Monday 25 February 2013

Serumpun Sebangsa.


Serumpun Sebangsa.

 RAMPOK atau ROMPAK
dua ejaan berlainan sebutan
namun satu pengertian
... satu natijahnya
iaitu KECURIAN
dicuri MALING, PERAMPOK
ataupun PEROMPAK,

... PENCURI.

Begitu juga pengertiannya
berlainan negara
berlainan bahasa dan budayanya
namun masih ada kesamaan bersama
baik di Malaysia, Indonesia
Singapura, Brunai
dan juga
Selatan Thailand
kita tetap,

... serumpun dan sebangsa.

Kekalkanlah perpaduan seNusantara.

ss/spl/pm ... 22/02/2013.