Thursday 3 November 2011

~ AKU REDHA... - by ~ Selendang Hitam

Kumohon
demi satu kesetiaan
atas satu nama cinta
... berikanlah aku satu peluang
untuk memiliki kesetiaan
demi pertimbangan mata
yang memandang cerah
walau dalam ragu.

Biar hitam lautan
bukan lagi keraguan
tapi kelam yang tersimpan
seribu pertanyaan
bahawa geloranya
adalah jawapan
terhadap cintamu
yang masih samar-samar kelabu
aduhai tuan.

Atas satu nama cinta
tundukku masih dalam pertanyaan
aku rela jika terus bertemankan
beburung malam
yang tanpa siang
jika itulah takdirNya
yang berupa suratan
..........aku redha.

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[3/11/2011]