Monday 30 January 2012

DISEBALIK SENYUM MU

Senyum mu
bagai mentari pagi
indah menusk hati
...
tertawan hati ini

Namun..
disebalik senyum mu
bagai ada yang tersembunyi
seperti ada rahsia hati
tersembunyi dibalik senyuman
penuh arti...

Apakah ada rindu dihati mu
mungkinkah ada sendu
atau kau sedang menanti
kasih tak kunjung jelma..

Atau mungkinkah..
kau ingin katakan
kau cinta padaku
mungkin akukah
yang kau rindu...
atau, mungkin
aku kau benci...

Katakan lah...apa arti
disebalik senyum mu
agar aku tak resah
jua berperasangka
melulu...

Kerana senyum mu
buat aku tertanya-tanya
bimbang salah meneka
bencana pula menerpa...

Katakan lah..!!

Seindah Janji
31/1/2012