Thursday 17 November 2011

NOVEL BERSIRI: After The Rain (4)

Siapakah En Peter?

Aku berkeinginani untuk jadi orang kaya kerana empat hal: Hari jadi, Kasut, Rusie dan Jantung.  


[Hari jadi]

Aku ingin memiliki hari ulangtahunku sendiri. Tapi sejak berumur tiga tahun, aku tak punyai lagi hari bahagia itu.  Hurul Ain adikku lahir satu hari setelah hari ulangtahunku yang ketiga. Dan kerana keluarga kami sederhana, ibu selalu menyatukan ulangtahun kami.  Demi menjimatkan perbelanjaan, begitu kata ibuku.  Maka aku pun mengalah. Kami selalu merayakannya harijadiku  tepat di hari ulangtahun  kelahiran Hurul Ain.
Kata ibu ambil hikmahnya,  “biar kamu berumur panjang , Peter!”

Aku boleh apa? Maka sejak itu, aku tidak pernah merasa sempurna!

Aku iri pada jiranku yang kembar. Mereka dapat dua kek yang sama besar.  Tentu saja, kerana keluarganya lebih berkemampuan dari keluargaku. Sejak itulah tekad untuk menjadi orang kaya mulai tumbuh subur di dalam diriku.

Kerana keadaan keluarga kami yang serba sederhana, aku tidak pernah mengharap untuk punyai barang baru atau pun hadiah.  Harijadiku selalu berlalu dengan sepi. Kami berempat akan makan dengan tambahan beberapa lauk pauk untuk disimpan esok juga. Tak ada kek, tak ada hadiah untuk kami. Hanya ada ucapan selamat dari ayah dan ibu pada kami berdua dan doa yang tulus.

Hurul Ain mewakili kepasrahan orangtuaku dalam menghadapi hidup, tapi aku tidak ingin terus begitu. Terutama sejak memasuki sekolah menengah.

[Kasut] 
Kerana berkerja keras dan otak pintarku, aku mendapatkan biasiswa.  Dan kerana bernasib baik aku dapat bersekolah di sekolah berasrama penuh, impian aku. 

Sejak itu aku selalu menjadi juara. Aku juga punyai reputasi yang baik, ditambah dengan wajah tampanku, aku menjadi kesayangan guru-guru dan pengetua sekolah.  Aku juga selalu menjadi ketua kelas. Tapi aku menjadi rendah diri kerana bajuku lusuh dan kasutku, satu-satunya kasut aku,  lusuh dan berlubang !  Kalau sebelumnya aku tidak terlalu memikirkan penampilan, itu kerana aku lebih memakai otakku.  Tapi otakku jadi buntu sejak kehadiran Rusie di sekolah ini !
 Rusie yang cantik, Rusie yang baik hati, Rusie yang lembut, Rusie membuatku jatuh hati sekaligus rendah diri. Rusie obsesiku yang terpendam.  Apalagi sainganku adalah seluruh makhluk lelaki di sekolah ini. Aku semakin rendah diri.

Saat itu, yang kuinginkan cuma satu. Punyai kasut baru;  yang tidak koyak dan berlubang di bahagian depan, yang tidak nipis di bahagian alasnya kerana nipisnya itu sering membuatnya bergesekan dengan tar  -  yang tidak harus kusembunyikan setiap kali aku bertemu Rusie.

Duit sakuku cuma rm10.00 seminggu.  Demi kasut baru, aku menahan lapar setiap harinya. Aku kumpulkan wang saku agar dapat membeli kasut baru idamanku berharga  rm30.

Setiap kali lapar, aku mencuri-curi pandang ke arah Rusie.  Hebatnya, perutku jadi berhenti berkeroncongan. Begitulah,  sehingga wangku akhirnya cukup. Esok pulangnya aku dari sekolah, aku akan membeli kasut idamanku.  Aku tidak perlu lagi menyembunyikan kakiku dari pandangan Rusie. 

Tapi malam itu, ayahku melanggar tiang gerai makan jiran rumahku dengan motor pinjamannya, hingga sebahagiannya roboh, ketika pulang dari klinik bersama ibu.  Motornya kojol di bahagian depan.  Kata pomen bengkel,  biasanya sekitar dua ratus ringgit pembaikian termasuk upahnya.  Pemilik gerai makan jiranku itu menuntut ganti rugi sebanyak rm600 gara-gara gerai makannya tidak dapat dibuka pada hari itu. Katanya dia tidak boleh mencari makan selama beberapa hari. 

Ibu bercerita sambil menangis di rumah kerana tidak mencukupi wang untuk semua pembiayaan tersebut dan bahawa kelak ayahku akan ditahan polis jika tidak dapat membayar semua ganti rugi tersebut.  Segera aku mengayuh basikalku menuju rumah Epol Liklau, teman sekolahku yang kaya. Dipendekkan cerita  aku berhasil mendapatkan wang, tapi bersamaan dengan itu, harga diriku hilang. Sesulit mana pun hidup kami, kami tidak pernah meminjam wang. Kami memang sangat sederhana namun tidak pernah kekurangan. Tapi di saat memerlukan wang  tak terduga ada yang mengambil kesempatan. Menurut ibu, jiran kami yang punyai gerai makan yang dilanggar ayah itu meminta Hurul Ain dijadikan isteri ketiganya jika kami tak mampu membayar. Damn!

Aku tahu Hurul Ain cantik.  Ramai yang tergila-gila padanya. Tapi aku tak menyangka kalau keadaan jadi sedemikian rumit.  Demi ayah dan Hurul Ain,  aku pun membiarkan Epol Liklau membeliku. Aku tak peduli lagi pada kasut baru.
Selamat tinggal Rusie. Yang terpenting ayah dan Hurul Ain selamat.

