Monday 30 January 2012

~ Way Back to Love ~


~ Way Back to Love ~

Setiap langkah perjalananku
...
dalam menjejaki percintaan kita
telah aku panjikan setiap perhentian itu
dengan kibaran bendera cinta
melambangkan kasih sayangku padamu

Tapi kini
semuanya sudah musnah
impian aku bina untuk mencipta sebuah istana
yang berlandaskan kristal
kini telah musnah dipukul badai
roboh, hancur semuanya
robek hatiku remuk jadinya
sendiri aku menangisi diri

berteleku aku mengenang nasib diri
berderai bak kaca hatiku luka berdarah
membeku bisa rasanya hingga kini
Aku mencuba sedaya mungkin
mengukuh semula percintaan kita
namun hatimu telah kau kunci
dipagari rantai berduri
yang tidak akan terbuka selamanya
yang suatu tika dulu ruang itu hanya milikku
dan tidak pada yang lain

kukutip dan ku cuba mencantum
hati yang berderai bak kaca
yang tajamnya melukai jemariku
namunku mahu mencoba
tanpa ada rasa jemu
walau bertitisan darah kebumi
aku rela sebagai tanda
itulah cinta sejatiku padamu

tidakah engkau mengerti kasih
laungan cintaku tetap sejati
asyik berbisik dicuping telingamu
walaupun mungkin engkau mengabaikannya
kerana penggantiku sudah kau punya
aku tetap di sini melayar duka

~ Keris Abadi - 30/Jan/ 10:12pm ~