Tuesday 1 November 2011

Mencintai kamu - by ~ Hasma Maymeng


Saya tak pernah lelah mencintai kamu walaupun hakikatnya saya berhenti sekejap ketika melangkah.Kerana kala itu, saya ditahan oleh dugaan yang berat.Sakitnya.Ya Tuhan...
Saya tidak pernah berhenti mencintai kamu meskipun kebenarannya saya kelihatan sangat penat memikul beban tohmahan.Ketika itu, saya seperti memikul segunung cabaran.Pedihnya.Ya Allah...
Jika kamu tidak kuat memberi saya semangat, ...
kaki ini sudah pasti enggan lagi melangkah.Kerna saya lemah untuk melawan dugaan yang bertindih tiba.Lihat pada kekuatan yang kamu bekalkan pada saya...
Jejak-jejak yang saya tinggalkan ada kesan berdarah.Jelas sekali.
Lihat pada kasih yang kamu berikan kepada saya.Di setiap lorong hanyir lemparan cerca dan hina, saya masih bisa mencipta gelak tawa.Masih mampu tersenyum dalam sendu duka lara.
Perhatikan setiap saat yang kita kecapi bersama.Pasti banyak kenangan bahgia yang tercipta.Membuat mereka rasa sangat takut pada perpisahan yang sering mahu hampir kepada kita.
saya mahu mengusir bau-bau sangsi yang sering tampak pada setiap pandangan kamu.
Saya mahu membuang bayang-bayang curiga yang selalu hinggap pada pemerhatianku....
Sewaktu detik berlalu, saya bagai mahu menghentikannya.Kerana ketika itu yang saya tahu dan mahu kita tetap bersama.

~MayAbg.2/11/11.Sibu~