Dalam perjalanan pulang, aku mengayuh basikalku laju-laju. Aku pun bersumpah, kelak aku HARUS jadi orang kaya, demi orang-orang yang kucintai.

[Rusie]
Sejak kehadirannya, sekolahku jadi panas. Setiap pelajar lelaki tiba-tiba hobinya menunjuk-nunjuk.  Epol Liklau dengan kekayaan orang tuanya tak lebih seperti  si bodoh di mataku. Tapi sejak kejadian itu, mahu tidak mahu dia kusebut dewa penolong. Lalu atlit-atlit rugby dadanya akan bermunculan. Lalu seniman-seniman melahirkan puisi melankolik.. poyonya, aku sendiri tanpa sedar turut terikut mempamerkan kepintaran dan kelebihanku.

Selama ini aku selalu menjadi juara dan ketua kelas. Tapi sejak kejadian ayahku itu,  aku mengundurkan diri dan membiarkan Epol Liklau membusungkan dada penuh bulunya dengan bangga.  Aku kalah kalau diadu soal material...  tapi aku tak sudi mengalah dalam hal beradu otak.

SPM telah kami selesaikan. Teman-temanku sudah mulai riuh rendah bertukar informasi tentang siapa yang akan melanjutkan pelajaran ke mana, siapa yang akan bernikah dan kerja... siapa yang cuma bakal menambah jumlah pengangguran di ibukota.

Aku tak sengaja mengetahui bahawa Rusie berniat melanjutkan pelajaran ke Amerika. Duh…. Mengapa begitu jauh. Aku merintih sendiri. Mana mungkin aku sanggup menyusulmu Rusie? Sementara  itu aku pasti Detox dengan mudah dapat mengikutimu seperti ekor kuda.

Tapi aku memang selalu beruntung.
Ibuku punyai kenalan baik yang dulu merupakan jiran terdekat kami yang kini menetap  di US. Dulu ibu sering membantu isterinya menguasai Bahasa Inggeris  dengan percuma.  Kerana ibu terlalu pemurah jiranku ini sering ingin menghulurkan bantuan jika kami memerlukan, tapi ibu menolak dengan baik kerana kami meski pun amat sederhana,  masih tidak kelaparan. Malah ibu juga sering menjadi tukang masak jiran kami itu jika ada majlis keramaian, dan bantuan itu juga dengan percuma.

Sangat beruntung, kata ibu... selalu menjadi manusia jujur yang berhati bersih.  
Di singkatkan, aku, Rusie dan Epol Liklau melanjutkan pendidikan di universiti yang sama di sana... tentu dengan jalan yang jauh berbeza.

Mr dan Mrs Malhis Tompang,  bekas jiran baik kami dan teman ibu dengan senang hati mengurus segala keperluanku. Mereka mengagumi kecemerlangan otakku. kerja kerasku dan semangat belajarku yang tinggi. Maka di sana aku tinggal di rumah mereka.

Waktu itu umurku 19 tahun.  Keluarga Malhis Tompang cuma memiliki seorang puteri berusia 18 tahun.  Dalam bayanganku, Nev Zippo  adalah gadis lugu seperti adikku Hurul Ain.  Tapi ternyata aku salah....  dia setan betina paling ganas di ranjang dan aku terjebak dalam permainan kotor yang penuh maksiat di rumah keluarga baik hati yang berniat menolongku itu.

Terus terang aku masih jejaka tulen waktu itu. Menghayal menjadi orang kaya lebih menarik minatku. Lagi pula aku bukan type lelaki lemah seperti remaja lain seusiaku. Bukan bererti aku gay,  aku cuma tidak berminat.

Kenapa? 
pertama :   kerana aku tidak memiliki banyak wang.
Kedua :  kerana itu tidak sesuai dengan keperibadianku.

Lelaki pintar dapat mengontrol nafsunya.  Tetapi lelaki cerdik, boleh mendapatkan kepuasan tanpa diperbudakkan nafsu.

Malam ke tiga aku tinggal di kediaman Malhis Tompang,  pintu bilikku diketuk dari luar.  Tanpa curiga aku membukanya, dan berdirilah Nev Zippo...  cuma memakai kemeja putih nipis dan panties.  Sebelum aku sempat berbuat apa apa  -  masih terkesima   -   Gadis itu sudah menerobos masuk ke dalam bilikku dan mengunci pintunya.

Aku tergagap-gagap berusaha keras mengalihkan mataku dari dada yang menantang indah di balik kemeja putih tanpa apa-apa di baliknya itu. Tubuhku gementar tak terkendali.  Aku berusaha keras untuk berfikir dengan jernih.  Aku takut dosa.  Aku ingat ajaran moral orang tuaku. Aku ingat Tuhan.  Aku ingat ibuku.  Ibu  pasti kecewa kalau aku terbawa nafsu.  Otakku memang masih boleh terfikir...  tapi 'si bodoh' di sela pahaku memberontak tak tercegah.

Nev Zippo mengatakan ingin menumpang mandi di bilikku.  Aku masih berdiri gementar, tidak berani berkata apapun.  Tidakk boleh berfikir lagi. Sebahagian hati kecilku menyuruh aku keluar dari bilik. Tapi 'si bodoh' menahan langkahku.

Dengan selamba Nev Zippo melepas kemeja putihnya di depanku.  Lalu g-string hitamnya.... 

