Thursday 17 November 2011

Penantian mu..

penantian mu..
walau masih jauh tibanya
terasa olehmu kini nyatanya
kau sedari apakah disebaliknya
tanpa menanti tiba detiknya

itu ku ingini..
mahu ku agar kau sedari
segalanya telah terluah sepi
waktu dulu tiada ertinya lagi
bayangan bagaikan mimpi

antara kita..
tiada sirna sebuah bahgia
terbit cuma kabus berdebu luka
itu pinta hatimu tika bersama
ku terima walau tersiksa jiwa

berakhir segala..
usah menantikan hadirnya waktu
menyingkap kenangan musnah impian
biarkan berlalu dihanyut gelora
tidak ku berpaling pada cinta luka