Monday 30 January 2012

~ KAU HELANG DI ANGKASA

~ Dikau kemilau permata
manakala aku
...
cuma redup senja di desa
tidak punya apa
selain mampu
memiliki selendang hitam
membelit meneman
dari zaman berzaman.


Di kejauhan ini
kumenyimpan rindu yang tinggi
yang tidak mungkin termiliki
kerana...
dikau helang di angkasa
sentiasa mengebarkan sayap
dan aku...
cuma gagak di rimba
yang bergelap
walau berkeinginan terang.

Aku terdiam di dalam angan
kerana tidak termampu olehku
untuk berdampingan denganmu
duhai sang pujaan
namun rindu... terus kupertahan
demi cinta yang kujulang. ~

~ Selendang Hitam ~
..rusie..
[30/1/2012]