Tuesday 12 February 2013

Luahan hati seorang yang bernama lelaki.

Luahan hati seorang yang bernama lelaki.

Bila disebut soal hati dan perasaan, apa yang dirasai seorang yang bernama lelaki selalu ditolak tepi hanya hati dan perasaan...wanita, yang diambil kira dan didengari bicara hatinya. Lelaki tidak pernah diberi peluang untuk meluahkan apa yang dirasai hatinya. Hanya mampu memendamkan sahaja tidak terluah tidak mampu terhadam, ada waktunya...hanya mampu memendam kelukaan di dada.

Pendam dan terus memendam...sampai bila-bila pun akan terpendam...tapi ingatlah peribahasa yang aku cipta ini...,

'Setebal-tebal muka buku akan menipis juga'

...bila saban hari, setiap hari, setiap saat dan ketika dikoyakkan sehelai demi sehelai setiap helaiannya.

Ingatlah!

...ada berapa hari dalam setahun...dan ada berapa hari dalam kehidupan bila kesabaran yang dipertahankan bertahun-tahun lamanya, semakin menipis dirasa...begitulah kuibaratkan tentang 'ketebalan buku' yang dikoyak sehelai setiap hari tanpa berhenti.

ss/spl/pm ... 12/02/2013.