Tuesday 31 January 2012

kalau tirai terbuka


kalau tirai terbuka
bangkitlah semua Rahsia
tiada lagi teka teki
tiada lagi tertanya tanya
biar saja tirai itu berlabuh
...
aku masih mahu membelai Rahsia
dan berdakap seasyiknya
mahu mengalirkan lagi wanginya kasturi
sambil memeluk sejuknya salju
...desirlah angin
mari mainkan tarian Cinta
biar asyiknya membelah Rasa
walau alam berhenti berputar
kita masih lagi dimabuk anggur....
bermandi di kolam Rahsia
walau semua cakra berhenti bicara
namun layar kita terus ke kuala....
dan berhenti di sofa KasihNya..