Wednesday 9 November 2011

~ MALAM-MALAM SYAHDU...

~ Kekasih,
kehadiran malam
sering membuatkan aku terkenang
pada dirimu..pada rindu
pada pelukan yang membuai syahdu.

Kekasih,
andai masa tidak pernah mahu memisah
tidak pernah aku mahu terpisah
ingin kuselalu dalam pelukan kasih
sehingga semua cemburu
di setiap saat dan waktu
daku bersamamu.

Kekasih,
engkaulah yang terindah
hadirmu menghilangkan rasa gundah
aku sayang kepadamu
kerana hanya engkaulah satu-satunya
pengubat rindu
di malam-malam syahdu.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[8/11/2011]