Monday 30 January 2012

di kamar aku

kubuka pintu....masuklah
lihatlah kamarku berselerak
yang hujung menjadi pangkal
...
yang bawah menjadi atas
berserabut dengan bicara
pelitanya masih menyala
walau lintuk dipukul angin
bingkai gambarku pecah seribu
dan cermin retak memecah
melihat diriku seribu wajah
dan masih berselimut dengan jubah dunia
bagaimana aku mahu bisikkan
untuk menceritakan cerita aku
..mari di sofaku...kita ungkai semua Rahsia..
hingga asyiknya membelah angkasa
membedah cerita menjadi nyata