Monday 11 February 2013

Rajuk di dada beta.

Rajuk di dada beta.

Rajukkah beta
dalam keramaian penduduk kota raya
meniti kesibukan seharian
bergelumang beraneka agenda
saban hari, saban waktu
saban ketika
ada sahaja yang dilakukan mereka
tidak pernah lekang
dari pelbagai aktiviti kelangsungan hidup
yang ada.

Namun! ... ,

dalam kesibukan masa yang ada
dalam kesibukan ke hulu ke hilir mereka
mungkin mereka terlupa
ada halaman, ada teratak, ada rumah
di tengah-tengah kota raya
yang rindu akan kehadiran mereka
menyapa dan bertanya khabar,

itulah singgahsana semayam beta.

Lantas menyerikan
kelestarian halaman beta
dengan keramahan dan keindahan
bahasa-bahasa puitis mereka
setelah bertahun lama
singgahsana
pudar warnanya.

Haruskah beta memendamkan rajuk di dada.

ss/spl/pm ... 10/02/2013.