Saturday 12 November 2011

Pesona

pesona yang terbakar itu adalah aku
yang risiknya tiada lagi di jengah
rasa di rasai pun tertidur
hingga asyik tak mahu lagi memanggil...
Masyik....di mana belai denyutmu
di laung namamu tiada bersahut
hingga bicaraku pun terhenti di jemari...
Ya Rab....pelawa aku ke ribaanMu
aku kebingungan di sini
dan tak mahu lagi mencari
hingga membiar saja aku di cari
...tiada daya aku aku meminta...
tiada daya aku memohon..
sambut tanganku ....tarik jemariku..
aku mahu dalam Rangkulan RahmatMu....!!
..Marhaban Ya...Marhaban....!!