Wednesday 25 January 2012

HIDUP IBADAT

Kupersembahkan puisi ini
kepada mereka yang mahu dipimpin
yang rajin bertanya itu dan ini
...
untuk kepastian dalam beribadat
.
Dan kupersembahkan puisi ini
kepada mereka yang mencari dan
mereka yang mengejar ilmu
dari surau ke surau
dari masjid ke masjid
dari rumah ke rumah
membentuk usroh mingguan
tanpa jemu, tanpa bosan
mencari keredhaan
.
Ku sibarluaskan puisi ini
kepada mereka yang lalai dan lali
yang makan sewaktu kenyang
yang minum bukan kerana dahaga
yang berbelanja lupa Ka'abah
sedangkan
dia renggang jauh ulama'
hati kosong ilmu tiada
ibadatpun kurang
kebajikanpun tiada

Jadi
marilah kita bangung
hidupkan segala ibadat
ibadat yang hidup dalam diri
Sunnah Rasul akan tersibar
perintah Ilahi pun tiada tercabar..


.