Perlahan tangan lembut itu bergerak menyentuh leherku dan melumati bibirku..... yang kuingat  Nev Zippo sudah berada di atasku… aku menggelosor lemah di karpet tebal.
Lama setelah Nev Zippo pergi... aku masih berbaring di karpet tebal itu... kepalaku mau pecah rasanya.... sementara 'si bodoh' di bawah sana berdenyut-denyut…

SHIT!!!!

Aku ketakutan... !
Pengalaman itu membuat aku tidak berani menatap wajah orang tua Nev Zippo. Sementara gadis itu dengan tidak acuhnya bersikap seakan tidak pernah terjadi apa-apa

Dua hari kemudian pintu bilikku diketuk lagi.  Aku terbaring dalam gelap tidak berani bergerak. Jantungku rasanya mahu tercabut. Lalu samar-samar kudengar suara Nev Zippo mengatakan jika sampai hitungan ke sepuluh aku tidak membuka pintu dia akan berteriak.

Ohh shit!

Aku terus melompat dan membuka pintu.  Nampaklah gadis itu dengan senyum kemenangan tergambar jelas di wajah polosnya. Tanpa banyak bicara dia menerkamku... aku cuma dapat pasrah.  

Hari demi hari berlalu dengan cepat. Nev Zippo mengajariku banyak hal menarik. Tapi aku melakukannya dengan setengah hati.

Sementara di kampus, aku dekat dengan A Mocho Wonz, mahasiswa genius berasal dari Daratan China yang selalu terlihat gopoh dan kelam kabut. Rupanya A Mocho Wonz membuat beberapa kerja sampingan.  Apa saja yang dapat menghasilkan wang, biar cuma beberapa dollar diperolehinya. Bahasa Inggerisnya berloghat aneh, tapi semakin lama aku semakin terbiasa mendengarnya.  A Mocho Wonz tinggal di flat sempit dan kotor satu bilik bersama Eliz Mawar Putih kekasihnya.  Eliz Mawar Putih gadis yang cantik, tubuhnya ramping padat, perutnya rata, dada dan pinggulnya besar.  Ramai teman-teman  kami yang usha dia.  Dan A Mocho Wonz  yang cuma setinggi 169 cm ternyata jaguh berkelahi. Berkali-kali A Mocho Wonz menyelamatkan Eliz Mawar Putih  dari gangguan tangan-tangan mamat berkulit hitam tinggi besar yang sering berpeleseran dekat flatnya.

A Mocho Wonz punya kenalan seorang sinshe. Impotentku sembuh setelah menelan beberapa kilo entah akar rebus apa... dan merelakan ditusuk-tusuk  jarum pada urat-urat tertentu oleh sinshe canggih tersebut.  Aku juga diberi rempah-rempah  sebagai 'pelemas fikiran'.   Leganya hatiku sewaktu 'si bodoh' kembali beraksi.

Ternyata, Nev Zippo mengetahuinya  dan dia mulai kembali memperkosaku di atas ranjangku.  Aku fikir, aku mesti keluar dari kediaman Malhis Tompang kalau tidak ingin menjadi budak sex si Nev Zippo selamanya!  Tapi aku tak punya cukup wang untuk keluar dari naungan keluarga Malhis Tompang.

Akhirnya, untuk berjaya menghindari Nev Zippo.  Aku ikut bekerja bersama A Mocho Wonz.   Menjadi pekerja restoran... tukang cuci pinggan, tukang potong kayu, pendeknya, apapun kulakukan demi mengurangi waktuku bertemu Nev Zippo dan mendapat wang extra.

Maka diam-diam aku menabung wang hasil kerja kerasku yang cuma sedikit itu... Aku mengadu kepada A Mocho Wonz Myc akan kelakuan Nev Zippo kepadaku dan aku memang dinaungi tuah lagi,  A Mocho Wonz menawarkan untuk tinggal di flat kecilnya.  Aku hampir menggendongnya kerana sangat kegirangan .

Kata A Mocho Wonz asalkan aku tidak keberatan tidur di lantai, aku boleh tinggal bersama mereka tanpa perlu membayar. Tapi Eliz Mawar Putih terus memotong kata-kata A Mocho Wonz dengan tegas,
"Tapi dia harus membersihkan flat!"   Aku setuju. Done deal!

Maka aku pun pindah. Keluarga Malhis Tompang membuka pintu rumahnya lebar-lebar jika kelak aku ingin kembali ke rumah itu.  Aku berterimakasih atas bantuan dan sikap baik pasangan baik hati itu.  Andai saja mereka tau apa yang terjadi di rumah itu hampir setiap malam, pasti mereka akan menendangku keluar dengan senang hati .

Akhirnya aku pun dapat menghirup segarnya udara kemerdekaan.

Ternyata, dalam beberapa subjek, aku sekelas dengan Civetpopo Myc Ibnu Din Assingkiri!  Mulanya aku menganggap Popo seperti lelaki-lelaki kaya yang lain.  Yang hanya bersenang-senang dan bertukar-tukar perempuan. Ternyata draf dosanya bukan cuma itu, Civetpopo Myc lemah di setiap subjek yang  diambilnya... nilainya merundum.

Civetpopo Myc  selalu mengekori A Mocho Wonz  minta bantuan.  Tapi A Mocho Wonz  seperti biasa selalu tidak ada masa. Dia menolak untuk mengajari  si manja.  Waktu Civetpopo Myc menawarkan sejumlah wang yang banyak sebagai bayarannya, aku terkejut bila A Mocho Wonz menolaknya.

Aku bingung...  mana sebenarnya yang lebih tolol,  Civetpopo Myc atau  A Mocho Wonz? 

