Thursday 17 November 2011

NOVEL BERSIRI: After The Rain (3)

.....Satu setengah tahun kemudian.



Comic Comot

Aku yang sekarang sudah 180 darjah berbeza.  Rambutku di bawah paras bahu,  pakaianku lebih faminin. Isian tasku berubah, dari pisau pemburu dua mata bertukar menjadi lipstik, perfume dan segala macam makeup lain.  Dan yang bertukar juga adalah kawan-kawan perempuan genit yang suka bergaya faminin.  Kasut boot gaya lelaki dan kasut sukan lenyap semua, berganti dengan high heels dan sandal  yang penuh dengan manik-manik semuanya.

Jujur saja, aku tidak terlalu peduli dengan semua ini.  Cuma satu yang kuinginkan. Meminta maaf pada Hasma Maymeng.

Tanpa sedar, aku telah menjadikannya alat dalam protes aku terhadap mama papa selama ini.  Dia menjadi  mangsa.  Dan walaupun malam-malamku kerap diisi dengan bayangan kami bermadu cinta yang indah, aku tidak berani bercinta lagi.  Dengan lelaki atau pun perempuan.  Aku masih trauma !

Deringan handphoneku membangunkan aku dari mimpi buruk.  Dengan malas kulihat nombornya.  Nombor itu lagi!  Si penelefon misteri yang dulu menyuruhku mengintip kamar 385!  Aku bangga dengan mesin memoriku,  waktu itu aku sempat menyimpan nombor si penelefon misteri dalam handphoneku. Just in case. Hanya untuk berjaga-jaga sebenarnya aku save di bawah nama 385 room. Maka, di saat aku mengumpul kekuatan dan baru pulih dari roh seorang lelaki, tulisan 385 room yang tertera di handphoneku  sangat membantu.

 Dengan penuh keinginan kujawab,    "Hello?"

 "Headline tabloid Gossip esok pagi kau mesti halang.  Ini no handphone wartawannya.  Segera hubungi atau keluarga kau akan tercoreng lagi!"   suara mendesis itu lagi!

Belum habis rasa terperanjatku waktu sms muncul dari nombor yang sama.  Isinya nombor  handphone si wartawan tabloid gossip. 
Aku terus menelefonnya. Dengan sedikit ancaman dan sogokan, si  wartawan itu pun bersedia mengganti berita headlinenya untuk edisi besok pagi.  Akupun memasukkan sejumlah wang dari akaun aku ke akaun bank si wartawan itu menerusi internet banking. Terima kasih kepada kemajuan teknologi. 

Esoknya, kupandu keretaku ke kedai  gerai majalah. Kubeli  tabloid Gosip itu. Waktu kubaca berita headlinenya, isinya ialah gosip Siti Nurhaliza yang terbaru. 

Entah apa yang harusnya menjadi Headline hari ini,  aku tak tau.  Dan tiba-tiba saja aku sangat ingin tahu.

Segera kutelefon lagi  nombor wartawan  tabloid gossip, tapi terus  dimatikannya pada deringan ketiga. Damn!  Aku lalu menelefon anak buah papa untuk mengetahui alamat pejabat tabloid itu. Sepuluh minit kemudian, penyiasat kesayanganku itu telah mepacu menuju tempat itu.


"Norlie Aishiteru tidak berada di pejabat cik.  Ada pesan yang boleh saya sampaikan pada beliau?" 

Kutatap mata penyambut tetamu itu dengan tajam. Dia menunduk. Hmm ciri-ciri orang yang sedang berbohong!

Aku tahu, orang yang kucari pasti berada di pejabatnya di belakang sana sedang menyorok.  Dengan kesal aku hanya dapat pulang sambil membawa teka-teki baru yang sama rumitnya dengan kes bilik 385.  Damn!  rasanya inginku sepak terajang tempat ini.  Tapi aku tahu aku harus berkepala dingin. Jangan sampai nanti aku yang jadi headline untuk edisi besok pagi!
Gara-gara kes ini, aku jadi ingin membangkit kembali kes di kamar 385.  Maka malam itu aku pun menyusun rancangan...

Aku ajak En Peter makan malam di apartment bekas sarang cinta aku dan Hasma Maymeng dulu.  Kusiapkan tempat itu dengan kemas, dari dinning table hingga ke bilik. Dari lilin aromatheraphy hingga whipped cream . Dari lagu-lagu romantis hingga lampu yang ku pasang samar-samar.  Yang nyata malam ini, aku harus mendapatkan jawapannya !

