Thursday 3 November 2011

Kekasih - by ~ Hasma Maymeng

Kekasih,
Saya enggan meragui kasih kamu, juga takut dicurigai
namun ketika singkapan tabir dugaan seringkali mengetuk pintu
fikiran...
Apa benar kamu mengasihiku sepert yang kamu selalu nyatakan.
Seperti saya menyelam jauh ke dasar lautan sayang.
Kamu mencurigai..
Kamu ternyata meragui..
walau kamu menafikan situasi.
Saya tidak mampu menjelaskan..
saaya tidak berdaya menyatakan..
lalu saya serahkn segalanya kepada kamu untuk menilai.
Sejauh mana teguh dan besar cinta yang saya serahkan...
Saya akur
andai waktu mahu kita berhenti cukup sampai di sini.
Saya akan menadah doa, meminta kamu berjumpa insan lebih sempurna berbanding saya yang serba hina...
Saya tahu, kamu mungkin sudah menemuinya.