Dengan mengajari Civetpopo Myc, A Mocho Wonz tak perlu bersusah payah bekerja hingga larut malam. Tak perlu bercecer di dapur restoran yang berbau daging mentah, tak perlu mencuci berpuluh-puluh pinggan kotor sampai tangannya kasar dan mengecut dek terlalu  lama bermain air dan sabun.

A Mocho Wonz hanya perlu duduk di meja mengajari anak manja tak berotak itu selama beberapa jam setiap harinya dan wang yang masuk ke kantungnya jauh lebih banyak. Aku sungguh tidak memahami jalan fikiran A Mocho Wonz.

Akhirnya aku beranikan diri untuk mengambil kesempatan emas itu.  Di luar dugaan Civetpopo Myc terus setuju.  Mulanya  aku fikir Civetpopo Myc memilih A Mocho Wonz kerana A Mocho Wonz terkenal genius.  Ternyata,  Civetpopo Myc cuma perlukan  'guru peribadi'  saja.

Damn... I'm so lucky !!

Maka sejak hari itu aku tidak lagi ikut bekerja bersama A Mocho Wonz.   Jadi, aku tiba di flat terlebih dulu dari A Mocho Wonz. 

Suatu hari...   aku baru saja tiba di flat sempit itu ketika kudengar suara orang terjatuh di dalam satu-satunya bilik di situ. Kuketuk perlahan pintu bilik untuk memastikan keadaan . Terdengar Eliz Mawar Putih memanggilku masuk.  Aku pun masuk... mendapati gadis cantik itu berdiri tanpa seurat benang pun menutupi tubuh mulusnya yang berlekuk-lekuk memikat. Dia menatapku dengan pandangan malu-malu pasrah. Well, lelaki normal mana yang sanggup menolak?!! 

Tadinya kufikir terlepas dari Nev Zippo aku akan kembali normal... ternyata aku cuma pindah ke lain tubuh saja.

Kalau bersama Nev Zippo aku terpaksa... bersama Eliz Mawar Putih aku ketagihan.
Ternyata syurga berlokasi di flat busuk ini. Aku terasa ingin hidup seratus tahun lagi. Sampai suatu hari, A Mocho Wonz datang di tengah-tengah  eranganku saat meniduri aweknya! Saat itu juga aku terus dihentam !!!   Tergesa-gesa  aku meraih seluar panjangku dan berusaha menghindari amukan A Mocho Wonz yang meracau dalam bahasa leluhurnya!!   Tanpa kasut aku berlari bagai kesetanan menghindari kejaran A Mocho Wonz dengan parang di tangannya... Aku benar benar ketakutan !!!

Satu satunya tempat yang aman adalah apartemen Civetpopo Myc Ibnu Din Assingkiri! Tapi sebelum sempat aku berlari jauh,  A Mocho Wonz sudah mengayunkan parang tajamnya ketubuhku. Mati-matian aku berusaha mengelak membela diri. Dalam keadaan marah begitu, sungguh A Mocho Wonz terlihat begitu menakutkan... tanpa sengaja, ayunan parangnya mengenai seorang pengemis buta sial yang kebetulan melewati susur jalan belakang flat sempit tempat kami berkelahi.  Pengemis itu jatuh berlumur darah...  terdengar jeritan Eliz Mawar Putih…  rupanya gadis itu ikut mengejar kami untuk menghentikan amukan parang A Mocho Wonz yang membabi buta!  

Aku selajunya berlari, sekuat tenaga yang aku ada.

Civetpopo Myc dengan senang hati menerimaku di apartmentnya yang nyaman itu.  Gementar aku meneguk whisky yang diberi Civetpopo Myc.  Aku trauma!!  Bayangan pengemis buta yang jatuh bermandikan darah terus-terusan terbayang di fikiranku. Aku terasa kasihan tapi apa yang dapat aku lakukan?

Aku ketakutan.  A Mocho Wonz akan mencari dan membunuh aku!  Civetpopo Myc cuma tertawa melihatku panik begitu. Dengan tenang diputarnya nombor telefon, lalu dia bercakap dengan lancar dalam bahasa asing. Setelah itu,  dia pun menyuruh aku tinggal di situ bersamanya dan tidak perlu khuatir dengan A Mocho Wonz  lagi.

“Semua sudah diurus!”    begitulah katanya.

“Diurus nenek kau.. !!!"   aku meradang.   "Nyawa aku yang jadi taruhan, bukan nyawa kau man..!"

Tetap juga Civetpopo Myc mempamerkan giginya yang rata itu.   “Mulai besok, A  Mocho Wonz tidak akan mengganggu kau lagi,”   katanya lagi, tenang saja.

Aku ingin mempercayai kata-katanya walaupun saat itu kedengarannya tidak masuk akal sama sekali!

Esoknya, di kelas, aku tidak melihat A Mocho Wonz. Juga pada hari-hari seterusnya. Sementara Civetpopo Myc bersikap biasa saja.  Aku ingin tahu namun sekaligus takut mengetahui sesuatu yang mengerikan.  Akhirnya aku memilih menutup mata.

Sejak hari itu, aku berubah. En Peter yang dulu sudah mati.

Setelah itu, aku pun pindah ke apartment Civetpopo Myc.  Dia seronok sekali aku tinggal di situ menemaninya. Aku tidak perlu bekerja. Tugasku cuma mengajari  Civetpopo Myc.  Bilikku selesa sekali.  Apartment Civetpopo Myc punyai 4 bilik.  Sungguh mewah pada ukuranku, sedangkan bagi Civetpopo Myc apartment itu sederhana sekali.