 Sesuai  janji, En Peter  tiba di apartmentku tepat jam tujuh malam.  Dia semakin tampan, berbadan sasa, kulitnya kecoklatan.  Malam ini, dalam balutan baju Polo hitam ketatnya, tubuhnya menjulang dengan sempurna di depanku.

Sebagai  gadis yang menjaga keterampilan, aku sendiri termasuk gadis langsing yang berbadan  ramping dengan ketinggian 168 cm.  Tetapi di samping En Peter yang ketinggiannya 185 cm, aku hampir tenggelam. 

Setelah makan malam yang romantis, kami pun menuju ke ruang tamu yang nyaman.  Kupasang lagu-lagu melankolik, dalam temaram lampu yang membuai.  Aku ajak En Peter menari;   

“Demi Comoc Comit yang baru,”   bisikku lirih di telinganya.  En Peter cuma tersenyum sambil mengulangi kata-kataku.

Kami mula berdansa.  Dan saat tubuh kami berpelukan, sengaja aku melakukan gerakan-gerakan kecil yang sensual, seperti mengibaskan kepalaku ke belakang hingga sebahagian rambutku menampar lembut wajahnya.  Lalu kubelai tengkuknya dengan mesra...  dan kutatap wajahnya dengan tatapan memuja.

Lelaki adalah binatang jinak tak berotak kalau seorang wanita pintar rela memanipulasi tubuhnya untuk mendapatkan keinginannya!  Dan sama seperti 99% dari seluruh lelaki di dunia ini, En Peter pun bertekuk lutut di bawah pesonaku.

Kalau mau jujur, aku tidak secantik mamaku.  Aku mewarisi wajah 'keras' dan otak papaku.  Dadaku jugak tidak seranum Hasma Maymeng.  Tapi aku jugak tidak terlalu jelek.  Aku manis seadanya.

Kini, dalam balutan gaun Channel hitam polos berpotongan dada rendah, aku merasa tubuhku  didakap erat dan kian erat ke dada En Peter sehingga terasa sesak nafasku.  Rambutku dikucupnya bertalu-talu.   Aku tahu,  sebentar lagi kebenaran akan terungkap... siapa penghuni bilik 385 malam itu?  En Peter kelihatannya sudah mulai masuk dalam permainanku.

Tapi ternyata aku salah sangka…

"CC...  Abang Peter balik dulu... sudah jauh malam."

 "Oh, come on,  bang Peter…  takkan tergamak abang mempermalukan CC?"

"Bukan....  Cuma  abang sangat menyayangi CC.   Abang tidak boleh mengambil kesempatan keadaan ini.  Abang  tidak boleh menyentuhmu, sayang……"

"Abang Peter  takut kehilangan pekerjaan  jika diketahui orang abang  meniduri CC?"  potongku cepat.

 "Tidak CC...   abang hanya tidak mahu kehilanganmu."

 "Kenapa?"  Soalku

En Peter  terdiam.  Dan diamnya menyakiti aku.  Belum pernah aku ditolak sebelumnya.  Malah akulah yang menolak.

"Kita tidak seharusnya............. "   

 Diam tergantung di antara kami.

 Aku tidak tahan lagi.  Aku harus dapatkan jawapan teka-teki sialan itu hari ini.  Dari mulut En Peter sendiri!  Akhirnya aku tanyakan juga hal itu padanya.  Tapi En Peter kembali bungkam.

"Please abang Peter...  CC harus tau siapa sebenarnya yang berada di sana..."

"Untuk apa?"

"Untuk apa? Ada penelefon misteri  yang memberitahu itu pada CC...  abang fikir CC ni bomoh ke  apa?  Jika perkara sepenting itu, dan abang Peter menutupi sedemikian rupa,  berita itu turun dari langit?"     Aku mulai geram pasa En Peter.

"Lebih baik kamu tidak pernah tau CC"

"Abang Peter, pandang CC.  Selama ini CC tau abang selalu baik pada CC dan selalu berkata jujur pada CC.  Kenapa kali ini abang Peter membohongi CC? Siapa yang abang Peter lindungi?"

En Peter memegang bahuku dan menatapku dengan dalam,  membuat aku dirayapi sekilas rasa takut.. hell no!!! aku tidak pernah merasa takut pada siapapun. Pada apapun. Kenapa kini....?

"Baiklah CC. Kamu mahu tau siapa yang ingin abang lindungi?"

 Aku mengangguk tegas, "Tentu abang Peter.. siapa?"

