Monday 30 January 2012

Merenung wajah


Aku merenung wajah dalam sepi
kala rindu bertaut lagi
tidak mungkin saat manis aku temui
setelah aku sendiri
menolak janji
...
namun aku cuba menyapa kembali
impian semalam yang seakan terbiar lesu dan lali
kini aku insaf dan mengerti
bahawa ALLAH memberi peluang sekali lagi
demi sebuah kebenaran yang hakiki.