Wednesday 2 November 2011

SEGUGUS MAWAR - by ~ Mohd. Adzlan Sulong


Sayang
terima kirimanku
segugus mawar kasih
dengan tangkai dan
daun hijaunya,
seri kelopak
mulus bersih
indah mekar.

Takkan kautemui
runcing duri
kerana semuanya
telah kubuang
agar luka jariku
dan jarimu
tidak berulang.

- Mohd. Adzlan Sulong
2/11/2011