Monday 25 February 2013

SEGALANYA SEMENTARA


SEGALANYA SEMENTARA

setiap kali aku lepaskan sesuatu...
aku selalu harapkan ia lebih indah
kerana genggaman ini kian lemah
... terlerai setelah keadaan merentap
aku selalu pasti dan yakin sentiasa
mungkin aku masih belum mampu
memuaskan kehendak di hatimu
tapi aku selalu bersyukur kerana
hadirmu amat memaknai hidupku
terima kasih atas segala pengertian
di mana ia telahpun menjadi jalanku
dalam menasbih riwayat yang bersisa