Setahun kemudian Comic Comot datang!
Otak pintarnya membuat dia menyelesaikan persekolahannya lebih cepat dari teman-teman seusianya. Kami pun tinggal bertiga di situ.

Comic Comot memang tersendiri. Rambutnya pendek, pakaiannya selalu kemeja besar berseluar rapper.  Waktu itu dia belum merokok seperti sekarang.

Sejak insiden bersama A Mocho Wonz, 'si bodoh' kembali melakukan aksi mogok berdiri!  Selalu bayangan tubuh lusuh bersimbah darah itu mengganggu konsentrasiku dan sialnya, aku tak mungkin kembali ke sinshe yang dulu mengubatiku.  Boleh saja nanti  'si bodoh'  di’kasi’  olehnya!  sinshe itukan teman baik A Mocho Wonz. Aku tidak berani mengambil risiko!

Waktu aku menceritakan hal ini pada Civetpopo Myc, dia ketawa terbahak-bahak. Civetpopo Myc mengatur agar aku tidur dengan bermacam gadis.  Dari berkulit putih, exotic india, sensitif latino, sensual japanese, bahkan amazing negro….  tapi mereka semua gagal.
kali ini 'si bodoh' benar-benar pitam. Bayangan kilatan parang dan darah yang memercik ke mukaku dari tubuh tak bersalah itu benar- benar menggugat nuraniku.

Akhirnya aku menyerah...  mungkin ini hukuman atas dosa-dosaku selama ini.

Suatu malam, kota tempat kami tinggal diserang ribut salji. Amaran mengingatkan penduduk untuk tidak keluar dari kediaman masing-masing sampai esok pagi.  Waktu itu Civetpopo Myc berada di tempat teman wanita  terbarunya. 

Aku dan Comic Comot terjebak di apartment.  Kami mengisi malam itu dengan bermain catur di ruang tamu. Begitu membosankannya suasana malam itu, sampai ketika aku memberitahu Comic Comot yang aku akan masakkan sup untuk kami berdua supaya kebosanan malam itu terisi dengan kerja-kerja di dapur. Comic Comot menunggu di ruang tamu sementara aku di dapur mereneh sup. Saat semuanya sudah selesai kubawa dua mangkuk sup ke ruang tamu dan entah di mana silapnya kakiku tersadung pada karpet yang sedikit terangkat… dan sup panas itu tumpah ke dadaku mengalir sampai ke kakiku. Aku terus meluru ke bilik air sementara Comic Comot secepatnya membersihkan sisa tumpahan itu di karpet.  Dengan sebal aku terpaksa mandi, di malam badai salji pula!

Di saat aku mandi itulah, telefon berdering... Dari adikku.
Comic Comot faham keluargaku tidak pernah menelefon jika tidak menyangkut hal yang penting. Dari mana kami boleh membayar bilnya yang tinggi? Komunikasiku dengan keluarga selama ini hanyalah menerusi email atau surat.

Suara panik Hurul Ain memaksa Comic Comot untuk mengetuk bilik air. Aku membuka pintunya sedikit... Comic Comot menyorongkan gagang telefon wireless itu ke tanganku yang masih disaluti buih sabun.

Hurul Ain memberitahu dia hamil. Sesungguhnya dia belum bernikah!  Dan dia berhajat untuk menggugurkan kandungannya senyap-senyap minggu depan! Dia memohon kepadaku untuk tidak memberitahu orang tua kami kerana mengingatkan keadaan jantung ibu yang lemah. Kerana tidak tahan memendam semua beban ini sendirian, malam itu Hurul Ain memberanikan diri memberitahuku.

Kerana terkejut dan tidak menyangka semua ini berlaku kepada adikku, telefon wireless itu terjatuh tanpa kusedari. Dengan otak kosong aku melangkah kembali ke bawah shower membiarkan air hangat menyiram kepalaku yang terasa dihimpit bertong- tong najis lembu!

Comic Comot masuk ke ruang mandi waktu mendengar gagang telepon jatuh ke lantai.  Dia masuk untuk melihat  keadaanku. Naluri keperempuanannya menangkap adanya ketidakberesan pada keluargaku.

Comic Comot masuk hanya kerana risau.... dia hanya ingin memastikan kalau aku tidak pengsan mendengar khabar buruk.  Tapi kebaikan hatinya ternyata hanya menuntunnya pada kejadian yang akan disesalinya seumur hidup!

" Are u okay bang Peter?" 

" Dunno. "

" Need anything'?"

Aku berbalik menghadap ke arahnya dengan cepat...    "Yes... Rusie, I need u..."

Lalu kurangkul tubuh Rusie. Dia tidak dapat menolak. Tubuhku yang tinggi sasa memudahkanku untuk menariknya masuk bersamaku ke bawah shower.

Saat itu di mataku,  Comic Comot menjelma menjadi Rusie...  cinta tulusku yang tidak pernah kesampaian..!  Rambut Comic Comot basah, begitu juga kemejanya. Kulepas pakaiannya satu persatu...  lalu kuciumi tubuhnya dengan lembut.

"Jangan tinggalkan aku..."  bisikku di telinganya... samar kulihat Rusie menggeleng 

"Takkan pernah bang, CC takkan meninggalkan abang."

Lalu kupeluk dia dengan erat,  membiarkan shower membasahi tubuh telanjang kami dengan belaian hangatnya. Kurasakan tubuh Comic Comot dalam dakapanku gementar... 
Selaput kabut tipis menutupi mata dan fikiranku. Yang kuinginkan saat itu hanya membahagiakan Rusie... Mencintai Rusie.... Melupakan kehamilan Hurul Ain, jantung ibu dan parang A Mocho Wonz.

