Tuhan
Terdampar bahtera cinta. Kau runtuhkan dinding iman
Seperti aku,kau bukan pemilik diri. Milik siapa segala suratan?.

Mata yang memandang. Kenapa mengalirkan imarah
Kau tumpahkan resah. Darah mendidih tiba-tiba
Terputus temali kasih. Dalam diam memahat luka
Kau ratah daging mentah. Termuntah merata
Seperti aku ,nantinya dihisab semua. Masa tidak melupuskan dosa.

Yang terang bukan mentari
yang gelap bukan malam
hati;kemana menghilang Nur Ilahi.

Yajuk
Bukit jering
2 mac 2013

Monday, 25 February 2013

Terbang,Terbanglah


Terbang,Terbanglah

Ketika angin berlari meniti awan gumawan
retak hati menjadi basah kedinginan
yang berkembang adalah payung kebencian
... yang berterbangan adalah cebisan kasih sayang
aku bersujud di sejadah qada dan qadar Tuhan.

Berarak awan. Menabur gerimis
berterbangan bunga cinta. Angin bertiub merata
rindu mati dipupuk mendung. Terconteng lecah di ubun-ubun
kau petik kecapi benci. luka hati menadah takdir
kau sulam sutera berulat. Tercalar hati menukar kudrat dan iradat
akukah yang perlu bertaubat. Atau kau yang bertapi menulis helaian kitab.

Terbang,terbanglah. Meninggi diri
Tangkaplah bayangan diri. Adakah berkaki
Tanpa diri. Terbinakah baitullah di hati.

Yajuk
Bukit jering
Feb 2013

Wednesday, 1 February 2012

Tiongku Bijak Bersandiwara

Tiongku terjerat di jaring mimpi
meraung meronta mahu terbang tinggi
apakan daya,sayap tak mampu mengepak lagi.

Berkaca air mata di luka mimpi
bertembung halilintar di rencong pelangi
kaki terlipat di akar berduri
kaki terjerat di lopak berinti.

Tiongku bijak bersandiwara
menyusun kosakata penuh aksara cinta
sampai mati masih menghafal skrip nista

Yajuk
Bukit jering
01 feb 2012

Tuesday, 31 January 2012

Soneta

Kau Nabi Dan Rasul Akhir Zaman

Keruh terus mengarak sengketa
dalam cerah gelap warna hati
...
kau hadir membawa obor cinta
kau hadir membawa Nur Ilahi

Malam-malam gelap tanpa bintang
di Gua Hirak tetap bertahan
beribadat hingga Jibril datang
kau Nabi dan Rasul akhir zaman

Takbir dan tahmid pun berkumandang
membelai rusuh jiwa sengsara
cinta kembali bersinar terang
Nabi membawa jalan ke syurga

Kini kembali berarak luka
jalan tertimbus emas permata

Yajuk
Bukit jering
01 feb 2012

Monday, 30 January 2012

Bunga Yang Tercicir Di Ketiak Malam

Bunga yang tercicir di ketiak malam
mahukah kuhantarkan kau pulang
ke luas langit terbentang
...
menjadi bintang
meninggalkan hanyir kelopak mimpi
di pelangi jelmaan kumbang-kumbang hitam.

Bunga yang tercicir di ketiak malam
merentas liku tajam ke puncak pelangi
tanpa henti mencurah lemak di licin lantai
tanpa henti mencurah madu di daun keladi
lalu berkecai kelopak cintanya di rekahan ranjang jalang
lalu berkecai kelopak cintanya di rekahan benteng iman.

Bunga yang tercicir di ketiak malam
langgani jernih malam yang kelam
memahati keras batu di lopak renyai hati
begitu Rabiatul Adawiyah mengusir hitam jelaga diri
begitu Asiah menyanggahi serakah imarah Firaun
sungguh,tak berkulat maknikam walau terendam hitam lumpur

Bunga yang tercicir di ketiak malam
calar dan luka mengajarmu erti kecewa
bukan untuk mati meratapi sengsara
mari kuhantarkan kau pulang
jalan ke taman insani sentiasa terbuka
jalan ke taman maghfirah sentiasa tak berkunci
dan Tuhan sentiasa menanti di dingin mataair yang mengalir hening.

Yajuk
Bukit jering
29 jan 2012