Tuesday 12 February 2013

:::MUHASABAH DIRI:::

‎:::MUHASABAH DIRI:::

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian. Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit. Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

Prof : Ok.. Semua dah siap.. Mari kita balik ke darat..

Pendayung : Baiklah..

Dalam perjalanan.....

Prof : Kamu dah lama kerja mendayung sampan?

Pendayung : Hampir seumur hidup saya..

Prof : Seumur hidup kamu?

Pendayung : Ya..

Prof : Jadi kamu tak tahu tentang perkara-perkara lain selain mendayung sampan?

Pendayung : (menggeleng-gelengkan kepala)

Prof : Kamu tahu geografi?

Pendayung : Tidak..

Prof : Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus usia kamu.. Kamu tahu biologi?

Pendayung : Tidak..

Prof : Kasihan.. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu.. Kamu tahu fizik?

Pendayung : Tidak..

Prof : Kalau begini, kasihan.. Kamu sudah kehilangan 75 peratus usia kamu.. Malang sungguh kamu, semua kamu tak tahu.. Seluruh usia kamu dihabiskan hanya dengan mendayung sampan..

Selang beberapa minit kemudian, hujan turun dengan lebatnya. Tiba-tiba saja datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan terbalik. Professor dan pendayung sampan terpelanting.

Pendayung : Kamu tahu berenang?

Prof : (menggelengkan kepala)

Pendayung : Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.

Lalu pendayung sampan itu berenang menuju ke pantai.

__________________________________________________

p/s : Setinggi mana pun ilmu yg kita ada, janganlah sesekali kita riak dan merendah2kan orang lain