Monday 30 January 2012

Damaikan Rinduku....

aduhai rindu
yang asyik menderu
apa perkhabaranmu
...
tanpa kasih di situ
semoga semalam yang berlalu
menghadir lena bertamu
agar natijah istirehatmu
tidak terganggu.

kerana sejak sewaktu
risauku pada sang bayu
asyik mendayu pilu
berat sekali titipanmu
untuk sang bayu pangku
bagai setiap hasta waktu
perlu direda rasa celaru.

usahlah dikau terus begitu
redakan geloraan kalbu
damaikan kuntuman rindu
yang membadai dadamu
kelak terbangkit haru biru
yang sukar untuk ditampu
justeru redhalah yang berlaku
ukirlah senyuman mewangimu
kelak akan terbit juga cinta baru
untuk dikau sambut tanpa ragu......

~ Din Kelate ~