Tuesday 26 February 2013

Kehilangan


Kehilangan

Sebelum mantari naik sepenggalah
kita pernah bermain buih sabun
di taman berteman angin
... melakar warna-warna pelangi
ada yang pecah sebelum bebas di udara
dan yang pecah di mukamu
kita gelak bersama
kerana ada yang lucu di situ.

Sebenarnya
kita bagaikan buih-buih sabun
semahunya melayang ke udara
menggapai cita
dengan kemilau berbagai warna
tak sempat mencipta variasi angan
buihpun pecah merenik air
rimbisnya tak mampu mendakap tanah
tinggallah wanginya memesrai alam
dan kita terasa sesuatu kehilangan.

Embi Estar - 27 Februari 2013
Kehilangan

Sebelum mantari naik sepenggalah
kita pernah bermain buih sabun
di taman berteman angin
melakar warna-warna pelangi
ada yang pecah sebelum bebas di udara
dan yang pecah di mukamu
kita gelak bersama
kerana ada yang lucu di situ.

Sebenarnya
kita bagaikan buih-buih sabun
semahunya melayang ke udara
menggapai cita
dengan kemilau berbagai warna
tak sempat mencipta variasi angan
buihpun pecah merenik air
rimbisnya tak mampu mendakap tanah
tinggallah wanginya memesrai alam
dan kita terasa sesuatu kehilangan.

Embi Estar - 27 Februari 2013