Thursday 17 November 2011

..sebungkus tapai rindu..

Tinggalkan untukku..
sebungkus tapai itu..
yang kau balut dengan hati..
dan kau isi dengan rindu...
untuk ku jamah sepanjang sepiku....
Sebungkus tapai rindu..
yang kau bungkus rapi..
segarnya mengundang selera..
manisnya mengundang cinta..
Aku ingin hanyut dalam enak rasa..
aku ingin lemas dalam mabuk ria..
aku ingin hangat dalam sedap rindu..
aku ingin asyik dalam lazat asmara..
Sebungkus tapai rindu..
ingin kuhirup segar manisnya..
dengan lidah rela..
ingin kunikmati bugar isinya..
dengan jemari rela..
Semoga sentiasa tapai rindumu..
mengundang selera cintaku..
janganlah suatu masa..
tapaimu menjadi cuka..
dan cinta menjadi duka...
Kerana selamanya aku ingin..
mabuk dalam enak tapaimu.......
....(nurmanismail)