Akupun berbisik di telinganya,  "Mari kita bernikah saja..... Rusie."

Esoknya aku memutuskan untuk pulang. Civetpopo Myc memberiku  tiket pergi dan balik.  Dia bimbang aku tidak boleh balik ke sini lagi kerana tidak ada wang. Bukan itu saja…..  Civetpopo Myc juga menulis cek buat menanggung kos pengguguran Hurul Ain.
Aku sangat berterimakasih padanya.

"Lakukanlah di klinik pakar, Peter. Pengguguran bukan suntikan jarum. Jika dilakukan sembarangan, rahim dan nyawa Hurul Ain taruhannya!"  Tidak kusangka,  Civetpopo Myc dapat menasihatiku sebijak ini. Tapi aku sangat terharu di atas perhatiannya.

"Thank’s  bro..."  mataku berkaca-kaca  saat kami berpisah di airport.

" It's ok... u are sister is my sister too!!"  aku merasa mual mendengar kata-katanya. Jika Civetpopo Myc tahu, di malam ribut salji  itu aku telah meragut perawan adiknya...  aku pasti dicincangnya !

Damn...!!  Dosaku ternyata terlalu banyak.

Ternyata aku terlambat! Hurul Ain mempercepatkan urusan penggugurannya. Dia tidak menyangka aku akan pulang... dan maut pun meragut nyawanya .

Saat aku tiba di Kuala Lumpur, Hurul Ain sudah tidak bernyawa lagi.


[Jantung] 
Kematian Hurul Ain menghancurkan hatiku. Ayahku berusaha menjadi tenang dan tabah. Sementara ibuku berkali-kali pengsan. Jadinya aku ingin agak lama di Kuala Lumpur. Tidak sanggup rasanya meninggalkan sepasang manusia tua ini diterjang ketidakadilan hidup.

Saat itu aku tidak tahu, siapa yang telah menghamili adikku.  Tapi suatu hari nanti, akan kubunuh dengan tanganku sendiri, bajingan pengecut yang telah menyebabkan adikku meninggal.

Sekembalinya dari Kuala Lumpur, ternyata Comic Comot sudah pergi.
Menurut Civetpopo Myc, Comic Comot bosan di sini. Sekarang gadis itu berada di Paris. Lima bulan kemudian kami mendapat khabar bahawa Comic Comot berada di Belanda. Lalu di Mexico City... di Taiwan...  di Mesir... begitulah seterusnya. Entah apa yang dicari Comic Comot.
Padahal aku berniat untuk bertanggung jawab. Tapi dia sudah pergi tidak teraih.

Kenapa aku ingin bertanggungjawab pada Comic Comot? Kerana dia ternyata masih perawan. Dan aku pula memperkosanya. Selama ini, Nev Zippo dan Eliz Mawar Putih serta perempuan-perempuan yang pernah kutidurilah yang menggodaku. Mereka memaksaku, menyeretku, membiusku!!! 

Tapi Comic Comot berbeza... aku menyakitinya di saat dia menunjukkan simpatinya pada aku. Aku manusia dengan dosanya yang tak tertanggung…! 

Waktu bergulir dengan cepat... tau tau, aku dan Civetpopo Myc telah menyelesaikan pendidikan kami di sini. Sampai waktunya kembali ke Kuala Lumpur untuk membalas dendam!

Sampai di Kuala Lumpur, Civetpopo Myc  mengatur pertemuanku dengan ayahnya. Dia ingin aku bekerja di salah satu perusahaan mereka. Kufikir paling tidak aku akan menjadi manager sebagai permulaan. Gaji besar, kedudukan tinggi menantiku di kerajaan bisnes Ibnu Din Assingkiri. Ternyata aku salah !

Ibnu Din Assingkiri menawarkan pekerjaan di salah satu hotelnya sebagai roomboy!!! Mulanya aku marah... dengan ijazahku ini?!  Dia mungkin bergurau!!!

Ternyata Ibnu Din Assingkiri ingin menguji aku... dan aku terima tantangannya dengan senang hati. Sebelumnya ini juga aku pernah jadi tukang kayu dan pencuci pinggan di restoran china di sana, bukan masalah besar bagiku.

Ibnu Din Assingkiri ternyata sangat adil. Aku dinaikkan pangkat dengan cepat.  Dan kini, aku duduk di kerusi manager dengan bangga sebagai hasil keringatku sendiri. Terimakasih kepada Ibnu Din Assingkiri.

Suatu malam, sedang aku berjalan menuju ke keretaku di tempat parking,  ketika itu sebuah benda tumpul dihentamkan dengan keras ke tengkukku. Saat tersedar, aku berada di sebuah ruangan dengan tangan terikat di belakang.  Di depanku nampak sebuah kerusi kulit tinggi membelakangiku. Bahuku ditekan kuat  oleh dua orang lelaki bertubuh tegap.

"Selamat malam En Peter!"  Suara berat dari balik kerusi kulit itu menyapaku.

"Kami ada tawaran baik untuk kau."

Aku diam saja....menunggu.

"Kau lakukan perintah kami... dan kau dapatkan apa yang kau mahu. "

Lalu di hadapanku dibuka sebuah tas penuh berisi wang tunai!  Aku terus terbelalak. Di atasnya nampak sebuah foto seseorang yang kukenal.

"Yang harus kau lakukan mudah saja. Bunuh orang yang gambarnya sedang kau tatap itu.  Jika kau setuju semua wang ini dapat kau bawa pulang sekarang. Bakinya setelah sasaran mati !"

