Thursday 17 November 2011

~Menyesal~

Sendu angin melantun pilu
Perpisahan memang harus tercipta
Kerana kau tak pernah cuba untuk setia

Di tengah malam yang hening
Menyesal tak sudah
Menyesal aku mengenalimu
Menyesal aku menyayangimu
Menyesal aku menyintaimu

Biarlah begini akhir cerita cinta ini
Biarlah cinta itu pergi
Kerana ini yang terbaik untukku

Segalanya sudah tidak bermakna lagi
Biarlah malam-malamku tanpa terhias purnama
Biarlah suramnya tanpa setitik cahaya
Biar benderang itu pergi jauh