Monday 25 February 2013

IRADAT CINTAKU


IRADAT CINTAKU

Kuresapi semua rasa yang ada
biar menyatu dalam tubuhku
untuk kubangunkan harapan cinta
... yang telah kuhimpunkan
dari musim ke musim
walau resah dalam menanti
kerana telah kupaterikan janji
di dada awan, di dada langit dan di hatimu
cinta ini hanya untuk kamu.

Biar jalan-jalan sukar kutempuhi
keluhan tidak kubiarkan bermain di bibir
akan kugalas penantian ini
tak akan kurelakan ketewasan bersorak-sorai
kerana aku pasti
iradatku mampu membawaku
ke tempat di mana cinta kita akan bersatu.

Qalam Bertinta
15022013
2159pm
IRADAT CINTAKU

Kuresapi semua rasa yang ada
biar menyatu dalam tubuhku
untuk kubangunkan harapan cinta
yang telah kuhimpunkan
dari musim ke musim
walau resah dalam menanti
kerana telah kupaterikan janji
di dada awan, di dada langit dan di hatimu
cinta ini hanya untuk kamu.

Biar jalan-jalan sukar kutempuhi
keluhan tidak kubiarkan bermain di bibir
akan kugalas penantian ini
tak akan kurelakan ketewasan bersorak-sorai
kerana aku pasti
iradatku mampu membawaku
ke tempat di mana cinta kita akan bersatu.

Qalam Bertinta
15022013
2159pm