Entah kenapa aku suka gayanya !

"Bagaimana jika aku tidak mahu?"

"Kau pasti mahu..."   lalu salah seorang orang suruhannya menyondolkan sekeping kad nama tertulis:


GUNUNG SEMANGGOL
012 XXXXXXX


"Kau boleh menghubungiku dengan nama samaran kau,  Gunung Tahan ke nombor  itu... "

" Yeah... in u are dream! "  Sahutku pedas.

Orang yang minta disebut Gunung Semanggol itu ketawa...   tawa yang kejam!

"Bawalah kad nama itu...kelak kau akan memerlukannya!"  Salah seorang orang suruhannya menyelipkan kad itu ke dalam walletku lalu memasukkan wallet itu kembali ke poket seluarku.

" Hubungi aku dengan kata Gunung Tahan menuju Gunung Semanggol selain itu, aku tidak akan menerimanya! "

Lalu aku dihentam dengan keras lagi... dan tersedar di dalam keretaku dengan suara Nelly dan Kelly bersahut-sahutan menyanyikan lagu dilemma !

Aku bukan pembunuh!!!  maka aku pun tidak terlalu memperdulikannya lagi.  Sebagaimana cintanya aku pada wang, aku takkan sudi melakukan pekerjaan kotor itu! Tekadku sambil menghembuskan nafas keyakinan dalam-dalam.

Beberapa hari kemudian, sedang aku tengah bersiap menuju ke pejabat,  tiba-tiba pintu rumah kami diketuk dari luar...  waktu kubuka,  seorang wanita muda mencari ibuku. Dengan sopan kupersilakan dia masuk dan menunggu di ruang tamu..

Ibu keluar menyambut tamunya. Aku duduk di teras sambil memakai setokin di kakiku.  Ayah sudah berangkat ke tempat kerja sejak pagi lagi. 

Dari ruang tamu, terdengar suara si wanita tadi.   " Saya mengandung anak suami kakak. Niat saya ke sini untuk meminta dipertanggungja.... "

Grraaaks.... terdengar bunyi keras dari dalam.  Setengah melompat aku masuk ke ruang tamu. Terlihat ibu terbaring di lantai tidak sedarkan diri. Dengan panik kuusir wanita itu, lalu kumasukkan ibu ke dalam kereta dan kupandu secepatnya menuju ke hospital terdekat!

Sambil duduk menunggu dengan gelisah aku berdoa. Tuhan, jangan ambil nyawa ibuku... aku belum sempat memberinya kebahagiaan...aku belum membalas budinya... Tuhan...tolong kami...

Saat pintu ruang kecemasan membuka, aku terus diberi isyarat oleh seorang doktor untuk menemuinya.
Ibu kena serangan jantung. Beliau masih belum sedarkan diri. Sewaktu terjatuh tadi, kepalanya terhantuk di hujung meja mengakibatkan gegar otak. 

Kata-kata selanjutnya dari doktor yang penuh dengan istilah-istilah medik  tidak kuhiraukan lagi.  Intinya aku perlu perbelanjaan banyak agar ibu dapat dirawat dengan rawatan terbaik hingga sembuh. Saat itu, keadaan ibu sangat kritikal. Ibu harus menjalani pembedahan kerana gegar otaknya menyebabkan gumpalan darah beku di belakang kepalanya. Jika lambat dirawat ibu akan meninggal...  sepertinya begitulah yang doktor itu cuba sampaikan padaku.  Aku tidak terlalu faham, kata-katanya terlalu rumit. Istilah-istilah kedoktoran yang asing di telingaku menyumbat otakku, membawa satu nama yang boleh menyelamatkan ibuku...  Gunung Semanggol!

Kali ini aku benar-benar dalam dilemma! Aku harus memilih... menukar nyawa ibuku   -   jika tidak mahu menerima tawaran Gunung Semanggol aku takkan dapat membayar semua kos perubatan ibu  -   dengan nyawa sahabatku.

Haruskah aku membunuh  Civetpopo Myc?

Keputusan apa pun yang kuambil, hujungnya akan meminta nyawa.  Jika aku memilih sisi pendirianku untuk tidak membunuh Civetpopo Myc seperti permintaan Gunung Semanggol, ibuku akan mati...  dan aku akan menyesali setiap detik hidupku setelah kematian beliau.

Jika aku membunuh Civetpopo Myc, aku akan boleh membayar semua kos perubatan ibuku.
Aku benar-benar bingung! Rasanya ingin aku menghumban keretaku ke gaung.  Aku belum bertemu ayah.  Akan kuajar lelaki tua tak sedar diri itu kerana begitu berani menyakiti ibu.

Segera kutelefon Gunung Semanggol.  Lalu orang suruhannya memberiku botol kecil. Entah racun apa di dalamnya aku tidak peduli lagi.Malam itu, Gunung Semanggol telah mengatur melalui orang suruhannya yang menyamar sebagai teman Civetpopo Myc untuk membuat pesta ganja di bilik 385 Hotel PBKS Emas.

Aku hanya perlu menuang racun itu ke dalam minuman Civetpopo Myc. Di dalam bilik, 'teman' Civetpopo Myc akan memastikan sahabatku itu meminum racun itu sampai mati.

Semua telah diatur sedemikian rupa.  Aku sudah lama tahu bahawa sejak kepulangan kami ke Malaysia, Civetpopo Myc mulai ketagihan dadah. Dari ecstasy, syabu bahkan marijuana semua pernah dicubanya. Aku pernah menasihatinya tapi Civetpopo Myc tidak pernah mahu mendengarnya.  Rupanya anak buah Gunung Semanggol telah terlebih dahulu merancangkan semua ini pada diri sahabatku itu.

