Thursday 17 November 2011

~CINTA DIAKHIR NAFAS DUNIA~

~apakah kerna belas ihsan semata??
~apakah kerna mengasihi hidupnya??
~apakah kerna kejujuran menjaga??
~apakah kerna ketulusan menyinta??
~apakah kerna keihklasan kepadanya??
~apakah kerna menenang hati cuma??
~apakah kerna mendamai jiwa saja??
~apakah kerna sekadar mencuba??
~apakah kerna kemewahan dunia??

~Tiada jawapan pada persoalan..
~Tiada keyakinan pada keinginan..
~Tiada percaya pada ketentuan..
~Tiada teguh pada doa dipohonkan...

~Diam membisu tanpa bicara..
~Tunduk menduga apa dirasa..
~Menangis hiba dibayangi kecewa..
~Sukar meluahkan sejujurnya..
~Takut pada kenyataan diduga..
~Pinta ku berikan kepastianya..

Maafkan aku andai duka kau rasa
Bukan niatku melahirkan kecewa
Ingin ku menduga hasratmu cuma
Apakah sebenarnya hajat kau cita

Bersungguh dirimu melamar cinta
Tinggi harapan kan ku menerima
Mahu mu ku luahkan rasa cinta
Inginmu ku sambut kasih mesra

Namun bukanlah bagai disangka
Mudah untukku menerima cinta
Percaya pada setiap kata-kata
Rela menyerahkan hati dan jiwa

Telah kau sedari pada zahir diriku
Sungguh kau tahu hakikat hidupku
Hanya menanti tibanya waktu itu
Kan pergi selamanya dari hidupmu

~Berikan aku jawapan setulusnya hatimu..
~Masih ada harapan pada impianmu...