En Peter berkata lirih dengan perih,"    Kamu CC.  Abang berusaha melindungimu.  Aku memang tidak boleh berbuat apa-apa melawan keluargamu, CC.  Aku tidak boleh berkata tidak pada kalian.  Tapi di sini aku melindungimu!"




En Peter

Aku muak!!
Aku terlahir dari keluarga sederhana.  Ayahku cuma pekerja bawahan di jabatan kerajaan saja dan ibuku seorang guru.  Aku hanya memiliki seorang adik perempuan, namanya Hurul Ain. 

Dari kecil aku sudah bersumpah,  suatu hari kelak aku harus jadi orang kaya.  Tapi ayah membuatku kecewa, apalagi ibu.  Mereka cuma manusia  yang cepat puas dengan keadaan sekarang.

Untungnya, aku dan Hurul Ain sama-sama dikurnia kelebihan secara fizikal.  Terutama Hurul Ain.  Dia cantik dan langsing.  Tingginya 172cm.  Dia gadis yang lembut dan sayangnya,  juga tidak bercita-cita tinggi sama dengan ayah dan ibu.

Sejak dulu aku sudah merasa, jika kelak dapat berhasil mendapatkan apa yang kuinginkan.   Dan kini... master keynya berada digenggamanku. 


*Tertawa pahit*

Comic Comot binti Ibnu Din Assingkiri adalah kunci emasku menuju ke dunia baru yang penuh gemerlap.  Di sanalah tempatku sebenarnya.  Bukan di rumah sederhana dengan wang yang mengalir tersendat-sendat seperti sekarang ini.
Orang berkata saat ini aku sudah mapan.  Punya kedudukan yang baik  di Hotel lima bintang milik Ibnu Din Assingkiri.  Mereka tidak tau, jika kedudukan ini cuma tapak pertamaku menuju kejayaan.

Bercakap tentang Ibnu Din Assingkiri, siapa tidak kenal beliau?  Orang kaya yang terkenal.  Semua dunia bisnesnya dijalankan dengan halal dan bersih. Tidak banyak orang seperti itu di dunia ini. Yang memikatku bukan sepak terjangnya, tapi apa yang dia miliki.   Semua!  dan itu boleh kudapatkan dengan mudah jika aku dapat menjadikan Comic Comot, anak gadis kebanggaan beliau itu isteriku.  Bukan sekadar teman tidur yang jika Comic Comot sudah bosan akan ditendang aku begitu saja. Aku harus cermat. Harus hati-hati.

Hmm..   Comic Comot fikir dia boleh memanipulasiku?  Wohohooo ... u'r wrong CC...   kamu  tidak tahu kamu sedang  berhadapan dengan siapa.

Selain wajah tampanku, aku juga berotak cemerlang,  kerana  itulah aku mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaranku di US. Dan hebatnya,  aku satu kampus dengan Civetpopo Myc,  abang Comic Comot! Sepertinya bernasib baik itu terus berpihak padaku.

Dan kini...    si bodoh itu menyondorkan dirinya padaku... hahaha...  kalau saja dia boleh membaca fikiranku saat ini, aku pasti sudah berakhir ditusuk pisau rambonya.

Aku kecewa!!!

Si  CC….    dia nyaris membuaiku tadi.   Nasib baiklah aku masih dapat mengontrol otakku  -   walaupun 'nafas'ku bergelora juga. Jika tadi aku terbuai suasana, dapat dipastikan, semua impianku untuk menjadi menantu Ibnu Din Assingkiri musnah.  Aku menjadi sama saja dengan koleksi teman tidur Comic Comot yang lain. Cuma jadi kesetanan.

Kalau mahu jujur, Comic Comot bukan type isteri ideal bagiku.  Semua orang tahu, dia bisex.  Skandal waktu itu sempat menjadi gosip terpanas di hotel.  Keluarga Ibnu Din Assingkiri memang di ambang kehancuran.  Mereka cuma sekumpulan manusia-manusia kecewa yang  berkelas tinggi.  Jika aku berhasil menikahi Comic Comoti aku dapat menguasai mereka. Civetpopo Myc si bodoh itu, dirinya cuma bersenang-senang saja. Dari dulu aku selalu membantunya hingga akhirnya dia berjayal lulus dengan nilai ala kadarnya.  Muhammad Rois Ronaldi? semua orang tau pemuda satu itu cuma tertarik dengan seni.  Huh! beri saja dia satu galery lukisan, dia akan menuruti semua kata-kataku setelah itu!

