Tuesday 31 January 2012

HatiKu Berbisik

Sekerdil aku
tertunduk memeluk diri
tidak mahu lagi melihat alam
...
yang penuh ketawa dan mainan cerita

sekujur jasad
kebululuranlah kau
uncang nasiku keciciran
tadahan tanganku tidak bersambut
mereka membakar seluruh alamku

kahausan
bermainlah kau di nadi denyutku
telaga salju telah kekeringan
dimamah bahangnya mentari

Wahai hati
berbisiklah
Keagongan RahmanNya akan membelai nanti
bagai dakapan bayi disusuan ibu
bagai pelukan diri di dalam diri
bagai cinta di ribaan rindu