Monday 11 February 2013

Syairku di lautan biru.

Syairku di lautan biru.

Syair ini milikku
kugubahkan berlagu
dari kalbu perindu
berlakarkan senduku.

Syair ini milikku
'kan kulagukan merdu
berdendangan sayu
tentang kerinduan aku.

Syair ini milikku
bertangkaikan pilu
di daunan jiwaku
di petang nan syahdu.

Syair ini untukmu
kucantingkan namamu
di mahkota rindu
bertatahkan rayuanku.

Syair ini bukan palsu
bukan juga mahu menipu
terbit dari kalbuku
berkanvaskan lautan biru.

Syair ini sendu
bermakrifat nawaitu
berdestinasi kamu
di tiupan sang bayu.

Semoga engkau tahu
kerinduanku.

ss/spl/pm ... 10/02/2013.