Thursday 17 November 2011

Remuknya sekeping hati

Remuknya sekeping hati
bagaikan deraian kaca
hancur bagai butiran pasir
berserakan, bertaburan
melukakan dan pedihnya amat ku rasakan
tak mungkin bertaut lagi
bagaikan selamam
gelap pun serasa menyelimuti
kelam mencari erti persahabatan
sesak selalu menyapa
nafaspun bagai tersekat
perih seakan mengiris
biar tiada darah mengalir
tangis pun selalu menemani
duka aku dalam kembara ini
terima kasih kerana melukakan
kerana makin terluka makin ku dekat padaNya.