Aku telah melakukan semua tugasku. Minuman berisi racun itu tengah kusiapkan di ruang kerjaku yang sejuk,  sewaktu Comic Comot tiba-tiba datang dan memanggilku.

Kerana Comic Comot, misi pertamaku gagal!

Aku tertekan.
Mujurlah, sewaktu akhirnya menyetujui permintaan Gunung Semanggol,  utusannya menyerahkan wang tunai sebanyak sepuluh ribu bersama dengan racun untuk sahabatku.
Paling tidak, saat ini aku bersyukur dahulu. Ibuku dapat menjalani pembedahan berserta kos perawatan jantungnya, dan sahabatku belum mati! Tapi aku tau, cuma saatnya belum tiba untuk Gunung Semanggol mengarahkanku mencuba lagi buat kali kedua.  Tetapi paling tidak, untuk sementara ini Civetpopo Myc selamat.



                                                                        *****


Mengapa En Peter lebih memilih menerima tawaran Gunung Semanggol untuk membunuh sahabatnya Civetpopo Myc yang telah banyak membantunya selama ini daripada mencari jalan lain yang lebih halal ?

Kerana sehari sebelum ibunya terkena serangan jantung, En Peter mendapat amplop tanpa identiti pengirim yang berisikan gambar-gambar Hurul Ain bersama seorang lelaki kacak sedang bercengkerama di beberapa tempat yang berbeza.  Jelas terlihat bahawa siapa pun yang mengambil gambar-gambar itu, telah mengekori kedua sejoli dimabuk cinta itu dengan sabar sekali.

Tidak ada petunjuk mengenai siapa yang mengirimkan amplop itu dan apa maksudnya memberikan bukti yang masih belum dipastikan tulin tersebut padanya . Saat itu, En Peter tidak peduli.  Baginya gambar-gambar  itu sudah 'cukup berbicara.'

Siapakah lelaki tampan kekasih adiknya yang telah membuat adik kesayangannya itu kehilangan nyawanya?  Dia adalah Bard Guarniola ayah kandung Civetpopo Myc yang wajahnya seperti photostat dengan sahabat En Peter itu.  Dari mana En Peter tau Bard Guarniola? Dari Civetpopo Myc, sewaktu mereka masih tinggal bersama di negeri Uncle Sam.

Civetpopo Myc pernah menceritakan kepada En Peter tentang dirinya sebagai anak haram keluarga Ibnu Din Assingkiri. Tentang saat dia mengikuti mamanya dan melihat mamanya mesra sekali dengan seorang lelaki yang berwajah mirip sekali dengan dirinya. Civetpopo Myclah satu-satunya orang yang mengetahui dengan nyata skandal mamanya dan terlahirnya Loly Pop.  Dia juga tahu bahawa adik kandungnya itu masih hidup meski tidak hidup senormal kedua adik tirinya.  Civetpopo Myc menderita... batinnya terluka.  Dia sangat perlukan seseorang yang dapat diajak berbicara tanpa perlu takut-takut.  Dan dia memilih En Peter. 

En Peter mendapati, sejak berterus-terangnya Civetpopo Myc tentang skandal keluarganya itu, kedudukan Civetpopo Myc semakin lemah dimatanya. Civetpopo Myc semakin mudah diancam.  Civetpopo Myc  jadi bergantung harap padanya kerana ada ketika Civetpopo Myc  sangat memerlukannya.

En Peter tak sudi berada satu perahu dengan Civetpopo Myc .  Jika kali ini dia meminta bantuan pada Civetpopo Myc  untuk perubatan ibunya, dia seolah sama rapuhnya dengan Civetpopo Myc .  Dia akan sama tidak berdayanya di mata sahabatnya itu, samalah seperti kedudukan Civetpopo Myc  dimatanya.

Waktu mendapati skandal mamanya dengan lelaki lain, Civetpopo Myc  marah dan mengugut mamanya. Dia juga hampir mencekik mati ayah kandungnya kalaulah mamanya tidak berteriak menjelaskan bahawa orang yang nyawanya berada di kedua tangannya saat itu adalah darah dagingnya sendiri.

Di situlah tabir yang selama ini tertutup rapat terkuak. Dan kebenaran itu sangat menyakitkan Civetpopo Myc. Dia berusaha menyimpan semua kenyataan itu diam-diam.  Dia benci sekali pada ayah kandungnya, tapi apa pun dia tidak mampu membunuhnya. Cuma pada En Peter Civetpopo Myc  menceritakan kisah kelam dalam hidupnya yang selama ini terlihat begitu indah.

Maka ketika En Peter menghubungi Gunung Semanggol kali itu, dia faham,  ibunya hanyalah alasan membenarkan tindakan kejahatan yang ingin dilakukannya walaupun bertentangan dengan suara hati nuraninya.  Kesihatan ibunya dijadikan perisai untuk menutupi nafsunya membalas dendam. Mulanya, jika tidak terjadi insiden kecelakaan yang menimpa ibunya, En Peter berniat membunuh Bard Guardiola rather than Civetpopo Myc .  Tapi kini, dengan membunuh Civetpopo Myc, dia seperti sekali berdayung, dua tiga pulau terjangkau!

Jika  Civetpopo Myc mati, Bard Guardiola akan menderita.... sama seperti penderitaannya saat Hurul Ain meninggal dunia.
Tapi yang nyata, bahkan di saat-saat terakhir pun batin En Peter sangat terseksa dan tidak sanggup menghabisi nyawa sahabatnya itu.