Thursday 17 November 2011

PERSEMBAHAN UNTUK TEMAN(pembuka bicara sbgai teman baru disini)

bergema dijagat raya
memenuhi ruang berpaksi cakerawala
bulan bintang suria seia sekata
menyajikan cahaya alam buana melata

disini aku melingkar bersama bait-bait cerita
tentang unjur hidup menongkah rasa
suka duka berjelira dan berpuing-puing mencerca
memaut sekujur diri bagai hambatan roda
pasang surut hidup yang penuh ciptaan dosa

juga ceritera tentang sebutir cinta
ternista atau dijunjung dimercu kesatuan
melorek isi-isi tetes airmata duka ria
teradun bersama herba kasih benci
maka terzahirlah hati yg kesing
bagai panggangan bara

sahabatku seantera
hidup kita kasih sayang ada manisnya
suka duka ciptaan kita sejagat
berpaksilah dibumi nyata
tujahkan semangat membara
jauhkan kealpaan mengulit rasa
moga CINTA kita
cinta untuk semua
bersaksikan DIA
KEKASIH PENCIPTA!!

16:35pm
16:11:2011
khaMis~~
♥♥♥