Comic Comot….  agak sukar.  Gadis ini pintar.  Dia lebih punya 'otak' dibanding kedua abang dungunya  itu. Belum lagi kemampuan membela dirinya yang hebat. Wanita mereng itu penembak yang tepat .  Aku pernah menyaksikan kehebatannya sewaktu berburu taring harimau bersama Civetpopo MycId dan adik- adiknya.  Sengalnya,  Rois...  sementara kami bertiga asyik mengintai harimau buruan kami, si bodoh itu sedang asyik melukis hutan .

Ibnu Din Assingkiri sendiri, manusia hebat itu memang halangan yang besar. Tapi beliau sudah tua. Sudah seperti harimau rompong yang kami cuma hormati waktu itu. Sebentar lagi juga dia akan mati kena serangan jantung akibat perangai anak-anaknya.

Banyak yang tau, dan ramai yang mencubanya, hal yang paling sukar adalah menakluki  Comic Comot.  Dia gadis cekal, pintar dan berani yang suka berdikari sejak kecil lagi.  Apa pun yang dilakukannya selalu berhasil. 

Tentang muzik?  
CC cekap memainkan piano dan gitar! 

Seni? 
Bawa saja dia melihat sebuah lukisan, tinggalkan dia selama yang dia suka.  Setelah itu, kritik dan pujian akan mengalir lancar, seperti seorang portraitist! 

Komputer? 
CC termasuk salah seorang hacker yang terkenal di Malaysia.

Bela diri? 
Senjata api di tangan CC sama dengan kuasa di tangan Picasso! sama dengan biola di tangan Vanessa Mae!  Qimi jugak pelempar pisau setangkas pemain sarkas, bahkan dengan mata di tutup sekalipun, instinctnya selalu mensasarkan pisaunya menepati sasaran.

Sukan? 
CC pemain  tenis dan polo air yang professional.
CC juga boleh berbicara dalam empat bahasa asing dengan fasih. 

Dia menyerap semua informasi seperti vacuum cleaner!
Lelaki mana yang dapat membuat manusia sekaliber Comic Comot terpesona? Sementara naluri bisnesnya setajam pisau pemburu bermata dua! Tidak hairan kalau dia jadi bisex!  Sex bagi CC hanya sekadar aksesori.  Dia tidak memerlukan  itu.

Tapi, ego Comic Comoti yang besar  ternyata adalah kelemahan terbesarnya.  Dia tidak perlu dilindungi, dia selalu mendapatkan apa pun yang dia inginkan. Dia hanya perlu menjentikkan jari, dan emas pun menari-nari menghampirinya .  
Tapi dia sendirian.
Kesepian boleh membuat serigala paling kuat sekali pun menjadi lemah!  Apa lagi Comic Comot adalah seorang perempuan. Perasaan tetap mendominasi hidupnya lebih banyak dalam pertimbangan logik. Buat apa dia sedaya upaya mempamerkan skandalnya kalau bukan mengemis perhatian orang tuanya?

Dan aku memegang kad as Comic Comot!  Sehebat apa pun dia sebagai seorang wanita,  CC  tetap manusia biasa.  Dia sangat menyayangi keluarganya.  Memang perlu waktu yang lama untuk dapat  meraih kepercayaan darinya. 
Jika aku berhasil menarik dawai yang tepat, hati Comic comot akan bernyanyi hanya untukku seorang, dan kekayaan Ibnu Din Assingkiri akan segera menjadi milikku.

Masih kuingat jelas, lapan belas bulan yang lalu, setelah pemergian Comic Comot dari bilik 385, aku segera memutar nombor telefon tak terdaftar dari orang yang menyewa 'jasa'ku

"Gunung Tahan menuju Gunung Semanggol"

"Teruskan!" 

Aku menelan ludah. Pahit!

"Maafkan aku... misi telah gagal."

"Setan!!! Dasar tak berguna... pekerjaan semudah itu boleh gagal?!"    Amarah yang meledak.  Jauh lebih baik daripada kesunyian yang mematikan....

"Sekali lagi maafkan aku, tapi Comic Comot, anak boss aku tiba-tiba datang, tepat di saat aku hampir menyelesaikan misi. Aku tidak mungkin melakukannya... Penyambut tetamu dan beberapa room boy jadi tahu kalau bilik 385 terisi tanpa pernah didaftar.  Maka target terpaksa aku pindahkan ke bilik sebelah. Sewaktu Comic Comot pergi, target pun pergi senyap-senyap..."

"Ternyata Gunung Tahan, kau tidak seratus peratus dungu..."

Aku menarik nafas lega...

"Sekarang apa yang harus aku lakukan?"

"Tunggu pesanan berikutnya!"

Lalu sambungan pun terputus....