Wednesday 13 February 2013

Sepi seorang perindu.


Sepi seorang perindu.

Sayup
ayam berkokok
kokokannya
... sayu
bersahut,
sahut bersahutan.

Lembut
menampar kalbuku
bermatakan hati
yang tak mahu layu
radu,
malu beradu.

Aroma kamarku
menghilangkan nafsu
tidak menentu
celaru
terus bercelaru.

Kokokan ayam terus berlagu.

ss/spl/pm ... 13/02/2013.