Monday 30 January 2012

~ BIARLAH MALAMKU PANJANG...

~ Bertahun-tahun kuraih malam
untuk kuselindung tubuhku
dari cemburu siang
...
pada sebuah imbasan
yang tidak kesampaian.

Kurayu pada malam
jangan tinggalkan aku
kerana siang
hanya tahu merejam dan mendera
pada pencinta
yang bermimpi seperti aku.

Duhai malam
jasad ini telah lama menggigil
pada dingin rindu
kerana...
kau hanya memberi secebis mimpi
yang cuma penipuan
pada gelapmu yang sekejap.

Kuingin malam yang panjang.~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[29/1/2012]