Thursday 3 November 2011

**Dua Hati Yang Bahagia Kini Tak Bersama Lagi** - by ~ Junaidah June Indah

Aku yang tegar bagai karang di laut
boleh lemah di panah bicara mu
sekali kau lamar aku dengan kata manis
aku terima mu dengan seiklas hati...

Kerana wajah mu itu memgingat kan
aku seseorang yang aku sayang dulu
tapi kini dia telah lama berlalu pergi
dari kehidupan ini..

Mungkin rindu ini padanya membuat
aku menerima mu tanpa curiga di hati
hati mula menyayangi mu dan cinta jua
hadir bersama kasih tiada terdua kan

Sayang aku terlalu sayang mu kini
tiap berbicara dengan mu walau kau
jauh di sana terasa bahagia di hati
kau sentiasa menghiburkan hati ini...eemmm,Indahnyer!

Tapi kenapa alam selalu memusuhi
kebahagian aku?...iiiiiisssshhh!aku menahan tangis!
kasih mu mula beruba maybe hati mu
sudah beralih arah ya?..aku bertanya sendiri..

Pertanyaan itu menghantui hati ini
hari ku muram kembali bahagia itu
sirna bersama hilangnya gurau senda mu
aku akan berundur diri sayang andai itu mau mu..

Mungkin bukan kamu yang salah sayang
tapi takdir kita bersama tiada tertulis
kau hadir hanya penghibur hati yang lara
dan kau berlalu memberikan satu luka yang baru..

Sakit jua terasa kini tapi ku raih
kembali ketegaran di hati agar ku
kuat dalam menghadapi hari esok ku
kerana ku tahu semua ketentuan darinya jua..

Airmata mengalir bersama kata pemujuk hati
biarlah!..Dunia milik Allah jua ..
kita hanya merancang dia yang tentukan segala
dan mungkin ada jua kebahagian ku dari ketentuanya..InsyaAllah..dan,

**Dua Hati Yang Bahagia Kini Tak Bersama Lagi**...eeemmm!Itu Mau Mu Ya?!..
......Kini biarlah aku sendiri lagi!.....