Monday 30 January 2012

Sebilah Kata

sebilah kata...
hirislah di mana kamu mahu
tancaplah di mana kamu suka
...
biar berciciran...
biar meleleh tanpa henti
merah darah yang engkau cintai
dan jernih air mata yang engkau cumbui
kerna ini yang engkau cari.
sebilah kata...
seluas rasa...
dan hati ini terlerai dari tangkainya
dicantas oleh tajam lidahmu.

-gelap-