Monday 30 January 2012

~ KUINTAI DIKAU

~ Kuintai kerdip bintang
jikalau ada bayangmu
...
namun tidak kelihatan
dan mata
mula beransur pejam
bila malam semakin pekat.

Di sini sedang merindu...
bagaimana dengan di sana?
mungkin lelah siang
buat kita terpisah pada malam
terasing di daerah berlainan.

Selamat malam sayang
apa pun situasi
ingatlah daku dalam mimpi
bahawa malam yang berulang
membawa banyak kenangan.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[30/1/2012]