Aku dan Hati berbicara
bergeraklah Hati
agar akal ku berpusar
dan jiwa ku tersandar
pada ranting ranting Rahsia
aku menanti buah qalam Mu
agar dapat ku bariskan buih buih keyakinan
buat santapan ku di Pulau sendiri.....!
dan....sebujur jasad ku
adalah kematian alam misal
biar ku hidupkan gerak RohMu
meniti kembali penyaksian Nurani
yang kita meterikan di alam dahulu....!
uuhh..Hati... bicaralah ....
jangan kau lontar kunci rahsia
bukalah jendela langit...
mahu menikmati cahaya bintang di langit terdekat...!
~AwaL~